Sabtu, 30 Oktober 2010
TAHNIAH KELANTAN!
Akhirnya Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010. Tahniah! Kerana telah dapat mengalahkan Negeri Sembilan 2-1. Gol Kelantan dihasilkan oleh Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64. Manakala gol Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.
Berbanding tahun lalu, permainan Kelantan tahun ini jauh berbeza dan menepati ciri-ciri sebagai pasukan juara. Eh, eh, kenapa dari awal aku sokong Kelantan? Kerana:
1. Aku kesian dengan Kelantan yang dah berkali-kali masuk akhir, tetapi kalah selalu.
2. Kawan aku dalam Facebook banyak orang Kelantan berbanding Negeri Sembilan.
3. Kawan serumah aku dulu pun ramai orang Kelantan.
4. Lagipun Negeri Sembilan kan sudah juara tahun 2009. Bagilah pula kepada Kelantan!
5. Jika Kelantan menang, tak adalah kerusi stadium kena bakar.
Khamis, 28 Oktober 2010
HANTU HANTU HANTU
Rehat sekejaplah. Penat otak aku menanda karangan murid-murid Tahun 5 ini. Aku mana pernah cerita bab kerja aku dalam blog ini. Tetapi malam ini aku sudah tidak boleh tahan. Penat aku ajar berdegar-degar selama 10 bulan. Mereka tetap menulis ikut kreativiti mereka.
Kalau menulis karangan periksa, elakkan cerita yang tidak logik, macam cerita jumpa hantu. Walaupun cerita Balqis dibawa jin ke Gunung Jerai tengah hangat. Kalau cereka berunsur sains adalah digalakkan. Inilah kesan TV kita asyik cerita hantu, minda anak-anak kita jadi rosak.
Semasa menulis karangan anggap diri sebagai hero atau heroin untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan minta bantuan sesiapa. Semasa akhir cerita barulah boleh meminta pertolongan pihak lain.
Satu lagi tadi, soalan suruh murid tulis surat rasmi kepada guru kelas kenapa tidak hadir ke sekolah, tetapi mereka tulis surat macam tulis surat kepada nenek.
"Cikgu sihat? Saya nak cuti ni.....bla...bla...dengan alamat pun tak tulis.Tu yang berdenyut-denyut kepala aku malam ni.
Walau apapun terjadi malam ini akan kusiapkan penandaan ini. Esok pagi mesti ada soalan yang paling popular di sekolah.
"Markah saya berapa cikgu?"
Kalau menulis karangan periksa, elakkan cerita yang tidak logik, macam cerita jumpa hantu. Walaupun cerita Balqis dibawa jin ke Gunung Jerai tengah hangat. Kalau cereka berunsur sains adalah digalakkan. Inilah kesan TV kita asyik cerita hantu, minda anak-anak kita jadi rosak.
Semasa menulis karangan anggap diri sebagai hero atau heroin untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan minta bantuan sesiapa. Semasa akhir cerita barulah boleh meminta pertolongan pihak lain.
Satu lagi tadi, soalan suruh murid tulis surat rasmi kepada guru kelas kenapa tidak hadir ke sekolah, tetapi mereka tulis surat macam tulis surat kepada nenek.
"Cikgu sihat? Saya nak cuti ni.....bla...bla...dengan alamat pun tak tulis.Tu yang berdenyut-denyut kepala aku malam ni.
Walau apapun terjadi malam ini akan kusiapkan penandaan ini. Esok pagi mesti ada soalan yang paling popular di sekolah.
"Markah saya berapa cikgu?"
Ahad, 24 Oktober 2010
JAGUNG SIMPANG RENGGAM
Dari Machap sebelum Simpang Renggam terdapat beberapa gerai
yang menjual jagung manis. Dalam gambar ni selonggok RM 8. Ada juga yang RM 6.
Jagung yang dah siap dikopek ni lupa pulak nak tanya harganya.
Setelah direbus jagung Simpang Renggam ni memang fresh,
baru petik dari ladang, manis!
