Khamis, 21 April 2011

MENYUSURI SEJARAH PARIT SULONG

Jambatan Parit Sulong dari pandangan berbeza

Aku sedang menyiapkan cerita perang Jepun ni...ini introduction je...tak sempat. Anak perempuan aku mintak belikan rak buku pulak ni..Merengek-rengek dengan emaknya itu..tunggu Pic-pic menarik dari aku ok...

........................................

OK sambung lagi cerita, tetapi siarkan dulu gambar-gambar terbaru yang aku ambil petang tadi....Biarlah gambar-gambar ini yang bercerita...kerana kalian lebih hebat pengetahuan sejarahnya daripada aku.
Sungai Simpang Kiri ini menjadi saksi bisu terhadap kematian beratus-ratus tentera
Australia, Punjabi dan Jepun.

Sebahagian jasad mereka abadi di kawasan ini

Dewan Parit Sulong

Mesjid Sungai Lontok yang baru, berhampiran jambatan Parit Sulong.


Siapakah Hackney? Aku pernah ceritakan dalam entri yang terdahulu....Hackney seorang Leftenan.. 



Kawasan ini digali pada bulan lepas kerana mencari tulang-belulang tentera yang terbunuh dalam Perang Dunia Kedua itu. Namun jumlah tulang yang ditemui tidaklah seperti yang diharapkan...semuanya telah sirna....

Dan lagi kesan-kesan pencarian itu.....

Dan lagi...mungkinkah waris-waris mereka di Australia dan Britain mengharapkan sesuatu di kawasan ini

Siapakah yang mengambil bumbung bangunan usang ini?

Sesuai untuk penggambaran Seekers

Harap-harap malam ini aku tak bermimpi apa-apa...

Jambatan Parit Sulong diambil pada tahun 1980-an. Jambatan ini telah dirobohkan.
Dan diganti dengan jambatan baru yang ada di atas itu...  

Gambar Jambatan Parit Sulong pada tahun 1940-an.

.......Kalau ada masa, aku sambung lagi petikan ini....KERANA aku bukan wartawan yang bergaji....cuma sekadar hobi yang suka terhadap sejarah setempat...Namun jika nak tahu juga ikuti dulu entri aku sebelum ini:
  1. SEJARAH NAMA PARIT SULONG-KLIK
  2. SEJARAH KOMUNIS MENGAMUK DI JOHOR-KLIK
  3. PERANG DUNIA KEDUA DAN PARIT SULONG-KLIK


6 ulasan:

Mama Miraki berkata...

cepat...cepat...buat cerita pt sulong.....suka baca

Mama Janet berkata...

sejarah pt sulong, tentu sempena mengambil nama bapak Jamil SULONG kan.tu yg ku tau sikit2.cepat2 buat tak sabo nak baca ni....

Mama Miraki berkata...

suka Jambatan Pt Sulong yg tinggi. dulu orang tua2 selau cerita...kalau nak buat jambatan kena letak kepala..baru dia keras...kena potong kepala. heheheh

sekarang bila dah kerja dalam bidang pembinaan baru terfikir balik..dulu orang kata buat jambatan potong kepala ...yg sebenornya dulu engineer buat jamabtan tu orang putih..so dia bagi arahan suruh buat " Cut of pile head"...orang kita dengar " cut head" hah....potong kepala...so tersebarlah diseluruh pelosok kg...nak buat jambatan kena potong kepala...sebenarnya potong piling..kan piling dah masuk dalam tanah...so yang berlebih tu kena potong...bagi sama level untuk buat foundation...hehehehehe....itulah pentingnya "English Edukesyen"(heheh tiru cakap Usop Wilcha dalam Hantu kak Limah)

MAT SOM berkata...

Mama Janet

Sejarah Parit Sulong ni...
Entah mana yang betul entah mana yang tak betul tak taulah. Kita kenalah tanya atuk-atuk kita yang masih hidup di Parit Sulong ni.

MAT SOM berkata...

CUT OF PILE HEAD....oh macam tu rupanya Mama Miraki...Sebenarnya ada tak budak yang dipenggal kepalanya ketika itu ya? Atau sekadar helah dan muslihat orang tua kita agar anak-anak bermain di kawasan rumah saja. Budak2 sekarang tak ada benda yang nak ditakutkan, sehingga ada yang lari ke Lombok. Malah hantu pun mereka ambik gambarnya masuk Youtube.

bugie berkata...

Asal Usul Nama Parit Sulong

Pekan Parit Sulomg mengambil nama sempena nama seorang pemburu diraja yang terkenal dalam awal kurun ke 20 ini.

