MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 8 November 2010

JADI DOKTOR SAKIT TUAN SEKEJAP.

Dengan RM 84.00 aku menempah iklan berbaris di SINAR HARIAN untuk seminggu. Murah berbanding akhbar lain. Yang peliknya Sinar Harian siarkan iklan aku dua minggu. Mereka tersilapkah, atau saja nak bagi bonus?

Harapan aku melalui iklan itu ramailah menempah produk yang ditawarkan. Rupa-rupanya masing-masing mengajukan soalan seolah-olah aku ni pakar sakit Tuan. Ada yang kencing tak tuslah. Masalah itulah dan masalah inilah.

Yang pelik lagi, En poskan untuk saya satu botol, duit saya bayar nanti, no akaun berapa?

Encik, saya minat barang Encik, tapi boleh hutang tak?

Kebanyakan yang call aku, suara mereka macam pendekar. Macam nak makan orang. Paling ramai call aku dari KL, kedua Kelantan. Sinar Harian ni tak dijual ke kat Melaka, Kedah, Perlis? Atau orang KL dan Kelantan paling produktif di Malaysia ni?

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Eh ko punya frenslist FB dah 500 belum? Kalau dah ada nt bagitau aku.. ada peluang pengiklanan utk ko.

MSOM berkata...

800 dah, tapi, yg separuh tu bekas2 murid