Selalu kalau aku ke Air Hitam, mesti minat barang-barang kat situ.
Tetapi petang ni fokus aku kepada nyonya ni, dari aku bujang dulu, dia tetap menjual
sayur dan menawarkan sayur-sayuran segar itu kepada pelanggan yang berpusu-pusu di tempat itu. Kerajinan mereka berniaga memang mengkagumkan. Mereka cekal dan tidak mudah putus asa.
JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6
Pada Jumaat 22 Oktober 2010, bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Pasir, seramai 77 orang pelajar tahun 6 telah mengadakan majlis Jamuan Perpisahan yang hebat dengan juadah Nasi Bariani dan pelbagai kuih-muih yang menyelerakan.
Enam tahun sudah mereka belajar di sini, tibalah masa untuk mereka melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Mereka sedang menunggu keputusan peperiksaan UPSR yang dijangka 12 November ini jika tidak silap sayalah.
HELMI PUTUSKAN TUNANG DENGAN ROZALIYA
Dua berita yang menggemparkan!
1.Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
2.Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.
Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam. (sumber KOSMO)
Aku sokong kedua-dua berita ini. Tindakan Muhyiddin adalah betul. Dan tindakan Mohd Helmi Mohd Noor juga betul. Kalau aku jadi Helmi, aku pun buat macam tu juga.
Sabtu, 23 Oktober 2010
PRODUK BIO ASLI SEMAKIN LARIS
Ya! Inilah produk Gout yang mula mendapat sambutan
Harga RM 70 siap pos
Krim khas untuk Payudara RM 60
Mula mendapat permintaan yang tinggi.
Juga sesuai untuk gebukan wajah yang mula kendur.
Pelangganku yang dah guna sangat gembira! Senyum sampai ke pipi!
Aromaterapi RESDUNG RM 40
Namun KOPI KELAPA DARA tetap berada di nombor 1.
Kalau aku kehabisan, pelanggan boleh merajuk dan marah-marah aku!
Khas untuk lelaki dan wanita yang DINGIN.
Juga untuk lelaki yang selalu KALAH SEMASA BERJUANG.
Badan saja tegap, tetapi NOTHING!
Harga RM 50 siap pos. Aku dah hantar hingga sampai Sandakan.
Nak...SMS je nombor aku 010-3443880
Kalau malu lagi mesej kat Facebook
Jumaat, 22 Oktober 2010
BERBICARA TENTANG IBLIS
Dikirim Al-aji Aji dalam fan Jangan Dekati Zina
KESAKSIAN IBLIS
Edisi ini saya akan berbagi tentang suatu hadits yang luar biasa dahsyat maknanya. Saya yakin cukup dengan suatu hadist ini jika setiap kita membaca, menyelami dan mengamalkannya dengan baik insya Allah kita akam menjadi mukmin sejati. Tak perlu berpanjang, berikut kutipan lengkapnya :
Dari Muadz bin Jabal dari Ibu Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seorang dari luar rumah:” wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku “Rasulullah bersabda.” Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat Allah bersamanya.” Umar bin Khattab berkata : “izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah”. Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik”.
Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”, Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”
Iblis menjawab: ” Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.
“Siapa yang memaksamu?”
“Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin “.
“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh”.
*Orang yang dibenci Iblis*
Rasulullah SAW lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah
“Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”
“Lalu Siapa lagi?”
“Orang alim dan wara’ (loyal)”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci.”
“Siapa lagi?”
“Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”
“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar”.
“Selanjutnya apa?”
“Orang yang bersyukur”
“Apa tanda kesukurannya ?”
“ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.
“Orang seperti Abu Bakar menurutmu?”
“Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”
“Umar bin Khattab ?”
“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”
“Usman bin Affan?”
“Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”
“Ali bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah SWT).
* Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis*
“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat ?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar,” “kenapa ?”
“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”
“Jika seorang umatku berpuasa ?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”
“Jika ia berhaji ?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al – qur’an ?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api”
“Jika ia bersedekah”
“ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa bisa begitu ?”
“ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu ?”
“Suara kuda perang dijalan Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu ?”
“Taubat orang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar diwaktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu ?”
“ Sedekah yang diam – diam.”
“ Apa yang dapat merusak wajahmu ?”
“ Shalat fajar.”
“ Apa yang dapat memukul kepalamu ?”
“Shalat berjama’ah.”
“ Apa yang paling mengganggumu ?”
“ Majelis para ulama.”
“ Bagaimana cara makanmu ?”
“ Dengan tangan kiri dan jariku .”
“ Dimanakah kau menaungi anak – anak mu dimusim panas ?”
“ Dibawah kuku manusia .”
* Manusia Yang Menjadi Teman Iblis*
Nabi lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis ?”
“Pemakan riba”
“Siapa sahabatmu ?”
“ Pezina”
“ Siapa teman tidurmu “
“ Pemabuk. “
“ Siapa utusanmu ?”
“ Tukang sihir.”
“ Apa yang membuatmu gembira ?”
“ Bersumpah dengan cerai.”
“ Siapa kekasihmu?”
“ Orang yang meninggalkan shalat jum’at.”
“ Siapa manusia yang paling membahagiakanmu ?”
“ Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja.”
*Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas*
Rasullullah SAW lalu bersabda :”Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu”.
“Iblis segera menimpali : “ tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”
“Tidaklah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. “
*Iblis dibantu oleh 70.000 anak – anaknya*
Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak dan setiap anak memilki 70.000 syaitan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk mengganggu anak – anak muda, sebagian untuk mengganggu orang tua sebagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjama’ah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjama’ah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada dilidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata ,”Keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak –anakku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad ? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
*Cara Iblis Menggoda*
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, Cerai.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur – ngulur shalat, Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya ke mukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘salatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.
Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. I apun shalat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedangfkan aku amemerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.
Ia pun mati dalamkekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, apakh engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam ?”
*10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT*
“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam”
“ Apa saja?”
“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan”(Qs Al Isra :64).
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “ Orang – orang boros adalah saudara – saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata : “ Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda,”
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku: (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata : “Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk – makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.”
Sumber : Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi /Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.
( Ulama wara berkata : Berbuat baiklah sekuat tenagamu untuk mencapai SYURGA,dan janganlah engkau Menyandarkan terlebih dahulu kepada TAKDIR ).
Khamis, 21 Oktober 2010
NASIHAT BUAT MANGSA JEREBU
Jerebu di SK SERI PASIR, SERI MEDAN 20 Oktober
Sang Mentari yang tersipu-sipu malu di siang hari
Pekan Seri Pasir dilihat dari puncak sekolah
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan mereka sebaik-baiknya sentiasa berada di dalam bangunan dan memakai penutup hidung dan mulut yang bersesuaian sekiranya berada di luar.
Hari ini semua sekolah di Muar ditutup kerana semalam keadaan jerebu pada paras bahaya iaitu 432.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.
Liow turut menasihatkan orang ramai supaya banyak minum air kosong dengan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari di samping membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan serta menghadiri aktiviti luar.
Selain itu, beliau meminta mereka yang mengalami penyakit seperti :
batuk
selesema
asma
sakit mata
jangkitan paru-paru yang kronik supaya segera ke klinik sekiranya keadaan bertambah teruk.
Rujukan untuk jerebu layari klik
Isnin, 18 Oktober 2010
JEREBU BERTANDANG LAGI
Di tepian sungai Simpang Kiri, Parit Sulong
Jalan Kangkar Senangar
Jerebu telah hadir lagi mengubat kerinduan insan-insan yang mula lupa diri akan hubungan mereka dengan alam sekitar. Apakah asap-asap ini dari seberang atau datang dari tanah air sendiri? Bau asapnya agak asli, sama dengan bau asap orang bakar kebun. Harap-harap kehadirannya ini tidak selama tahun 1997 dahulu. Jerebu ekonomi seiringan dengan jerebu udara itu sendiri.
