Sabtu, 16 Oktober 2010
RAMAI PENOREH GETAH AKAN JADI HARTAWAN
Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
Setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.
Berdasarkan harga semasa, pekebun kecil yang menjual getah sekerap mampu memperoleh 50 sen bagi setiap mangkuk susu getah yang dihasilkan dan memperoleh pendapatan sehingga RM170 sehari bagi setiap dua hektar kebun.
Pada tengah hari semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 mengukuh 31 sen kepada RM12.02 sekilogram.
Teruja juga apabila secawan getah boleh dapat 50 sen! Tetapi, semua pokok getah kat kebun aku yang sekangkang kera tu dah ditebang. Huhuhu......
Buat penoreh getah, semasa mahal inilah anda berjimat cermat. Kerana harga getah ini seperti saham juga. Boleh naik setinggi sekarang ini, dan boleh juga menjunam sehingga menyebabkan pokok getah ditebang dan dijual kayunya yang juga mahal harganya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
alhamdulillah..
rezeki orang kampung...
tapi skrg ni mcm dah lebih byk tanam semula kelapa sawit di kampung saya tu...
SZ,
Harga Kelapa Sawit lebih stabil.
Kerja pun senang, upahkan saja
Ambil hasil sebulan sekali.
Dulu nak cecah RM2.00 sekg pun perit.
Ya kalau harga dulu sampai 12.00, taklah kita menderita dalam kehidupan spt yang kita lalui pada masa itu.
Derita dahulu cuma pendapatan parent rendah tapi kita sihat, makan apa pun sedap walau pun sekadat getuk ubi berlaukkan tumis pucuk paku.
Catat Ulasan