Selasa, 21 April 2009

RISIKO SEBAGAI STOKIS

Petang yang indah ini aku telah meletakkan penterjemah blog. Namun, ia terjemahan bahasa Indonesia ke bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Masalahnya di sini, terdapat banyak perbendaharaan kata bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Indonesia. Maka kalian akan dapati terjemahan itu agak lucu. Justeru itu saya kena menggayakan dengan bahasaIndonesia...ya bisa saja pak! Soalnya mengapa perlu saya letak penterjemah? Kerana kadang-kadang kedapatan pelayar-pelayar dari sentero dunia melayari blog saya, terutama sekali selepas setiap gambar baru dimasukkan ke dalamnya. Mungkin saya kena mencari lagi, mana tahu kalau ada penterjemah dari bahasa Melayu ke bahasa-bahasa utama tersebut.

Sekarang saya tinggalkan persoalan tersebut. Perkara yang ingin saya ketengahkan petang ini ialah ramai orang berminat menjadi stokis kepada syarikat jualan langsung, khasnya syarikat yang baru ditubuhkan. Saya telah bertahun-tahun terlibat dalam jualan langsung dan mendapati anda perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan menjadi stokis. Ramai yang menjadi stokis dalam tempoh yang sangat singkat. Ini kerana sangkaan mereka meleset sekali. Mereka sangkakan, dengan menjadi stokis, mereka tidak perlu bekerja keras dan hanya menanti pengedar-pengedar datang membeli. Namun mereka lupa bahawa terdapat segelintir pengedar yang gemar mengamalkan kanser perniagaan iaitu berhutang. Ramai stokis terlungkup kerana masalah tersebut. Oleh itu, awal-awal lagi anda harus bersifat 'kejam' dengan tidak memberi hutang kepada sesiapapun.

Kedua, apabila ada pengedar mengadu tidak mendapat bonus, maka anda menjadi sasaran kemarahan mereka. Sedangkan pengedar yang datang kadang-kadang bersifat tamak. Down line yang beli, tetapi belian atas nama upline. Inilah bahananya suka mengirim beli barang dengan upline. Sebagai stokis anda tentu tiada masa untuk menyoalsiasat siapakah empunya belian barang tersebut 100 peratus.

Ketiga, keuntungan bonus stokis MLM biasanya dalam lingkungan 4-10%. Jika barangan kulit 10%. Saya dapati stokis barangan kulit lebih setia dan jangka hayat bisnes itu lebih lama. Berbanding stokis syarikat MLM yang gemar menukar dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain.

Keempat, jika anda jenis yang tidak suka bersosial dan susah senyum, dan pasangan anda yang kuat cemburu, maka lupakanlah niat untuk menjadi stokis. Saya sudah banyak kali dimarahi stokis yang kurang kursus ini. Paling saya tidak boleh lupakan ialah, saya dimaki hamun oleh suami sebuah syarikat Cosway Batu Pahat kira-kira sepuluh tahun lalu. Tiga prospek saya malam itu terus membatalkan niat untuk menjadi rangkaian saya pada hari tersebut.

Terakhir, masa kita menjadi sibuk apabila kita menjadi stokis. Privacy kita mula tergganggu. Mereka menghubungi kita tidak mengira masa. Terdapat pengedar yang handakkan barang pada masa itu juga, sedangkan kita telah kehabisan barang tersebut. Jika saya ada ilmu terbang, pasti saya ambil barang itu dikilang pada masa itu juga.

Tiada ulasan: