Isnin, 4 Oktober 2010

MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA MELAYU

 

IPOH: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini memberi jaminan semua buku teks bagi sesi persekolahan 2011, termasuk cetakan baru mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, akan dihantar ke semua sekolah selewat-lewatnya Disember ini.

Sumber Berita Harian.

Begitulah, sekali air bah, sekali pasir berubah.

Alhamdulillah, sireh sudah pulang ke gagang. Akhirnya belut pulang ke lumpur. Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya ke belakang kerbau juga.



Itulah hasil perjuangan para pejuang termasuk S Samad Said yang sanggup menunjuk perasaan bersama-sama ribuan pejuang Bahasa Melayu yang lain membantah penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut. UMNO Johor juga telah sekian lama tidak menyenangi aspirasi Dr Mahathir tersebut, namun kuasa Mahathir terlalu dominan akhirnya rancangan itu dilaksanakan. Yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar kerana mereka menjadi bahan uji.


Bahasa Jiwa Bangsa kini disemarakkan di mana-mana. Semoga ia bukan sekadar kata-kata. Banyak negara yang hebat berbahasa Inggeris, tetapi negara mereka tidak semaju mana!

8 ulasan:

WONG KHOO LAI berkata...

Entahla... ini pandangan peribadi. Bagi aku yang cakap Inggeris masih berterabur... aku sokong idea Dr Mahathir yang memandang jauh kehadapan. Tidak dinafikan di peringkat permulaan memang ada masalah namun lama kelamaan ia akan menjadi biasa. Mungkin masalah yang amat ketara adalah kita masih belum mempunyai guru2 yang berkemahiran namaun apa yang kita lihat soalan math dan sains dalam dwibahasa. Aku dulu masa masuk darjah satu... hanya beberapa perkataan melayu yang aku tahu coz sekampung cakap Jaworld. Alhamdulillah sampai darjah 3 dah kira okla... walaupun nak cakap tajam jadi landap...nak cakap peria jadai parai. Bagi aku secara peribadi menyokong PPSMI... tapi siapa aku nak mempertahankannya. Ikut ajelah arus kepimpinan...

MSOM berkata...

Memang BENAR kata-kata TUAN itu.

Cuma saya bimbang kita hilang jati diri. Orang Perancis, Jepun dan Korea maju tanpa menjunjung Bahasa inggeris.

SOALNYA kenapa MATEMATIK dan Sains yang dipilih? Lebih baik memperkasa mata pelajaran Bahasa INGGERIS itu sendiri yang memang banyak kekurangannya lagi.

Mama Janet berkata...

Betul tu MS sepatutnya mahirkan BI dulu, ini BI pun masih tonggang langgang nak belajae sc n mat camne lah budak nak paham.Last2 baca ok ler dlm BI nak berkomunikasi n org berapa kerat yg berani.(Anak aku ler,anak org mungkin bolih)

~ Mummy Gee ~ berkata...

"UMNO Johor juga telah sekian lama tidak menyenangi aspirasi Dr Mahathir tersebut..." setakat tidak menyenangi tapi tiada tindakan untuk membuktikannya tak guna gak, kita semua boleh tengok pihak mana yang banyak membantah penggunaan BI utk math & sains.

Saya setuju dgn MSOM, supaya kaedah dah approach bagi pembelajaran BI tu diperbaiki bagi membolehkan student membaca dan yang paling penting berkomunikasi dengan betul.

Ini cuma 'pendapatan' saya la.. yg dah tak naik2 selama 3 tahun... hahaha

sz | m.s.s berkata...

kalo zaman saya matematik & sains dlm bahasa inggeris..uhukss..mahu melopong je dlm kelas...almaklumlah bahasa perantaraan di rumah bahasa melayu & ngowong jowo waie....
dah masuk "u" baru jumpa buku rujukan tebal2 bahasa inggeris...huhuhuhu

MSOM berkata...

Mama Janet,
Lepas ni Bahasa Melayu akan dijulang umpama Piala Thomas, namun sudah terlewat 8 tahun.

Lidah budak2 tu dah rosak, kejap BI kejap BM.

Siapa peduli dengan bahasa kita?

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Kalau melawan terang2 masa tu, tentulah kena pecat.

Nak cari pendapatan lebih kena luaskan lagi pasaran kuih cokelat tu. Masa ni kalau minta gaji lebih, banyak sangat alasan diberi.
Kita sendiri kena kreatif dengan mempelbagaikan sumber pendapatan kita. Gaji yang ada hanya cukup utk surve kehidupan kita, itu pun berjimat cermat.

MSOM berkata...

APA pun Bahasa Inggeris penting terutama di U.

Namun, bukan dgn cara mengorbankan bahasa identiti kita.