Ahad, 17 Oktober 2010
CUEPACS, HENTIKANLAH MERAYU-RAYU
PM sudah kata, kerajaan tidak mampu memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam. Kerana kosnya terlalu tinggi iaitu RM 3.1 billion. Namun selepas bajet 2011, CUEPACS berura-ura untuk membuat rayuan agar kerajaan menimbangkan untuk memberi bonus dua bulan gaji. Tak perlulah kita menjadi pengemis, kerana ia ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Sudahlah, aku harap bagi kakitangan yang merasakan pendapatan mereka tidak mencukupi agar melakukan perkara-perkara berikut:
1. Binalah pendapatan kedua seperti melibatkan diri dalam perniagaan konvensional atau MLM.
2. Bagi yang tinggal di kampung bolehlah membuat kerja sambilan seperti bercucuk tanam, mengusahakan kebun yang terbiar. Mungkin tanah warisan. Jika ada kemampuan pinjam bank beli tanah.
3. Gunakanlah kereta yang ada. Usah ikut sangat perkembangan model kereta, kerana sampai bila kita nak berhutang yang menyebabkan kita terhimpit? Belilah kereta yang bayarannya mampu kita bayar.
4. Ingatlah anak-anak kita akan datang perlukan duit untuk meneruskan pembelajaran mereka. Jika kita terus menanggung hutang, bagaimana keadaan kita ketika itu? Setiap tahun kita mengharapkan bonus kerajaan yang menyebabkan bangsa lain mentertawakan kita dengan sinis.
5. Kita memang dalam keadaan serba salah. Jika kita dapat bonus, orang ramai menyalahkan kita kerana kaum kapitalis mengeksploitasi kedaan itu untuk menaikkan harga barang. Maka bantuan ihsan RM 500 yang diumumkan beberapa hari lalu oleh PM memang sudah mencukupi. Jika nak cari lebih, usahalah sendiri. Anak-anak kita tanggungjawab kita.
Ada orang harga kenderaan mereka lebih mahal daripada rumah yang diduduki. Apabila anak minta duit yuran, anak disergah macam apa.
Oleh itu buat usahlah bercakap lagi fasal bonus dua bulan gaji, kerana ia hanya mimpi di siang hari.
Sabtu, 16 Oktober 2010
RAMAI PENOREH GETAH AKAN JADI HARTAWAN
Peningkatan harga getah SMR 20 secara konsisten dengan mencatat paras tertinggi RM11.90 sekilogram pagi kelmarin membolehkan 380,000 pekebun kecil RISDA memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.
Setakat jam 5 petang semalam harga SMR 20 ditutup RM12.02 sekilogram, iaitu yang tertinggi dalam sejarah industri getah negara dan dijangka akan terus memberi manfaat kepada pekebun kecil.
Berdasarkan harga semasa, pekebun kecil yang menjual getah sekerap mampu memperoleh 50 sen bagi setiap mangkuk susu getah yang dihasilkan dan memperoleh pendapatan sehingga RM170 sehari bagi setiap dua hektar kebun.
Pada tengah hari semalam, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 mengukuh 31 sen kepada RM12.02 sekilogram.
Teruja juga apabila secawan getah boleh dapat 50 sen! Tetapi, semua pokok getah kat kebun aku yang sekangkang kera tu dah ditebang. Huhuhu......
Buat penoreh getah, semasa mahal inilah anda berjimat cermat. Kerana harga getah ini seperti saham juga. Boleh naik setinggi sekarang ini, dan boleh juga menjunam sehingga menyebabkan pokok getah ditebang dan dijual kayunya yang juga mahal harganya.
Jumaat, 15 Oktober 2010
BAJET 2011
Bajet 2011 baru dibentangkan oleh PM tadi.
