Khamis, 21 Oktober 2010

NASIHAT BUAT MANGSA JEREBU


Jerebu di SK SERI PASIR, SERI MEDAN 20 Oktober


Sang Mentari yang tersipu-sipu malu di siang hari


Pekan Seri Pasir dilihat dari puncak sekolah

Orang ramai di kawasan yang dilanda jerebu terutamanya di Muar, Johor dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dalam usaha mencegah kemudaratan akibat kualiti udara tidak sihat itu.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan mereka sebaik-baiknya sentiasa berada di dalam bangunan dan memakai penutup hidung dan mulut yang bersesuaian sekiranya berada di luar.


Hari ini semua sekolah di Muar ditutup kerana semalam keadaan jerebu pada paras bahaya iaitu 432.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.


Liow turut menasihatkan orang ramai supaya banyak minum air kosong dengan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari di samping membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan serta menghadiri aktiviti luar.


Selain itu, beliau meminta mereka yang mengalami penyakit seperti :
batuk
selesema
asma
sakit mata
jangkitan paru-paru yang kronik supaya segera ke klinik sekiranya keadaan bertambah teruk.


Rujukan untuk jerebu layari klik

2 ulasan:

en_me berkata...

wahhh.. makin teruk jerebu tewwww

NoorGie berkata...

Mr Som..kat kota pun dah mula berjerebu huhuhu