Rabu, 29 April 2009

IBU BAPA KENA BANYAK MEMBACA AL-QURAN

Pagi ini, sudah menjadi rutin, apabila aku mula memandu ke tempat kerja, aku akan membuka Sinar FM. Celoteh tiga DJ, Salleh Yaakob, Kak Engku dan Kril, dengan pantun-pantun lucu, seringkali melupakan aku pada tekanan kerja yang bakal dihadapi. Namun pagi yang hening ini, aku dikejutkan dengan segmen motivasi oleh insan tersohor Dr Fadzhilah Khamsah. Walaupun beliau cuma bercakap tiga minit, tetapi apa yang disampaikan hari ini cukup bererti. Ianya seperti panahan halilintar.

Dr Fadzlilah berkata 16% rakyat Malaysia sakit jiwa. Ramainya!!! Adakah aku termasuk kategori itu? Sakit mental ini ada beberapa darjatnya. Sakit mental tidak berapa nampak, nampak sikit, teruk, sangat teruk, sangat dahsyat- Agaknya begitulah telahan aku. Dr Fadzilah pun tidak menghuraikannya. Kalau Haruan makan anak, itu sakit mental yang dahsyatlah. Kalau pening memikirkan hutang, itu sakit mental yang paling minimum.

Yang menarik perhatian aku, fokus yang beliau ingin sampaikan ialah suku daripada yang sakit mental itu ialah golongan pelajar dan remaja. Patutlah ada budak sekolah yang tumbuk cikgu, bunuh kawan sekolah dan pelbagai lagi.

Apa sebabnya? Dr Fadzilah kata ibu bapa kita dahulu rajin mengaji. Setiap hari mengaji al-Quran. Maka dengan itu mereka dapat melahirkan orang-orang hebat seperti kita. Tetapi sekarang kita sudah jadi ibu dan bapa, kita pula jarang baca al-Quran! Terasa juga aku...! Oklah mulai hari ini kita pakat beramai-ramai, hari-hari marilah kita mengaji. Kasihan tengok kitab al-Quran di atas almari itu...sudah berhabuk....masya Allah. Sudah ada yang menjadi sarang semut halus.

Usah salahkan anak-anak jika mereka jadi nakal. Usah salahkan alam sekeliling jika anak-anak kita menjadi keras kepala. Satu jari kita tunjuk orang, empat jari lagi menunjuk kepada kita beb! Semoga kita semua dapat melahirkan generasi yang berkarisma dan menjadi penerus perjuangan kita. Bukannya menjadi penghuni pusat serenti, penjara dan sampah
masyarakat.

Tiada ulasan: