Ahad, 17 Oktober 2010

CUEPACS, HENTIKANLAH MERAYU-RAYU


PM sudah kata, kerajaan tidak mampu memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam. Kerana kosnya terlalu tinggi iaitu RM 3.1 billion. Namun selepas bajet 2011, CUEPACS berura-ura untuk membuat rayuan agar kerajaan menimbangkan untuk memberi bonus dua bulan gaji. Tak perlulah kita menjadi pengemis, kerana ia ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. 


Sudahlah, aku harap bagi kakitangan yang merasakan pendapatan mereka tidak mencukupi agar melakukan perkara-perkara berikut:


1. Binalah pendapatan kedua seperti melibatkan diri dalam perniagaan konvensional atau MLM.


2. Bagi yang tinggal di kampung bolehlah membuat kerja sambilan seperti bercucuk tanam, mengusahakan kebun yang terbiar. Mungkin tanah warisan. Jika ada kemampuan pinjam bank beli tanah.


3. Gunakanlah kereta yang ada. Usah ikut sangat perkembangan model kereta, kerana sampai bila kita nak berhutang yang menyebabkan kita terhimpit? Belilah kereta yang bayarannya mampu kita bayar.


4. Ingatlah anak-anak kita akan datang perlukan duit untuk meneruskan pembelajaran mereka. Jika kita terus menanggung hutang, bagaimana keadaan kita ketika itu? Setiap tahun kita mengharapkan bonus kerajaan yang menyebabkan bangsa lain mentertawakan kita dengan sinis.


5. Kita memang dalam keadaan serba salah. Jika kita dapat bonus, orang ramai menyalahkan kita kerana kaum kapitalis mengeksploitasi kedaan itu untuk menaikkan harga barang. Maka bantuan ihsan RM 500 yang diumumkan beberapa hari lalu oleh PM memang sudah mencukupi. Jika nak cari lebih, usahalah sendiri. Anak-anak kita tanggungjawab kita. 


Ada orang harga kenderaan mereka lebih mahal daripada rumah yang diduduki. Apabila anak minta duit yuran, anak disergah macam apa.


Oleh itu buat usahlah bercakap lagi fasal bonus dua bulan gaji, kerana ia hanya mimpi di siang hari.

4 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

saya suka baca pendapat cikgu ni...
tak ramai orang berfikiran begini...
saya pernah kerja di sebuah kilang yang gaji operator pengeluarannya hanya rm350 sebulan, membanting tulang 8 jam tanpa henti (waktu rehat ada tapi sangat "kelamkabut"), mahu pendapatan lebih kenalah buat kerja lebih masa (4 jam)..maka kerja sehari 12 jam ada 3 syif pula tu...tapi anehnya mereka nampak seperti "redha" dan bersyukur atas rezeki yang diperolehi, tidak kedengaran pula mereka protes atau mendesak majikan nak naik gaji...
mungkin ada yang kata itu lah beza orang berpendidikan/berkelulusan tinggi dgn rendah, tapi jangan terkejut ada juga antara mereka berpendidikan tinggi juga, tapi rezeki nak dpt kerja yg setara mungkin belum sampai ....

Mama Miraki berkata...

setuju dengan sz/mss punya pendapat. bersyukur dengan apa yang ada. kalau nakkira orang gomen dapat 1k kan. mas anak raya dapat rm500. yelah kalau hanya kakitangan kerajaan yg dapat, apa hal pulak dengan rakyat yg lain, bukan semua berpeluang bekerja dgn kerajaan dan daat semua kemudahan sebagai kakitangan kerajaan. cuti bersalin pun dah 90 hari ( walau terhad pada 300 hari jer). kalau dipraktikkan di sektor swasta rasanya peluang kaum wanita nak dapat kerja cam susah sikti jer...yelah kalau cuti bersalin dah 3 bulan..produktiviti pun kurang sikit lah..so apa pun..bersyukur dengan rezeki yang ada...

MSOM berkata...

SZ,
Kesian mereka yang kerja di sektor perindustrian tu kan?

Lebih kesian apabila berlaku kegawatan mereka dibuang begitu sahaja.

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Bersyukur dan di samping itu, pandai-pandailah mencari pendapatan sampingan. Kos hidup hari ini memang sangat tinggi.