Jumaat, 2 November 2012

HUJAN PUN TERUS MENCURAH



Gambar-gambar di atas aku ambil dengan telefon aku, menggambarkan tentang hujan yang tidak berhenti-henti sejak pukul 5.00 petang tadi sampailah sekarang ini.

Beberapa kampung berdekatan rumah aku ni telah banjir dan beritanya telah masuk TV dan surat khabar. Banjir sejak Raya Haji lagi dah....

Melihat keadaan banjir tu, ia diakibatkan oleh sistem perparitan yang perlu diupgrade lagi....
Dan gambar kuali-kuali itu menunjukkan yang sesuai dilakukan sejuk-sejuk begini ialah masak apa-apa yang digemari.

10 ulasan:

Unknown berkata...

dah musim hujan dah..
bersedia dgn apa2 kemungkinan..
ambil pakaian di ampaian..=p

boni kacak berkata...

hahaha..setuju tu cikgu.. bila dah hujan ni memang sentiasa rasa lapar je..jadi, aktiviti memasak akan menjadi lebih kerap daripada sebelum2..heehehe

Unknown berkata...

As salam Cikgu Mat Som,

Sekarang di Malaya musim hujan ya! Rindu nak bau hujan, sini lama dah tak hujan...kalau ada pun macam tak ujan, renyai rintik2 je...

Tergelak saya baca komen cikgu diblog saya! Rasa malu bila cikgu bahasa Melayu komen gitu...hehehe... Malaysia tanah bertuah, cuma orang2 nya tak tahu menghargai, tamak & mencemarkan keharmonian yg ada... w/pun begitu bukan semuakan... masih ramai yg sayang...betul tak? :)

Selamat berhujung minggu cikgu :)

Kayu Manis berkata...

abang kak ..cll malam tadi..juga banjir..semoga mereka tabah..kan cikgu.


terima kasih cikgu mendoakan anak saya..satu doa amat saya alu-alukan..semoga Allah makbulkan doa cikgu..

Pida berkata...

KL pun setiap hari hujan dengan petir sekali. Kain baju terpaksa sidai di dalam rumah. Hapak baunya. Heh.

Mat Som Sadona berkata...

HERMA,
Di Sarawak pun sama jugak ya?

Mat Som Sadona berkata...

Boni
Orang kampung dah mula cabut ubi untuk direbus

Mat Som Sadona berkata...

Marya
Insya Allah, Malaysia akan terus aman damai,

Mat Som Sadona berkata...

K.Nor...oh utara pun dah banjir....nampaknya kali ni semua kena bersedia

Mat Som Sadona berkata...

Pida
Pastikan guna sabun yg anti bau hapak spt sabun Dyia, Cosway EH EH...dah tolong promote pulak dah