Ahad, 30 Oktober 2011

BERIADAH DI BATU PAHAT

Sebelum tidur, aku kata kepada anak-anak...esok siapa tak sembahyang Subuh
akan kena tinggal...kita nak joging di Tasik Y

Exercise menguatkan otot di Tasik Y

Sampai Tasik Y jam 7.30..pagi.
Ramai sungguh orang Batu Pahat  bersenam. pagi ni..parking penuh


Nilah gambar terbaik aku bulan ni...! Di mana-mana pun kena cari prospek...




Dinosour yang telah dikeraskan oleh orang Batu Pahat

Aliff Iskandar

Arina Zawani anak aku yang ke 4

Baru bersenam dah haus sangat...pekena Air Batu Campur Special
di warung Tasik Y...Anak-anak ada yang makan lontong, magee goreng, nasi ayam, nasi lemak
Kos RM 24.50 


Selesai urusan bersenam di Tasik Y...aku bawa mereka ke Pantai Minyak Beku pula...
Pengunjung melihat batu yang di pahat...asal-usul  nama BATU PAHAT





Irfan tak boleh tahan apabila tengok orang sebelah dah dapat ikan sembilang!

Nelayan-nelayan muda menurunkan ikan dan udang yang ditangkap. Peraih dah tunggu dah di situ...

Udang besar ni berharga RM 40 sekilogram



Nelayan baru balik dari menangkap ikan



Pengkaji sejarah ni sedang berfikir sesuatu di batu yang telah dipahat oleh tentera Siam


" "Why do they not take care of this beach? I am very regret"


Balik lalu peserai...jumpa Halim Cendol....berhentilah sekejap

Sedap betul Cendol Kacang Halim ni...lokasi depan Kedai  Runcit Borong 




SAMPAI RUMAH BARU IRFAN TUNJUKKAN IKAN YANG TELAH DIPANCINGNYA.
Besar betul!!!

Sabtu, 29 Oktober 2011

SEBAB ANAK DILARANG BERKELIARAN WAKTU SENJA




Satu hadis daripada Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam, sampai hilang cahaya senja"

Dr Mahyuddin Ismail berkata:

"Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada antara dua situasi atau antara dua keadaan. Contohnya antara siang dan malam (senja), antara teduh dengan panas terik, antara sejuk dengan panas, antara hujan dengan panas"

"Malah ada juga larangan dari Nabi Muhammad s.a.w tentang duduk di antara kawasan teduh dengan kawasan yang disinari matahari. Syaitan juga sangat suka duduk di antara seorang lelaki dan seorang perempuan (bukan mahram) yang duduk berdua-duaan"

"Jika dianalisis lebih mendalam, lautan yang terletak di pertembungan antara dua arus menjadi lokasi pilihan syaitan untuk membina istananya. Kawasan Segi Tiga Bermuda dan Segi Tiga Formosa misalnya, merupakan kawasan pertemuan arus hangat dengan air yang dingin"

Jika pagi manusia dan haiwan keluar mencari kehidupan dan makanan, maka senja pula hari untuk iblis dan syaitan mula keluar secara beramai-ramai bergentayangan memenuhi ruang dunia ini.

Satu lagi pendapat mengatakan (ia aku dengar daripada kata seorang sahabat), adanya bangsa yang menyembah matahari seperti di Jepun, maka syaitan suka berada di kawasan matahari terbenam, seolah-olah manusia yang beragama tersebut menyembah mereka. Iblis mengambil kesempatan tersebut.
(Kira Jin ni perasan jadi Tuhan sekejaplah).

Berpandukan sebuah hadis, pada siang hari, manusia dan binatang bertebaran di muka bumi. Haiwan-haiwan itu mencari makanan dan melepaskan tahi mereka. Makanan jin pula ialah tulang dan najis haiwan. Jadi apabila haiwan-haiwan itu pulang ke tempatnya pada waktu malam, jin, iblis dan syaitan keluar mencari makanan iaitu tulang-tulang dan tahi haiwan dan binatang. Lagi pun keadaan gelap yang hitam, memberikan satu power yang lebih kepada mereka.

Semasa azan dilaungkan syaitan bertempiaran lari sembunyi di tandas-tandas, bukit dan lembah. Sebab itulah nabi melarang anak-anak berkeliaran pada masa itu, kerana ditakuti berlanggar dengan jin yang kelam-kabut itu. Kata Dr Jamaluddin Abdul Jalal. Apabila ini terjadi, ia kadangkala menyebabkan pelbagai masalah seperti kerasukan, histeria dan sebagainya. Atau anak menjadi degil kerana sebahagian syaitan ada dalam dirinya. Oleh itu katanya, ketika azan, usah berada di tandas.

Tidur pada waktu senja juga bahaya. Kerana tidur itu akan menyebabkan muka kehilangan seri (cahaya), merosakkan warna kulit, melemahkan urat saraf dan boleh melemahkan minda. Kerana sekeji-keji tidur ialah ketika matahari terbit, dan terlebih keji ialah tidur ketika matahari terbenam di ufuk barat.

