Ahad, 10 Oktober 2010

MENGHIRUP UDARA DESA

Pokok getah ini terletak dengan rumah emak mentua aku 



(Orang tengah sibuk cerita fasal majlis perkahwinan Angkasawan kita
Dr Muzaffar dan Dr Harlina, aku sibuk cerita fasal pokok getahlah pulak.)

Aku snap gambar ni kerana aku dulu pernah menoreh
dari tahun 1979-1984


Pokok ni pun satu daripada kenangan aku. Ia digunakan untuk
membersihkan hulu parang. Kalau gosok kat muka pasti menangislah
kerana ia kasar macam kertas pasir.





Hei budak-budak kota, inilah dia anak benih pokok getah



Masa sekolah rendah dulu cikgu Kandir selalu suruh aku
bawa biji getah yang cute ini



Abang aku Timyati seorang yang kreatif, kulit biji getah
ni pun dia boleh dibuat sebagai barang mainan.


Pagi minggu ni Irfan ajak aku ke sini.Memancinglah hobi dia.



Dapatlah Irfan seekor ikan haruan ni. Tu pun dia dah suka sangat.





Sedang Irfan asyik memancing, lalu kereta polis kat kebun itu. Dia terkejut apabila kereta polis itu bertanya dia. Maklumlah Irfan, tabik betul dengan polis yang macam Gerak Khas tu.
"Dik, awak anak siapa?"
"Anak Mat Som, ada apa ya?"
"Ada nampak siapa-siapa yang lalu di sini?"
"Tak ada, kenapa?"
"Tadi ada kecurian di rumah Encik Johari"

Polis itu meneruskan perjalanan. Irfan lari berjumpa Ili Nabilah. Kemudian memberitahu aku yang sedang asyik berbual-bual dengan Abang Ihsan dan Ustaz Jamil.

"Midah, kita kena ke rumah Kak Ipah sekarang, ada kecurian di rumahnya"


Sampai di sana inilah antara yang kami saksikan. Jiran Kak Ipah selang 7 tiang elektrik ada majlis perkahwinan. Ada pencuri yang mengambil peluang itu untuk mencuri. Kak Ipah kehilangan satu gelang dan dua bentuk cincin. Gelang pemberian emak mentuanya dan salah satu cincin tu adalah pemberian Lek Banon, warisan nenek kami Mbah Saringaton .

Inilah sahaja yang dapat aku gambarkan (kerana ia agak privasi) untuk anak-anak Hj Johari, AMSUDA, PUTRI CAHAYA12 DAN TEMAN SETIA ANIS yang berada di Kuala Lumpur tu. Jangan risau, ibu bapamu selamat dan sentiasa bersemangat dan tidak akan lemah dengan kejadian ini.

20 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

sekarang pokok getah mcm susah sikit nak ditemui, banyak dah tanam semula pokok kelapa sawit ...

alahai pencuri zaman sekarang...
berani betul pecah masuk siang2 hari la tu kan...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kesiannyaa... mcm2 hal je... hari tu rumah Nurul dimasukki pencuri... ni rumah K.Long plak.. Hah!!! Baru aku teringat...patut la aku mimpi... oh mimpi biarlah rahsia. Lain kali cerita.

Mama Miraki berkata...

biji getah? dulu masa kecik2 selalu main bare selemban pakai biji getah...nak bagi biji getah tu tambah cute kan..gosok kat tanah sampai jd kaler coklat..lepas tu sapu minyak masak bagi berkilat...tapi bila main malam2 kakak ku, selalu marah..sebab bising....dia pijak biji getah tu sampai pecah...huhuuhuh esok gi kutip lagi.....gitulah mainan masa kecik2...sekarang anak2 dah tak kenal biji getah dah...

en_me berkata...

yg penting tuan rumah selamat kanns.. uhuhu

Kak Kay berkata...

Pernah dengar tak orang buat tempe biji getah, rasanya aku pernah dengar masa kecik2 dulu, betul ke ha...atau pun aku silap dengar....

Mama Janet berkata...

Teringat dulu kalau mak suruh tolong bangkit susu getah aku main tuang je dalam baldi,geli aku nak korek2 beku dlm cawan getah tu...jahatnya aku.

~ Mummy Gee ~ berkata...

lama gak tak nampak pokok dan biji getah tu...

baru je main batu seremban ngan anak2 minggu lepas ... sekarang ni budak main batu seremban guna batu ponjot je... kacang hijau or beras bungkus dalam kain perca... ada orang jual tu... Daniel beli kat depan sekolah 5 biji 50 sen...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Budak-budak dulu kreatif tak nyusah mak bapak nak bermain.
Antaranya...
Tak payah kereta remote .. aku buat lori dari papan.
Tak payah pistol.. aku buat tolop buluh atau senapang papan.
Tak payah reket Yonex aku buat pakai papan aje.. suttle cock buat captey.
Banyak lagilah... budak sekarang main buih sabun pun kena beli, PS2, PSP dan entah apa lg.

Nanti aku buat n3 mainan dulu2..

Mama Janet berkata...

Yin..yin aku teringat kak kay dia balik dr Pinang 1000 dpt idea botol minyak wangi kecik2 dipakaikan baju. kahkahkah....huhuhu...

MSOM berkata...

SZ
Nak jadi pencuri tak payah ada sijil

MSOM berkata...

MMIror
jangan mimpi dipatuk ular sudahlah

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Biji getah pun sekarang jadi makanan monyet.

Yang saya dapat petang tu pun baru 3 minit jatuh dari atas pokok.

Monyet dah tak ada makanan.
Dulu ada rambutan hutan dan macam2 lagi.

MSOM berkata...

En Me,
Tuan rumah selamat, tetapi dah mula tak dapat tidur, agak trauma dengan kejadian itu.

MSOM berkata...

Kak Kay,
Memang ada tempe biji getah, tetapi saya tak selera nak makan.

MSOM berkata...

Mama Janet,
Itu sudah dikira baik daripada tak nak tolong langsung. Kadang2 monyet berak dalam cawan getah tu...uwekkkkk nak muntah.

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Manusia sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan. Zaman cucu kita besok mereka entah main apa pulak.

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,
Cepat-cepatlah buat entry tentang hal itu. Buat researc sikit, supaya ia menjadi entri yang popular nanti.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

nic pic...buat asam rom sedap
minyak dara asli tu kilang kat kampung gua

MSOM berkata...

Brutal Solo,
Ko patut berbangga ada kilang hebat kat kampung engko

en_me berkata...

kang nk tengok akuatiknya kena masuk kat FOTOLUMAYAN me yg ittewww.. klik jakk

FOTOLUMAYAN