Sulong ialah anak seorang panglima bernama Gantang keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan pada zaman Kerajaan Johor Purba.

Semasa berlaku krisis dalam Istana, kerajaan Johor antara Raja Kecil, pewaris Sultan Johor dan orang-orang Bugis, ayah Panglima Gantang,Panglima Bontak, dan keluarga serta pengikutnya,mengundur diri ke Pahang kerana tidak mahu mencampuri perebutan kuasa itu.

Bagaimanapun, tidak lama di Pahang, istana Pahang juga mengalami krisis perebutan kuasa dan campur tangan British. Panglima Gantang ketika itu sudah berkeluarga berserta pengikutnya dan beberapa pembesar Pahang, mengundur diri ke Bukit Inas, dekat Parit Sulong sekarang. 

Tiba di Bukit Inas yang mempunyai sejarah Raja Donan, rombongan Panglima Gantang pun berkhemah dan kemudian berkhemah di situ.

Dan sehingga hari ini masih terdapat ratusan batu nisan lama iaitu pengikut dan keluarga diraja Pahang (Lokasi berhampiran kawasan penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang, ada kilang Minyak Wak Dakam di situ)

Bagaimanapun, bak kata pepatah ‘Ke mana tumpahnya kuah,jika tidak ke nasi?’ anak-anak Panglima Gantang- Sulong, Awal, Manang dan Manap meninggalkan Bukit Inas untuk membuka kampung di kaki bukit. Bersama-sama mereka tertanam semangat dan kecekapan bermain dan membuat senjata Megat Seri Rama.

Keempat-empat beradik ini terkenal dengan kecekapan memburu. Apatah lagi apabila diperkenalkan dengan senjata moden seperti senapang, memburu menjadi satu kerja yang mudah bagi mereka.

Kecekapan mereka mashur hingga ke seluruh negeri Johor.

Suatu hari ketika melawat Singapura, Sultan Ibrahim ternampak sepasang gading gajah besar dipamerkan di sebuah kedai. Apabila ditanya dari mana asalnya gading itu, Sultan diberitahu ia dijual oleh seorang pemburu ternama dari Simpang Kiri, Johor, Pendekar Sulong namanya.

Sultan murka kerana Sulong memburu tanpa izin kerajaan, sedangkan semua hidupan liar di bawah takluk baginda.

Satu rombongan dihantar ke Simpang Kiri untuk menangkap Sulong. Dan Sulong telah dipenjara beberapa bulan.

Bagaimanapun, oleh sebab banyak pembesar menasihati baginda Sultan supaya membawa pengiring yang cekap semasa memburu dan mengenang cerita orang tentang kecekapannya, Sulong kemudian diarahkan memandu Sultan semasa masuk hutan.

Ketika Sultan berburu di Kota Tinggi, Mersing dan lain-lain di pelusuk Johor, Sulong sempat menunjukkan kehandalannya. Dan dia segera memenangi hati Sultan yang kemudian mengampunkannya.

Dan sebagai menghargai jasa-jasanya pada Sultan, Sulong dilantik oleh baginda menjadi Ketua Kampung Simpang Kiri.

Pulangnya ke kampung, Sulong segera membangun kampung dengan menjemput lebih ramai orang-orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir di Kangkar Merlimau dan Kangkar Senangar.

Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai orang keturunan Jawa untuk meluaskan lagi Kampung Simpang Kiri.

Apabila Sulong meninggal dunia, mengenangkan bahawa pelantikannya dibuat oleh Sultan sendiri, anak lelakinya hendak dilantik menggantikannya. Bagaimanapun, oleh sebab anak lelakinya yang tua sekali masih kecil, lalu menantunya,

Mohamad yang berasal dari Melaka diangkat menjadi ketua sementara.

Apabila anaknya meningkat dewasa, tempat ketua kampung itu diserahkan kepada anaknya yang tua, MIAN BIN SULONG. Ketika itu berlaku peperangan Dunia Ke Dua dan Jepun masuk memerintah.

Ketika itulah Kampung Simpang Kiri ditukarkan namanya kepada PARIT SULONG oleh pemerintah Jepun dan Mian pula dilantik terus menjadi Soncho (Ketua Kampung).

Tetapi apabila Mian Bin Sulong meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung apabila hendak ditangkap oleh British, Panglima atau Kiyai Salleh yang menjadi hero orang-orang Melayu semasa pemerintahan Bintang Tiga diangkat menjadi Penghulu Kampung Parit Sulong.

Bagaimanapun, nama Sulong pewaris darah pahlawan Bentan tetap diabadikan kepada pekan yang cukup banyak kesan sejarahnya itu.