Sabtu, 28 Januari 2012

VIDEO DR HARUN DIN PUN DIPERDEBATKAN




 Golongan yang suka menghina ulama biasanya suka menyamar dan menggunakan nama-nama aneh . Mereka memangnya bacul dan pengecut.
Aku terpaksa keluar untuk bersuara, kerana dah tak tahan dengan kejahilan itu. Semua kata-kata itu aku copy paste daripada sebuah blog, yg dah aku lupa urlnya


Semalam, buka sahaja Facebook ramai yang publishkan video Datuk Dr Harun Din bermimpi jumpa Rasulullah.

Sebenarnya Datuk Dr Harun Din telah bercerita hal ini dalam ceramahnya melaui CD beberapa tahun lalu ketika Youtube, Facebook, Twitter belum ada. Kisah ini telah lama berlaku.

Apabila sahaja disiarkan melalui Youtube dan Facebook, maka muncullah golongan yang mempersenda golongan ulama. Mereka ini mungkin munafik, orang kafir atau orang Islam yang jahil. Dalam facebook anda boleh menyamar sebagai apa pun. Sebagai artis, atau sebagai orang yang bijak dalam agama. Namun apabila memberikan komen, anda harus berhati-hati kerana apa yang anda tulis mungkin mempamerkan kejahilan anda.

Mengapa mereka panas hati apabila kisah ini disiarkan? Mereka tidak mahu ulama dijadikan idola. Mereka mahukan ulama dicela dan dihina. Dulu Dr Harun Din diharamkan daripada berceramah dalam televisyen (juga ulama-ulama lain) Akhirnya sebahagian masyarakat telah rosak. Pembuangan anak menjadi-jadi, jenayah berleluasa, penjara ditambah, anggota polis bekerja 24 jam. Rumah kita sudah tidak selamat, dikunci juga 24 jam. Bukan sahaja dibandar-bandar, malah di kampung-kampung yang terpencil. Warga emas yang keseorangan dibunuh penagih yang tiada kenal erti simpati. Dan pelbagai lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Dulu dimalaysia..umat islam hanya berpegang pada mazhab Syafie..kini belbagai..ada yang bermazhab Shafie..wahabi..syiahh ..Sunnah Walljamaah dll.Masing-masing menegakkan pandangan mazhab masing-masing...mazhab mereka yang akan masuk syurga kelak..yang lain tidak..masing-masing berbeza pendapat dalam semua aspek..termasuk dalam soal mimpi ni..ada setengah mazhab menerima mimpi-mimpi tertentu...ada setengah mazhab kata mimpi adalah maianan syaitan.
2.Nah..sekarang dah terjawab tentang entry dibawah berkaitan anak luar nikah kan..sebab sesama islam asyik salah menyalahkan sesama sendiri...hingga terlupa hendak dakwahkan anak-anak muda..malah ada setengah mazhab melarang umat islam membenteras anak-anak muda berkhalwat ditaman-taman atas alasan memalukan pasangan yang terlibat...itulah kata bekas seorang mufti di sebuah negeri di utara..macam dalam entry diatas..dr harun din bermazhab syafie..manakala yang kontra diatas tentunya pengikut dr asri yang condong kepada sunnah waljamaah yang mirip kepada wahabi.
3.Sekarang persoalan murtad..anak luar nikah dll sudah dirungkai..ulamak asyik bertelingkah sesama sendiri..hanya untuk menentukan siapa lebih islam..siapa yang akan masuk syurga..tidak hairan nanti malaysia akan jadi macam pakistan...ssesama islam akan berbunuhan sesama sendiri..kerana perbezaan mazhab..orang kafir..yahudi dan amarika akan kerana kebodohan umat islam.

Mat Som berkata...

Tkasih sahabatku dr Kedah atas pandangan andayg panjang lebar itu.