Ahad, 22 Januari 2012

SEPETANG DI SERI MENANTI

Walaupun airnya tidak sebiru Penyabung dan pemandangnya tidak seindah Sungai Tuang, namun perjalanan dari rumah kami hanya 30 minit menyebabkan kami sampai ke sini petang semalam, Pantai di Seri Menanti Muar ini sudah cukup untuk merasai hembusan bayu dari Selat Melaka. Semuanya gara-gara nak melayan pemancing-pemancing tegar itu
Anak perempuan biasalah, sesi bergambar di tepian pantai, Arina kini telah berada di Tahun 1, Alhamdulillah hari pertama sudah boleh menyesuaikan diri di sekolah barunya. 

Ili walaupun kecewa kerana tidak berjaya ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM, akan meneruskan perjuangan di sekolah sedia ada. Kami tanamkan kata-kata bahawa di mana-mana pun kejayaan boleh dicapai. Insya Allah anakku.


Ikan buntal ini dicampakkan semula ke laut ...

6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Motivasi utk Ili - Duduk ngan Mama lg best dr duduk hostel yg haru biru (bercakap berdasar pengalaman).

Mat Som berkata...

Yg peliknya 3,4 orang rakannya yg ditawarkan ke sekolah2 besar spt SMK ALAM SYAH,juga MRSM, enggan pergi walaupun telah dipujuk, dan dirayu oleh emak bapak dan kaunselor sekolah.

IMANSHAH berkata...

mana2 sekolah sama, saya di asrama penuh pun suruh anak sedara saya sekolah di kuantan sahaja..

Mat Som berkata...

Terima kasihlah Cikgu Imanshah.
Cikgu2 yg ada di sekolah yang ada tu pun bukan calang-calang hebatnya.

Mama Miraki berkata...

tak apa Ili, duduk dirumah dan sekolah biasa pun bagus juga. Tapi tulah selalu cam tukan yg dapat tak nak pegi, yg tak dapat teringin nak pegi. buat E-Rayaun tak

Mat Som berkata...

Kata kawan saya, apabila berada di SBP, sebelah kaki telah berada di universiti.

Setakat ini tak nak buat rayuan sebab dah kecik hati...hahahahah!