Rabu, 24 November 2010

AMSUDA MEMASUKI GERBANG PEKERJAAN

23 November, bertolak dari rumahku jam 5.10 petang dan tiba di rumah Anis
di Taman Segar Perdana, Cheras jam 8.35 malam.

Pemandangan kawasan Cheras dari rumah Anis

24 November-Pagi-pagi sebelum meninggalkan rumah Anis untuk
berangkat ke PLKN Seri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan 

Kereta kami membelah Lebuh Raya LEKAS
Kajang-Seremban.


Sdra Adham (AMSUDA)akan menjalani kursus selama sepuluh hari di sini.

PLKN MANTIN- 24 November,VIP yang hadir tegah hari tadi memberi pesanan bahawa
"Anda adalah orang-orang yang bertuah kerana daripada 43 000 yang memohon,
hanya 4000 yang dapat ditemuduga dan akhirnya kami cuma mengambil 235 orang warga
kerja baru. Dan mereka yang bertuah itu adalah ANDA!!! Berikan Tepukan untuk diri Anda!!!

Jangan di tanya di mana anda akan ditempatkan. Yang penting anda akan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Yang pasti anda tidak akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Pada hari Jumaat nanti
anda semua akan dapat mengetahui di mana anda akan ditempatkan.

Semasa bekerja nanti, anda sangat digalakkan membawa buku kecil (macam buku 3,5),
Jika semasa memandu, semasa memasak, anda ada idea yang baik untuk menaikkan organisasi kita, maka anda cepat-cepat tulis dalam buku kecil itu. Lalu idea itu anda boleh kemukakan dalam mesyuarat organisasi kita. Jika tidak dicatat, kita takut idea yang baik itu akan lenyap begitu sahaja.

Ingat, dalam setahun ini, anda akan dinilai, saya mahu markah anda meningkat dan terus meningkat. Sekarang markah anda 100%. Jika anda datang lebih awal dari jam 8.00 dan balik lebih lewat dari jam 5.00 petang, maka markah akan diberi kepada anda. Tetapi jika anda menunjukkan prestasi yang buruk, maka kontrak setahun ini akan menjejaskan anda. Jika prestasi baik, maka pada tahun hadapan jawatan akan pergi ke jawatan tetap!
Begitulah amanat yang diberi oleh pegawai atasan Perbadanan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam kepada
235 orang warga kerja baru dalam perbadanan itu tengah hari tadi.

8 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ohhhh MS gi KL yea....

MSOM berkata...

Ya lah MAMA MIRAKI, ingatkan nak round2 Kota Metropolitan itu, tapi masa begitu mencemburui saya. Ni dah bersiap2 nak meraikan anak sdra berkahwin kat Rengit pulak.

sz | m.s.s berkata...

wahhh jauhhh juga berjalan2 ye...
bawak family sekali ke?

MSOM berkata...

SZ
Kali ini saya tidak membawa mereka kerana perjalanan ini ada tugas penting dan semuanya memerlukan tindakan yang cepat dan pantas.

en_me berkata...

vahhh.. kang matsom mampir KL orak ping2 me ghitewww..

MSOM berkata...

Habis En Me kannnnn kat Sedney?

en_me berkata...

wes balek kampong lar kang.. orak boco blog me lar tewww..

MSOM berkata...

Kadang2 busy dak sempet, maaflah ya.