Ahad, 10 Oktober 2010

UPSR KEKAL, PMR DIGANTI 2016



SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. 
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.
"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Begitulah Berita Harian melaporkan hari ini.
Aku lega dengan berita ini, namun jika aku masih mengajar di Tingkatan 3 seperti dulu, berita ini merupakan berita buruk untuk guru Tingkatan 3. Apabila peperiksaan PMR diganti dengan penialaian berasaskan sekolah, maka beban guru bertambah berat.

Tranformasi sememangnya ada baik dan buruknya. Sebagai warga pendidik guru akan menjalankan segala yang diarahkan.

4 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

klu dah buat ujian/peperiksaan ikut sekolah dah mcm cara penilaian di universiti tu...
tak dinafikan mmg tggjawab guru/pendidik bertambah tapi nak capai keseragaman/piawai soalan2 utk anak2 ni mesti di jaga juga kan...

Mama Miraki berkata...

setiap kali bertukar menteri..macam2 perubahan nak dibuat yea...murid2 jadi bahan experimen

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Ini sekadar pandangan peribadi.
Aku rasa guru dan murid sentiasa menjadi bahan eksperimentasi pihak lembaga dan kementerian. Mereka menggubal sesuatu dasar guru yang menjalankan dasar tersebut. Ini aku rasa cam buat kerja kursus di mnana mereka keluarkan soalan dan dlm tempoh tertentu kena siapkan. Mereka akan datang memantau. Kalau tak siap cikgu kena jawab. Kalau murid tak buat cikgu kena jawab. Nak arah murid buat bukan perkara yg mudah. Takn buat pun boleh naik form 4. Kalau kita berkeras kita kena jawab dengan mak bapak."Cikgu...saya sebagai ayah tak pernah pun jentik anak saya cikgu!Apa hak cikgu nak denda anak saya? Jangan rasa besar sangat jadi cikgu... gaji cikgu pun saya mampu bayar!". Percaya atau tidak murid form 5 yang tak faham bahasa melayu.Ada yang tak boleh membaca. "Macam mana cikgu ajar anak saya sampai form 5 tak boleh membaca?". Adakah dah form 5 masih nak ajar mereka membaca?

MSOM berkata...

SZ,
Lama2 besok sekolah rendah pun kena buat kerja kursus

Mama Miraki,
Kalau tak tak nampak mereka buat perubahan. Takut dikata pak turut pulak.

Wong Khoo Lai,
Kita suruh budak tu buat kulit sahaja. Habis? Dah tak pandai baca bagaimana nak buat kerja kursus. Atau salin daripada buku teks?

Yang penting budak tu ada buat.