Sabtu, 25 April 2009

KEYBOARD TULISAN JAWI

Kalau sudah tidak tahu buat apa-apa, seringkalinya aku melungsuri web atau blog orang lain, sehingga akhirnya aku tersesat ke blog http://ellyani-story.blogspot. Di sana aku menemui key board tulisan jawi. Jika kalian pecinta tulisan jawi bolehlah melungsuri web berikut:

www.ejawi.net

Aku juga selalu melungsuri blog-blog hebat di Indonesia. Antara tajuk yang aku minati ialah 'aksesori blog'. Taip sahaja dalam carian google atau yahoo, banyak blogger akan membincangkan dan memberi tutorial tentang aksesori blog seperti chat coner, jam, kalendar, lagu dan sebagainya. Namun aku tertarik dengan pendapat seorang blogger dari negara jiran itu. Menurutnya, aksesori yang keterlaluan dalam blog kita, akan menjadikan blog kita berat dan menurunkan hits. Ini kerana pelayar internet bosan dengan blog yang sukar dibuka dan memakan masa. Maka aku telah membuang jam yang cantik itu, kerana pada pendapat beliau semua pc dan laptop telah dilengkapi dengan jam. Tetapi chat koner dan kalendar hijrah sangat aku sayangi. kerana aku sering terlupa dengan tarikh utama. Chat juga dapat menghubungkan aku dengan pengunjung yang ingin berinteraksi dengan aku. Ini kerana ruangan komen pada blog itu agak menyusahkan, berbanding dengan chat coner tadi. Jika blog anda blog bisnes lebih baik membuang aksesori yang memberatkan itu. Kalau tak percaya tengok blog Irfan khairi, mana ada lagu? Lagipun belum tentu orang minat dengan lagu yang kita pilih. Apa pendapat kalian?

4 ulasan:

ellyani berkata...

salam....hehehehe kan bagus boleh kongsi2 ilmu...apa2 pun thanks sebab tinggalkan komen kat kotak menjerit saya....

MSOM berkata...

Tkasihlah datang ziarah di blog saya pula. Semoga anda mjadi blogger yang terhebat. Sesat dalam hutan pun pernah, sesat dalam blog org lain, lagi biasa.

KUNTONG berkata...

Salam perkenalan dari saya. Sya setuju dgn anda. Dan saya memang mncari2 blog tulisan jawi.Dan blog anda pun penuh dengan pengetahuan. Syabash. Teruskan.

MSOM berkata...

Tkasih Sdra Kuntong, sama-samalah kita bertukar ilmu. Kerana ilmu itu semakin dicari, semakin ia tidak bertepi. Semakin banyak yang diburu, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu. Daun selasih daun keladi, terima kasih, sekalung budi.