Beberapa perkara sahaja yang aku nak ulas:
1. Bonus-wang ihsan untuk kakitangan awam RM 500 akan diterima Disember 2010 nanti seperti sedia adanya.
2. Elaun imam meningkat dari RM 450 ke RM 750 sebulan. Lepas ni berebutlah nak jadi imam. Yang mengaji tunggang-langgang pun nak jadi imam juga. Setiap yang baik ada buruknya.
3. Cuti bersalin boleh ambil 90 hari tetapi terikat dengan 300 hari sepanjang perkhidmatan. Jadi cuma anak pertama sampai ketiga sahajalah ya? 90 hari X 3: 270 hari. Anak keempat cuti sebulan sahajalah. Kalau nak cuti lagi ambil cuti tanpa gaji.
Itu sahajalah pendapat aku tentang Bajet 2011. Nampak gaya bajet kali ini, adalah bajet berjimat-cermat. Aku kena teruskan buat MLM agar dapat bonus setiap bulan. Korang bolehlah, gaji puluhan ribu. Aku ni siapa nak tolong? Diri sendirilah kan?
Namun, kerajaan akan membuat menara 100 tingkat yang berharga 5 billion. Dijangka siap 2015. Entahlah, peliklah aku yang jadi rakyat biasa ni.
Namun, kerajaan akan membuat menara 100 tingkat yang berharga 5 billion. Dijangka siap 2015. Entahlah, peliklah aku yang jadi rakyat biasa ni.
Khamis, 14 Oktober 2010
GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI 10.10.10 KM 224 LEBUH RAYA PLUS
Gambar-gambar ini diambil oleh Sdra Mohd Safuan Bin Salahudin
yang dikongsi dalam facebook
Banyak lagi sebenarnya gambar yang diambil oleh Mohd Safuan Salahudin, tetapi tidak tergamak untuk aku menyiarkan semua kerana ia cukup mengerikan.
Kesimpulannya, apabila kita berada di jalan raya, kita serahkan segala-galanya hanya kepada Allah. Sebab kerakusan seorang manusia (pemandu bas Delima) maka tragedi ini terjadi.
SYAHDUNYA BACAAN AL-QURAN INI
Minggu ini agak kurang sihat. Jadi aku tak dapat menulis apa-apa entri di sini. Cuma ingin mengajak kalian mendengar bacaan Al-Quran, agar mendapat ketenangan pada Subuh yang dingin ini. Jom...Dengar Qari ini .MENGAJI...klik.
Lain kali klik sahaja mari mengaji kat sebelah kanan tu, lepas tu pilih audio, ada berpuluh Qari di situ, semua baca 30 juzuk. Saya suka dengan Qari Abdul Baset Abdul Samad ni.
Lain kali klik sahaja mari mengaji kat sebelah kanan tu, lepas tu pilih audio, ada berpuluh Qari di situ, semua baca 30 juzuk. Saya suka dengan Qari Abdul Baset Abdul Samad ni.
Ahad, 10 Oktober 2010
MENGHIRUP UDARA DESA
Pokok getah ini terletak dengan rumah emak mentua aku
(Orang tengah sibuk cerita fasal majlis perkahwinan Angkasawan kita
Dr Muzaffar dan Dr Harlina, aku sibuk cerita fasal pokok getahlah pulak.)
Aku snap gambar ni kerana aku dulu pernah menoreh
dari tahun 1979-1984
Pokok ni pun satu daripada kenangan aku. Ia digunakan untuk
membersihkan hulu parang. Kalau gosok kat muka pasti menangislah
kerana ia kasar macam kertas pasir.
Hei budak-budak kota, inilah dia anak benih pokok getah
Masa sekolah rendah dulu cikgu Kandir selalu suruh aku
bawa biji getah yang cute ini
Abang aku Timyati seorang yang kreatif, kulit biji getah
ni pun dia boleh dibuat sebagai barang mainan.
Pagi minggu ni Irfan ajak aku ke sini.Memancinglah hobi dia.
Dapatlah Irfan seekor ikan haruan ni. Tu pun dia dah suka sangat.