Begitulah yang dapat aku simpulkan untuk tatapan kalian. Ianya aku ringkaskan daripada petikan panjang daripada majalah Al-Islam keluaran November 2011(baru lagi di pasaran, cepat beli) yang kubaca. Majalah ini sangat bagus. Dulu aku pulaukan majalah ini, bertahun-tahun aku tidak membelimya semua ini  kerana ada penulis yang sesat iaitu A J dalam majalah tersebut. Beliau mempunyai pandangan yang sangat dangkal terhadap Islam! Segalanya berpandu fikiran ceteknya sahaja dan tidak mengikut hadis dan  Quran yang sebenar.



Jumaat, 28 Oktober 2011

SATU PETANG YANG MALANG

Selepas sembahyang Jumaat, aku ke kedai Gemuk di Taman Bintang. Beli baja sawit. Kebun isteri aku tu dah sepatutnya dibaja. Sampai di kedai Gemuk, Gemuk memberi penerangan tentang jenis-jenis baja.


"Lu mesti baja sekurang-kurang mau ampat bulan sekali. Satu ekar mau tiga kampit, baru buah sawit lu boleh manyak"


Selalunya aku beli di Peladang Seri Medan. Oleh sebab minggu ni busy sangat, walaupun cuti panjang. Aku belilah dengan Gemuk yang cuma lima minit dari rumah aku.


Gemuk pun hantar orangnya, seorang driver. Lim namanya.


20 minit, sampai di kebun itu, Lim pun turunkan baja-baja tu. Aku ikut sekali naik lori kerana senang nak tunjukkan jalan ke sana.   


Tiba-tiba apabila nak balik, tayar lori sudah terbenam di tanah. Berpusing-pusing. Lim sudah panik. Aku pun rasa dah cemas. Kilat mula menyambar dan hujan pulak turun dengan lebat sekali.


Semakin tayar berpusing, semakin terbenam. Habis sudah kayu, pokok dibuat alas. Tapi tak boleh lepas juga. Aku dah gabrah. Call sana, call sini. Tanya tauke yang ada JCB di seluruh Seri Medan. Kebanyakkannya out station. Tengah kerja di sana-sini.


Aku call Gemuk. Gemuk cakap suruh Lim tidur di lori malam ini dengan aku. Gila ke apa Gemuk ni? Hujan terus mencurah dengan dentuman guruh. Aku dah sakit semua badan. Kejap ambil cangkul, batu kerikil, papan dan entah apa-apa.


Setelah  tiga jam bersusah payah, Gemuk menghantar JCB khas dari Pt Sulong. Aku pun dah habis upaya. Dah call semua orang yang aku kenal...Nak tarik lori tu sampai melepasi bukit tu pun memakan masa 25 minit! 


Akhirnya masalah settle. Tetapi datang satu petaka lagi. Dalam perjalanan balik, JCB tu boleh tergelincir separuh di jalan tar, separuh dah senget ke parit......Jalan tu memang sempit. Tebing jalan tu runtuh!


Setelah dada berdegap-degup akhirnya masalah kedua ini selesai hampir setengah jam juga.


"Cikgu....ayo.....pasal apa kita tak ada ong hari ni?"


" Semua itu kerana aku beli baja Gemuk!"


"Jangan cakap itu macam.......Ini sudah nasib ma.....!"


Lepas Isyak ni aku nak tidur, penatnya tidak terkata....... 

Khamis, 27 Oktober 2011

SEPETANG DI FELDA LAYANG-LAYANG

 Semalam ronda Muar...gambar ni je yang dapat

(Dah 2 minggu Iskandar pandai berjalan)
Hari ni kami ke Felda Layang-layang yang terletak
tidak jauh dari Simpang Renggam

 Tujuan utama: Mengiringi rombongan meminang Awang Sani
anak saudara isteriku. Kak Saniah dah menetap di Simpang Renggam
sejak mula berumah tangga lagi pada tahun 80-an.

 Seronok betul tengok barisan penduduk awal Felda Layang-layang ini memeriahkan majlis pertunangan anak jiran mereka

Pulut kuning tak tinggal...adat masih kuat di sini

Antara kuih popular di Felda Layang-layang 

 Aku kira-kira konvoi rombongan kami lebih 20 kereta. Risau juga kalau-kalau tuan rumah pitam......

 Banglo-banglo ini membuktikan status hidup kebanyakan
penduduk Felda Layang-layang ini semakin memberangsangkan. Syukur kepada Allah. Jasa Tun Razak memang tidak akan dilupakan.


Nama tuan rumah bakal bapa pengantin perempuan
En Johari Selamat dan Pn Rohana Talib

Apabila terpandang rumah ni...memang satu nostalgik pada anak-anak Felda.
Teringat lakonan Rosyam Nur semasa mula-mula meneroka Felda.

 Aku sempat interview tuan rumah ini. Berasal dari Kampung Sungai Nibong Semerah. Telah menetap di sini selama 25 tahun.....wau!
Macam seronok duduk Felda ya!
Tuan Rumah Encik Johari...janganlah susah hati (berbaju hijau)...kami makan tak banyak......hehehe...Tetapi persediaan mereka cukup banyak....bukan kurang, malah makanan berlebih-lebih....


Kak Saniah menyarungkan cincin kepada bakal menantunya