Ahad, 24 Oktober 2010

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6




Pada Jumaat 22 Oktober 2010, bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Pasir, seramai 77 orang pelajar tahun 6 telah mengadakan majlis Jamuan Perpisahan yang hebat dengan juadah Nasi Bariani dan pelbagai kuih-muih yang menyelerakan.

Enam tahun sudah mereka belajar di sini, tibalah masa untuk mereka melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Mereka sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang dijangka 12 November ini jika tidak silap sayalah.

4 ulasan:

Siti Indrawati berkata...

Tengok anak murid kecik2 ni teringat anak murid semasa mgjar dulu..aduh rindunya saat itu,masa jd singa sekejap hehehe..

Siti Indrawati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
en_me berkata...

bukan 19 september kang..

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Harapan tinggi dari guru2 sekolah menengah yang bakal mengambil alih tugas guru2 sekolah rendah ialah asas 3M telah dikuasai oleh murid2 agar mereka dapat terus belajar dengan lebih mudah. Sebenarnya terdapat murid terutama murid bukan Melayu yang masih rendah tahap penggunaan dan pemahaman Bahasa Melayu. Di peringkat sekolah menengah terdapat sekolah termasuk sekolah saya yang masih perlu mewujudkan Kelas PINCH untuk mengajar mereka membaca.Kami amat faham tahap IQ murid berbeza-beza.