DAKWAH BIL HAL PIKAT DR JERALD-
DIPETIK DARIPADA susunan SITI AINIZA KAMSARI-utusan malaysia 23 APRIL 2009.
Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama atau tidak menyatakan agama apa yang dianuti dianggap sebagai tidak mempunyai identiti diri. Begitulah pentingnya agama kepada warga Amerika Syarikat, Dr. Jerald Dirks.
Bukan sahaja atas nama identiti, agama kepada Jerald turut bermakna mesti dipertahankan dan disebarkan kepada orang lain!
Namun bagaimana beliau seorang penganut Kristian yang sangat taat, akhirnya tunduk kepada Islam?
Ini berlaku pada tahun 1993, Jerald akhirnya memeluk Islam. Nama Abu Yahya dipilih untuk menyerlahkan lagi identiti agama yang beliau baru anuti itu.
Jika ditelusuri kehidupan lampau beliau, kita mendapati Jerald adalah 'umat' Kristian terbaik yang pernah ditemui.
"Pada lewat 1950-an, dengan tiga buah gereja terdapat di pekan kelahiran saya, menjadikan seluruh penduduk begitu kuat berpegang kepada agama itu" katanya.
Beliau melakukan pelbagai aktiviti untuk gereja milik keluarganya, Gereja Methodist. Jerald tidak pernah gagal menghadiri sebarang upacara sembahyang sehingga pernah dianugerahkan pelbagai trofi kejuaraan kerana kehadiran penuh dan berjaya menghafal ayat-ayat daripada Bible.
Pada usia 17tahun, ketika memasuki Kolej Harvard atas nama cintakan agamanya, dia memilih kursus yang membolehkannya menjadi paderi bertauiah. Ini termasuk keperluan kursus Perbandingan Agama yang membolehkan buat pertama kalinya Jerald mengenali Islam. Kursus itu diajar oleh seorang pensyarah iaitu Wilfred Cantwell Smith, yang mempunyai kepakaran dalam pengajian agama itu.
Bagaimanapun, Jerald tidak begitu memberi tumpuan terhadap pengajian Islam berbanding minat yang tinggi terhadap pengajian agama Hindu dan Buddha.
HOLLIS SCHOLAR
Atas kesungguhannya, kalangan warga Harvard menggelarkan beliau Hollis Scholar.
Tamat pengajian, beliau menyambung pengajian tinggi di Harvard Divinity School atas tajaan Biasiswa Stewart iaitu sumbangan dari phak gereja bagi membolehkan beliau beroleh Ijazah Master of Divinity pada tahun 1974.
Sebaik tamat pengajian, Jerald terus dihantar bertugas sebagai paderi di dua buah Gereja United Methodist. Sekali gus di kawasan pedalaman Kansas yang menyaksikan semakin ramai kembali mengunjungi gereja berbanding keadaan sebelumnya.
Semua ini 'berkat' kesungguhan Jerald sebagai seorang paderi yang berwibawa.
Dengan latar belakang pendidikan dan prestas kerjaya yang sebaik itu tentunya Jerald seorang yang tidak lagi dalam pencarian. Sebabnya, segala-galanya kini telah terjawab dan tidak mungkin iman akan tergugat dengan apa jua gejala yang melanda.
"Tetapi mungkin secara luaran saya dilihat begitu tetapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya berperang!" ujarnya.
Walaupun sudah semakin jauh dan begitu mengenali agama sendiri, namun beliau akhirnya menyedari beberapa aspek yang tidak kena dengan agama asalnya.
Antaranya ' Keaslian Bacaan' daripada pelbagai teks-teks kitab Bible, konsep Triniti yang sentiasa mengalami evolusi sebagai ' Tuhan Yang Satu' namun tetap meletakkan Nabi Isa itu sebagai Tuhan.
MENGENALI ISLAM
Ketika inilah, buat pertama kalinya, beliau dan isterinya mula mengenali Islam yang kebetulan mereka berdua sedang membuat kajian tentang sejarah Kuda-kuda Arab. Matlamat utama kajian itu untuk menyelamatkan dokumen-dokumen atau naskhah-naskhah sejarah Arab lama.
Tugas itu memerlukan beliau mendapatkan pertolongan kalangan bangsa Arab, terutama untuk menterjemahkan teks-teks berbahasa Arab dan memberi panduan tentang sejarah kuda serta Arab itu sendiri.
Seorang berbangsa Arab bernama Jamal, akhirnya menawarkan diri membantu mereka dengan hadir ke rumah Jerald hampir setiap hari.
Selain membantu Jerald, Jamal melakukan dakwah secara halus yang berjaya menyentuh hati Jerald yang mula kagum dengan cara hidup yang ditunjukkan Jamal.
Ini kerana, sebelum pulang, Jamal akan meminta kebenaran mengambil air sembahyang diikuti meminta hanya sehelai kertas sebagai alas atau sejadah. Jamal kemudiannya solat tanpa sebarang ragu dan janggal walaupun di dalam sebuah rumah milik seorang paderi Kristian.
"Tanpa kami sedari bahawa Jamal sebenarnya sedang menunjukkan satu bentuk dakwah yang sangat cantik yang menyebabkan hati kami begitu tertarik" katanya.
Jamal benar-benar menjayakan konsep dakwah bil hal (dengan contoh) dengan tidak pernah mengambil kesempatan untuk bercerita tentang Islam. Jauh sekali untuk memaksa Jerald dan isterinya untuk memeluk agama Islam, walaupun peluang itu ada untuk Jamal berbuat demikian.
