Rabu, 1 April 2009

TIP-TIP ELAKKAN KENDERAAN DARIPADA DICURI

Kita sering mendengar tentang orang kecurian kereta. Dua orang jiran saya pernah kehilangan kereta. Satu hilang di garaj dan satu lagi di Pekan Pt Sulong ketika membeli makanan untuk berbuka puasa. Seorang kenalan saya juga pernah kehilangan kereta di Store Batu Pahat. Proton Saga pada masa itu sangat laris.

Hari ini semakin ramai yang mampu memiliki kereta mahal. Oleh itu membeli Insurans First Party adalah mesti. Ia merupakan perlindungan kita yang utama. Soalnya, bagaimana cara-cara supaya kenderaan kita tidak dicuri sama ada kereta, motosikal apatah lagi kereta MPV yang mahal harganya.

Langkah-langkah supaya kenderaan kita tidak dicuri ialah:

1. Pastikan kita tidak lupa mengunci kenderaan kita, walaupun untuk untuk tempoh yang singkat seperti membeli surat khabar, kerana penjenayah bekerja begitu pantas.

2. Adakan kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Ini untuk melambatkan kerja-kerja pencuri. Ia banyak dijual di kedai. Yang terbaik, jika anda menempah sendiri alat ini di bengkel kimpalan, adalah sangat memeningkan pencuri, kerana alat yang anda miliki tidak pernah ditemui mereka. Mereka mesti merungut "Apa ke benda pulak ni!!!?"

3. Janganlah meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang gelap dan terpencil.

4. Usah meninggalkan barang berharga seperti lap top dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa juga berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan sorokkan daripada pandangan. Beg tangan atau dompet yang kosong pun mesti disimpan, kalau tak..cermin kereta anda pecah, anda juga yang rugi bukan?

5. Pasanglah alat penggera yang baik untuk mengelakkan kecurian.

6. Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk servis.

7. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta.

8. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandblasting) adalah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang dicuri.

9. Bagi motosikal rantai atau pasang kunci tambahan dan letak di tempat mudah dilihat.

10.Sebelum meninggalkan kereta dan motosikal anda, berdoalah kepada Allah agar kenderaan anda dilindungi.

11. Parkir kereta dengan keadaan roda membelok habis ke kiri atau ke kanan. Ini menyukarkan kereta daripada ditunda.

12. Amalkan parkir kereta dalam keadaan P atau sebarang gear bagi kereta manual.

13. Kalau takut sangat, kita duduk flat, buka je bateri kereta bawak masuk rumah, habis cerita...huhuhu

Diubah suai daripada MONA AHMAD mona@bharian.com.my

Tiada ulasan: