SUP KAMBING PARIT SULONG RM 6
(Kalau beli mengambil masa 20 minit saja)
KE PEKAN PARIT SULONG CARI BAHAN MEMASAK
(Mengambil masa 45 minit)
KADANG-KADANG CARI IKAN SAMPAI PEKAN PARIT JAWA
(Pergi dan balik dah 1 jam Setengah)
BUDAK-BUDAK SMKDS BELAJAR BUAT KUIH
UNTUNGLAH MEREKA YANG BOLEH BUAT KEK SENDIRI
KALAU PENAT MASAK, MAKAN JE DI KEDAI
Berapa Banyak Masa Yang diperuntukkan untuk menyediakan
perkakas-perkakas di atas ini?
CERITA TENTANG MAKANAN
Minggu-minggu terakhir sebelum berpuasa ini, aku ingin bercakap tentang makanan. Terbaca dalam buku ahli sufi, kita ini banyak menghabiskan masa dalam hal bab makanan. Antaranya ialah:
Memikir nak masak apa pun mengambil masa 10 minit.
Tulis senarai apa nak dibeli 10 minit.
Perjalanan ke pasar dan kedai memakan masa 20 minit.
Kalau jem jadi satu jam.
Memilih apa yang dibeli sudah setengah jam.
Cari parking 15 minit.
Balik rumah 20 minit lagi.
Siang ikan, kopek bawang, masak nasi, gedebak-gedebuk 1 jam.
Makan dah setengah jam.
Basuh pinggan/mangkuk/kuali/periuk setengah jam.
Lap meja, sapu sampah 15 minit.
Bersandar termengah-mengah dah setengah jam.
Gosok gigi dah 10 minit.
Minum air, makan pencuci mulut lagi 15 minit.
Pendek kata sebahagian besar daripada wanita telah menghabiskan hidupnya dengan makanan. Lelaki yang ngeteh berjam-jam di warung lebih lagi lama daripada itu.
Jadi, kalian sediakan makanan untuk keluarga itu pasti ada ganjarannya daripada Allah. Namun selepas ni marilah kita sentiasa berzikir. Kopek bawang berzikir. Basuh beras berselawat. Memandu ke pasar berzikir. Pilih ikan subhanallah. Kalau ikan busuk masya Allah. Potong sayur, Allah...Allah...Ianya agar berganda-ganda, lebih-lebih lagi tak lama lagi kita berpuasa. Agar anak-anak kita yang makan air tangan kita itu akan menjadi lebih cool. Tak gaduh-gaduh. Tak marah-marah. Kalau Bibik yang masak, suruh mereka buat macam tu. Jangan masak sambil berdangdut. Nanti nasi yang dimasak itu ikut berdangdut juga. Iblis tersenyum-senyum simpul, berehat di kerusi malas melihat itu semua.
8 ulasan:
betul tu MS sebahagian wanita banyak menghabiskan masa untuk kerja2 saperti itu.Menyediakan keperluan keluarga, mudah2an segala yang dilakukan dengan ikhlas mendapat keberkatan dari Allah. Sambil buat kerja kita berzikir dalam hati,insyaallah tak terasa penat dengan kerja2 yg kita buat tu...
selamat menyambut ramadhan kang matsom tewww.. ehehe
MS..saya dah mula amalkan apa yg cikgu suruh tu, berzikir sambil memasak.
Jadi kalau lelaki berwirid di mesjid, Kak Kay masih boleh juga beribadah sambil menyiapkan juadah. Molek benar tu Kak Kay, berzikir tak semestinya menggoyangkan kepala ke kanan dan ke kiri. Dlm hati pun zikir juga. Tgok Ikan yg kita kita tengok...cantiknya ikan ni, Subhanallah...
En Me, terasa Ramadhan semakin hampir, marilah menanti kedatangannya dengan penuh gembira
Alhamdulillah
Mama Janet dah praktikkan saranan saya, walaupun saya yg cadangkan belum buat lagi. Insya AlLah
InsyaAllah lepas ni semakin banyak pahala buat keje2 dengan ikhlas...
memang pun para isteri/ibu ni banyak buat keje "terperinci" ... contohnya nak balik kampung, nak siapkan keperluan suami & anak2 pun berjam2, nak kira dulu baju seluar diapers etc cukup ke tak, bekalan makanan sepanjang perjalanan ... encik suami tukang angkat beg masuk dalam bonet keta...
SZ
MAKNAnya list utk isteri ada
lebih kurang 30
Suami ada 3 list utk disettlekan
Sebelum sesuatu perjalanan
Catat Ulasan