MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 5 November 2010

TIPS UNTUK BAHAGIA DAN KAYA BERJAYA


Aku ambil tips ni dari blog APITT
1. Solat 5 waktu atau lebih..(yang sunat)
2. Jika kita hadapi apa saja ujian, kembali padaNYA..
3. Jaga hubungan baik dgn ibu bapa (suami)..
bagi isteri, patuh pada suami (selagi tidak bertentangan dgn agama)
4. Mengetahui teknik pengurusan wang
- Masukkan 10 peratus dari pendapatan bulanan dalam akaun 'FREE FINANCIAL ACCOUNT' (FFA)
5. Cipta ibu duit, buka tabung akaun simpanan emas (ada di MayBank)
6. Bersedekah setiap bulan
7. Simpan duit syiling dlm tabung telus.
8. Beristighfar 100kali sekiranya dilanda musibah
9. Berselawat 1000kali sehari selama 10hari untuk berhajat
10. Mesti mempunyai matlamat yg jelas dan boleh dicapai

Terima kasih APITT, yang beliau dapat tips ni daripada Dr  Azizan Osman pakar motivasi tentang rahsia tarikh lahir.

Nak bahagia juga, kita mesti ada jiran yang baik. Kita juga mesti menjadi jiran yang baik kepada jiran kita. Kalau nak beli rumah, siasat dulu jiran kita. Siapakah dia? Keturunan lanunkah? Bomoh serba bolehkah? Dah ada kes cabulkah?

Dah ada dua orang kawan aku, yang merana kerana disihir oleh jiran sebelah. Sorang tu sampai anaknya meninggal dunia.

Mereka berdua menjadi mangsa, kerana mereka nampak bahagia dan kaya. Perasaan dengki menyebabkan jiran berjumpa bomoh santet, sampai kurus kering dibuatnya.


Tulis blog pun kadang-kadang ada orang dengki. Melihat tulisan anynomous pun cukup merimaskan. Kalian tengoklah perubahan blog aku ni. Tak ada chating coner lagi. Tak ada alat pengesan pengunjung lagi. Aku nak simplekan seringkas yang boleh agar blog aku ni jadi ringan sebagai menyahut seruan MISS MIROR


Apa lagi yang tidak perlu? Hidup aku perlu jadi simple seringan blog yang mudah diloading. Tetapi gambar KOPI KELAPA DARA di sebelah tu tak boleh dibuang, kerana ia jambatan ke bisnes aku. Juga ia sebagai penaja blog aku yang merepek dan meraban ini. Tanpanya blog aku ini akan mati.

BERITA BARU!!!: Keputusan UPSR 2010 pada 11 November. Sila ambil keputusan jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing pada hari Khamis minggu depan.

7 ulasan:

NoorGie berkata...

terima kasih MSOM...info yang sangat berguna pagi2 ni....

MSOM berkata...

Baru 3 minit entri ni dilepaskan, NorGie dah bagi respon, ini menunjukkan Cikgu akan jadi orang yang gemilang.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memang berkesan apa yg Apit (Dr Azizan) cadangkan tu. 1000 selawat sehari mmg digalakkan...ada seorang mutawif berpesan padaku, kalau kita amalkan 1000 selawat atas nabi dlm sehari, insyaAllah kita akan mati dlm keadaan kita layak ke syurga (maksudnya selagi tak layak, Allah tak cabut nyawa kita)... amalkan la ya, mmg byk fadhilatnya.

NoorGie berkata...

TQ MSOM :: kebetulan saya mmg tengah BW...(^_^). Terima kasih atas doa..semoga saya akan terus gemilang

ibu addin dan nasa berkata...

Terima kasih atas tips ini!

CintaImanSofea berkata...

Terima kasih.seronok baca n nk jdkan panduan.

azrinna berkata...

Info yg memotivasikan dan menarik. Terima kasih.