Ahad, 12 April 2009

MENEMUI STOKIS BIO ASLI PT JAWA, MUAR

Pagi ini aku dipujuk-pujuk oleh anak-anakku untuk mandi di Kolam Air Panas, Grisek. Setelah membeli pelampung dan makanan, kami terus ke destinasi yang dituju. Ia tidak jauh dari rumahku, cuma 25 minit. Kawasan itu semakin cantik. Ramai juga yang membawa keluarga untuk bermandi-manda. Sebelah kolam air panas itu, ada kolam renang untuk kanak-kanak. Kolam yang satu lagi ini untuk air biasa.

Setelah meletakkan barang-barang yang dibawa, isteriku Hamidah memantau dari pondok berhampiran. Aku ingin menyelesaikan visiku yang kedua hari ini iaitu menemui Suhaimi, stokis Bio Asli Pt Jawa, Muar. Banyak perkara yang ingin aku bincangkan dengan Amy. Maklumlah teman aku ini belum mahir komputer. Jadi segala jualan BIO ASLI Amy, akulah yang tolong rekodkan.

Sampai di rumah Suhaimi, aku lihat dia tengah menyiram pelbagai pokok sayur-sayuran di keliling rumahnya. Ada kacang bender, cili besar, sawi dan pelbagai pokok sayur yang masih bertunas. Suhaimi ada azam baru, menyahut seruan kerajaan untuk menghijaukan kediaman dengan hasil tanam-tanaman.

Setelah berbual-bual tentang perkembangan dunia Bio Asli, Amy memberitahu aku. Dia menunjukkan dompetnya yang tebal. "Sejak aku buat Bio Asli ni, aku dah tak kering duit lagi, kau tengok dompet aku! Ha ha ha" Aku pun tumpang gembira dengan perkembangan itu. Aku pun merasai seperti yang Suhaimi rasakan itu.

Aku pun menyerahkan salinan slip-slip bonus, nama-nama downline dan beberapa nota panduan tentang bisnes Bio Asli ini. Aku lihat Suhaimi seorang yang begitu komited dengan bisnes MLM yang dibuatnya. Sambil menikmati teh Misai Kucing dengan gabungan Mas Cotek dan Stevea, kami merancang tindakan-tindakan selanjutnya. Mungkin Suhaimi ingin menjadi Promoter Plan C.

Setelah berbual lebih kurang satu jam, aku meinta diri. Suami menghulurkan sebungkus Asam Pedas Pt Jawa...wau ikan Siakap! "Terima kasih Suhaimi...susah-susah aje kau ni" "Ala ...kan kau dah hari-hari tolong keyinkan jualan Stokis aku".

Aku pun menuju ke Kolam Air Panas Grisek sekali lagi. Anak-anakku kelihatan sangat seronok di situ. Mereka nak tambah lagi satu jam. Aku pun berehat di surau sambil membaca Metro. Antara yang menjadi perhatian aku ialah perkembangan blogger-blogger dalam blogstarz. Juga perkembangan Bio Asli. Wah sudah banyak promoter yang disenaraikan di sana. Sedikit masa lagi namaku dan nama Suhaimi Insya Allah akan menyertai barisan promoter tersebut.

Tiada ulasan: