Khamis, 28 Oktober 2010

HANTU HANTU HANTU

Rehat sekejaplah. Penat otak aku menanda karangan murid-murid Tahun 5 ini. Aku mana pernah cerita bab kerja aku dalam blog ini. Tetapi malam ini aku sudah tidak boleh tahan. Penat aku ajar berdegar-degar selama 10 bulan. Mereka tetap menulis ikut kreativiti mereka.


Kalau menulis karangan periksa, elakkan cerita yang tidak logik, macam cerita jumpa hantu. Walaupun cerita Balqis dibawa jin ke Gunung Jerai tengah hangat. Kalau cereka berunsur sains adalah digalakkan. Inilah kesan TV kita asyik cerita hantu, minda anak-anak kita jadi rosak.


Semasa menulis karangan anggap diri sebagai hero atau heroin untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan minta bantuan sesiapa. Semasa akhir cerita barulah boleh meminta pertolongan pihak lain.


Satu lagi tadi, soalan suruh murid tulis surat rasmi kepada guru kelas kenapa tidak hadir ke sekolah, tetapi mereka tulis surat macam tulis surat kepada nenek.
"Cikgu sihat? Saya nak cuti ni.....bla...bla...dengan alamat pun tak tulis.Tu yang berdenyut-denyut kepala aku malam ni.


Walau apapun terjadi malam ini akan kusiapkan penandaan ini. Esok pagi mesti ada soalan yang paling popular di sekolah. 


"Markah saya berapa cikgu?" 

10 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

hehehe...
jangankan cikgu menanda kertas jawapan budak2 pening kepala...
saya yang menanda kertas jawapan budak besar sikit pun bolehhh tahaannnn jugak la pening... ;)

MSOM berkata...

SZ
Itu budak-budakkah atau bapak budak?

en_me berkata...

janganlah citer pasal keje cikgu.. ahaha

MSOM berkata...

Baru sekali ni, tak boleh ke?

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Tak de salahnya bercerita tugas kita. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu apa keje cikgu di tahun 2010 ni... bukan cikgu tahun 1970-an.

Mama Miraki berkata...

cikgu...rasa2 karangan murid tu dengan karangan cerita saya dalam blog..mana lagi ok...hehehehehe..memang mengarut tau budak2 zaman sekarang ni..di tanya apa motto negara di jawabnya Hip Hip Horray......

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,
Betapa kerja kita tiada had masa, bangun jam 2,3 pagi, nak siapkan kerja sudah biasa.

MSOM berkata...

Blog Mama Miraki tu ok sangat,
Biasa kita jumpa blogger baru,
entri dia guna bahasa SMS,
Lagi rosak.

Nasib baik tak Moto Yamaha, Suzuki.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Setakat tak tau buat karangan masih ok... tapi kalau dah tingkatan 4 masih tak tau membaca... tak tau cakap Melayu... asyik semo... semo...

MSOM berkata...

Ni cang Semok?
Wo yau chi che Suwok, lause!

Dulu saya 7 tahun di SMK Paloh Tuan, taulah dua tiga patah.