Sedang Irfan asyik memancing, lalu kereta polis kat kebun itu. Dia terkejut apabila kereta polis itu bertanya dia. Maklumlah Irfan, tabik betul dengan polis yang macam Gerak Khas tu.
"Dik, awak anak siapa?"
"Anak Mat Som, ada apa ya?"
"Ada nampak siapa-siapa yang lalu di sini?"
"Tak ada, kenapa?"
"Tadi ada kecurian di rumah Encik Johari"
Polis itu meneruskan perjalanan. Irfan lari berjumpa Ili Nabilah. Kemudian memberitahu aku yang sedang asyik berbual-bual dengan Abang Ihsan dan Ustaz Jamil.
"Midah, kita kena ke rumah Kak Ipah sekarang, ada kecurian di rumahnya"
Sampai di sana inilah antara yang kami saksikan. Jiran Kak Ipah selang 7 tiang elektrik ada majlis perkahwinan. Ada pencuri yang mengambil peluang itu untuk mencuri. Kak Ipah kehilangan satu gelang dan dua bentuk cincin. Gelang pemberian emak mentuanya dan salah satu cincin tu adalah pemberian Lek Banon, warisan nenek kami Mbah Saringaton .
Inilah sahaja yang dapat aku gambarkan (kerana ia agak privasi) untuk anak-anak Hj Johari, AMSUDA, PUTRI CAHAYA12 DAN TEMAN SETIA ANIS yang berada di Kuala Lumpur tu. Jangan risau, ibu bapamu selamat dan sentiasa bersemangat dan tidak akan lemah dengan kejadian ini.
UPSR KEKAL, PMR DIGANTI 2016
SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.
Begitulah Berita Harian melaporkan hari ini.
Aku lega dengan berita ini, namun jika aku masih mengajar di Tingkatan 3 seperti dulu, berita ini merupakan berita buruk untuk guru Tingkatan 3. Apabila peperiksaan PMR diganti dengan penialaian berasaskan sekolah, maka beban guru bertambah berat.
Tranformasi sememangnya ada baik dan buruknya. Sebagai warga pendidik guru akan menjalankan segala yang diarahkan.
Sabtu, 9 Oktober 2010
BLOG WALKING ZIARAH BLOG
Petang ni aku nak merepek perkara yang mudah, iaitu cara nak blog walking. Aku ni tak rajin blog walking, sebab kebanyakan blogger yang tersenarai di blogger.com ni, 70% muda belaka. Cerita pun fasal pakwe, makwe.
Kalau nak cari blogger yang sebaya dengan aku kenalah pilih blog politik. Malangnya pengkomen-pengkomen di situ agak biadab. Hanya 20% sahaja yang ada budi bahasa.
Ok....tengok gambar bersiri di atas. Ni memanglah mudah, tetapi bagi blogger baru mereka tak tahu. Ikutlah step by step. Sebab tu kita kena isi maklumat blogger di akaun blog kita dengan sebanyak-banyaknya. Katakan minat kita memancing, maka kita akan disenaraikan dengan blogger yang suka memancing dari seluruh dunia. Paling ramai rasanya yang minat dia watching television.
Gambar yang paling bawah tu...tengok ada anak panah (mouse), ada blog seterusnya itu ialah cara kedua nak mengembara ke blog orang. Tetapi kadang-kadang kita masuk ke blog yang dah bersawang. Kalau ikut cara di atas tadi kebanyakan blog yang tersenarai ialah blog yang baru diupdate. Sebab itulah kita tak boleh bela labah-labah dalam blog kita, alamatlah lama-lama tak ada orang nak berkunjung ke blog kita.
Kalau dah jemu baca blog aku, kalian tengok perkataan di atas tu..atas blog aku ni.BLOG SETERUSNYA...klik
Kalau dah jemu baca blog aku, kalian tengok perkataan di atas tu..atas blog aku ni.BLOG SETERUSNYA...klik
Langgan:
Catatan (Atom)