Jumaat, 1 Oktober 2010

PLANET BUMI BARU DITEMUI





Planet itu dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Untuk sesiapa yang dah bosan kat bumi ni bolehlah berhijrah ke Planet Gliese 581g!!!

Masalahnya satu untuk sampai ke sana dengan kapal angkasa memerlukan 20 tahun perjalanan selaju cahaya!
 

4 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

hadoiii jauh la plak nak pindah planet...ihikss

MSOM berkata...

Aku ni Singapore pun tak pergi lagi, dah berangan ke BUMI BARU pulakkkk!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

20 tahun baru sampai??? Alahaiiiii 5 jam dlm flight pun dah macam org bingung....ni kan pula 20 tahun..

MSOM berkata...

Flight biasa kalau ke sana mahu jadi 40 tahun.

20 kelajuan cahaya MM!