"Banyak yang saya belajar daripada Jamal yang tidak pernah cuai solat, sampai masa dan waktunya dia akan segera solat tetapi itu pun dengan terlebih dahulu meminta kebenaran daripada saya sebagai tuan rumah,"katanya.
BERSAMBUNG...dah penat pulak menaip ni...esok Insya Allah.BAGAIMANAPUN JIKA TIDAK SABAR...layari web ini:DALAM BAHASA INGGERIS
OK...sambung sekarang...
Jerald suami isteri benar-benar tertarik dengan cara Jamal mengendalikan kehidupannya baik untuk soal kerja dan cara beliau bersosial. Malah cara Jamal mendidik anak-anaknya juga amat menarik perhatian keluarga Kristian ini.
Jika Jamal memberi penerangan tentang Islam pun, dia memberitahu dengan begitu profesional tanpa menyelitkan sebarang propaganda tentang Islam di situ," katanya.
Ini termasuklah Jamal membantu Jerald memahami tentang sejarah tanah Arab, sejarah Islam, Nabi Muhammad, al-Quran termasuk terjemahan-terjemahan penting daripada kitab itu.
Cantiknya Islam
Sehinggalah Jamal kemudiannya memperkenalkan Jerald dengan beberapa keluarga Arab lain, beliau semakin mengagumi Islam apabila melihatkan cantiknya Islam yang dibawa oleh keluarga-keluarga tersebut.
Pada Disember 1992, Jerald mula memikirkan dengan lebih serius akan kedudukan diri atau lebih tepat agama yang menjadi anutannya.
Ini membuatkan beliau mengkaji semula tentang Islam terutama melalui al-Quran yang beliau baca daripada dua kitab terjemahan.
"Saya tidak pernah memberitahu kepada rakan-rakan Islam, pencarian yang saya lakukan secara bersendirian itu,"
"Akhirnya, saya dan isteri mengakui bahawa tidak ada apa yang perlu diragukan tentang Islam. Malah saya juga mula menerima hakikat tentang kerasulan Nabi Muhammad dan saya dapat menerima sepenuhnya bahawa tuhan yang wajib dipercayai dan disembah hanyalah Allah, tiada yang lain selain dari-Nya!," katanya.
Begitu pun beliau masih ragu-ragu untuk membuat keputusan yang pasti kerana merasakan banyak lagi tentang Islam perlu diketahui.
"Saya cukup sebati dengan Kristian, iaitu hampir 43 tahun lamanya. Jadi untuk menanggalkan label Kristian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dengan agama itu juga saya sebenarnya dapat menikmati kehidupan yang selayaknya untuk dinikmati," kata beliau.
Namun Jerald akui bahawa beliau begitu berat untuk meletakkan Kristian sebagai perakuan agama ketika mengisi borang pasport, dokumen untuk memohon perjalanan ke Timur Tengah.
"Saya ketawa bagi melindungi perasaan sebenar saya yang masih begitu bermain, sedangkan dari akademik dan logik, saya dapat mengakui Islam," katanya.
Sehinggalah pada suatu hari ketika sedang khusyuk membaca al-Quran terjemahan yang ketiga di sebuah restoran Arab, beliau ditegur oleh Iman, isteri tuan punya restoran itu. Sebabnya, hanya mereka yang memeluk Islam sahaja yang akan membaca al-Quran mahupun terjemahan kitab suci itu.
"Secara spontan saya menjawab, tidak!," kata Jerald. Beliau kemudiannya menyedari telah bersikap kasar lalu menemui semula Iman dan menjelaskan kepadanya.
"Bahawa sekiranya dia bertanya sama ada saya percaya Tuhan yang satu, pasti saya menjawab 'Ya' dan sekiranya ditanya saya mempercayai Nabi Muhammad, jawapan saya sama, saya percaya kerasulan baginda!," katanya.
Mungkin dengan jawapan Dr Jerald, itu sebenarnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa beliau sedari. Namun beliau masih belum mempunyai kekuatan yang jitu bagi membulatkan sebarang pereubahan baru yang akan mengubah seluruh hidupnya dan apatah lagi untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat terhadap beliau selama ini.
Begitu pun kunjungan beliau ke Amman, ibu negara Jordan merupakan titik yang menjadi transformasi kepada Jerald dan isterinya.
Ketika melakukan kajian di negara itu, tiba-tiba Jerald ditegur oleh seorang rakyat Jordan yang beliau tidak kenali.
Selepas memberi salam kepada Jerald yang hanya mampu menganggukkan kepala, tidak semena-mena lelaki ini bertanya sama ada beliau seorang Muslim.
"Ketika itu saya benar-benar terperangkap, saya tidak lagi mampu bermain dengan sebarang permainan perkataan yang intelektual untuk menipu kebenaran yang ada,".
"Semudah sama ada saya menjawabNa'am (ya) atau La' (tidak). Lalu saya benar-benar membuat satu pilihan apabila saya akhirnya menjawab "Na'am ana Muslim" (Ya, saya seorang Muslim)," katanya.
Allahu Akbar!!! Tuhan Maha Besar!!!
Sejurus jawapan itu keluar daripada mulut Jerald, beliau dapat merasakan seluruh beban kini bagaikan telah jatuh luruh daripada dirinya.
"Saya berasa sungguh ringan dan satu ketenangan yang luar biasa menyelinap masuk ke dalam hati saya," ujarnya.
"Keputusan ini bukan satu kesilapan, walaupun saya menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal saya hadapi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan