Jumaat, 29 April 2011

PASAR IKAN PARIT JAWA, MUAR

Kau nak ikan apa, semua ada. Ikan Yu pun ada!

Aku hari ni sempat mengunjungi Pasar Awam Parit Jawa. Memang ikan-ikannya Fresh dan ada pelbagai spesis ikan dijual di sini. Peniaganya pun tak macam pasar awam Batu Pahat, memanggil pelanggan macam apa. Peniaga di Pasar Batu Pahat sudah pada tahap MEMAKSA orang beli ikan mereka terutama kalau kita datang pada sebelah petang. Peniaga di Pasar Ikan Parit Jawa tidak, mereka sekadar tersenyum, dan kita bebas membuat pilihan. Peniaga pun ramai, rasanya dekat 30 gerai.

TERUNG PUTIH

Hanya dua gambar ini sahaja yang sempat aku upload, bisnes tengah nak meletup ni...busy sikit. Malam ni sambung...






OK.....! Baru balik Karfour ni cari buku budak-budak ni..
Parking dahlah susah, hujan pulak malam ni. Hujan Rahmat...
Begitulah Pasar Parit Jawa adanya, maka di situlah berkumpulnya segala ikan, yang sebahagiannya daku tiadalah tahu akan namanya.

Adapun ikan kembung besar ini berharga RM 11.00 sekilo. Kalau beli ikan di Parit Sulong, seringkali ikan tu dah pecah perutnya. Tu yang kadang-kadang aku sanggup berlaukkan telur goreng dengan bilis hitam goreng 


Apa nama ikan ini? Lupalah pulak..teruk betul aku ni

Tak payahlah saya jawab soalan Mummy Gee....gambar ini telah
memaparkan harga Ikan Parang di Pasar Parit Jawa ni.

Udang.....

Sotong ni berharga RM 14.00 sekilo. Manis dan sedap. Aku beli setengah Kilo.
Katanya tak payah kupas-kupas dah boleh masak. Sotong apa ntah? Kecik je saiznya. 

Ikan kecil ada! Ikan besar pun ada!

Jual ikan pun dah guna teknologi siber...hebat.
Jual ikan melalui Facebook ka Amoi?

PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM

Tak sempat nak cerita...nak pergi kerja
KLIK JE SINI>>>

Khamis, 28 April 2011

DR AZLY RAHMAN DAN SAJAK SIN CITY, JAY BEE

Tulis blog memang senang. 
Taip-taip-taip kemudian publish.
Dah banyak blogger ditangkap.
Dah banyak pihak terguris.
Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak publish merengkok di lokap.
Ada juga yang terpaksa lari ke luar negara.
Apa isu tentang blogger hari khamis ini?
Jom kita analisis pendapat pihak yang terhina dek tulisan blogger ini.


JOM KLIK

Apa entri dia sehingga pihak berkenaan membuat bidasan?
Ha.....

MUNGKIN ...CUMA TELAHANKU
NI DIA ENTRI BLOGNYA.

(Setelah Dalih ke bahasa Melayu begini bunyinya)




SIN CITY, JAY BEE


Di mana semua kenangan pergi
Dari kota yang tidak pernah tidur
Dosa-diisi anda
... Tawaran hidup panorama
Sebuah kotak pandora dari lushness emosi

Jay Bee
Anda mungkin disebut bandar sampah
Perang geng dan banci kelimpahan sebuah
Batuan jenius Kapak dikandung rapi
Dari rahim Papa Rock
Ahhh Johor Baru ...  anda mungkin ingin menjadi New York
Engkau tidak akan pernah mencapai kemasyhuran

Sweet bandar bandar dosa
Merayakan perputaran wang
Hal ini ada saya tahu inner beauty cinta
Apabila kami berjalan naik dan turun Pantai Lido
      yang nama tengahnya adalah "kotor"
Ohh Jay Bee ... Anda adalah jiwa yang satu denganku

Jay Bee
Dosa bandar
mana politik bau
mana rasuah mendapat wink harian bagus
dimana elit kuasa adalah raja bawah tanah
dimana miskin ditipu
di mana anak-anak kelas pekerja berkeliaran di jalan-jalan di sepeda motor dengan bilng bing
mana bau ganja memenuhi hawa seperti minuman marah-on fermentasi
Ahh Jay Bee
Kota Dosa

Bungkukmu Tanjung Puteri sudah mati dan pergi
Komited sepuku saat melihat apa yang telah menjadi
    Dari Anda dosa bandar Jay Bee
Si Bongkok meninggal kerana kematian ia menghendaki untuk jangka
Sebagai melihat jambatan bengkok patah hati yang meletup dengan suara gemuruh
Ahhh ... berkat Koridor Johor
Dan Disney dari Nusajaya Johoreans memuja
Dosa bandar
Jay Bee
Anda ekonomi, seperti Sungai Segget, bau sampai keabadian

Cinta hilang
Dari salah satu hatiku yang diadakan pada
Saat aku berjalan batu tak terhitung
Sepanjang pantai Lido
Waktu belum jenis
Untuk bandar yang tidak pernah tidur
Untuk ini bandar dosa
    Yang menangis
    Para yesteryears dari hilangnya kebanggaan yang berjalan dalam
Cinta hilang
Perjanjian ini dikurung
Dosa bandar anda sekarang dijual
Untuk kaum nasionalis lidah bercabang menjadi tua seperti penuaan Disneys

Dosa bandar
Jay Bee
Anda pernah tambang
Anda tidak akan lagi


DR AZLI berpendapat demikian. Apa kata orang JB!!!? Setujukah jika Doktor Azly kata Jay Bee bandar yang tak selamat dan penuh dosa maksiat segala?


Dulu aku pernah duduk JB selama 3 Tahun. 1985-1987.Yang paling banyak, orang pau dan tipu orang kat KOMTAR dengan Bus Station. Pondan dan pelacur pun banyak. Sekarang tak taulah.....!!! KOMTAR pun dah lengang. Pasar awam yg busuk pun dah jadi CITY SQUARE! 

BEBERAPA SOALAN TENTANG SMART HERBS

(Perbualan ini dibuat sebelum Smartherbs memasuki MLM, ketika itu masih Trading).
Di bawah ini aku publish perbincangan aku dengan senior upline aku Sdra Yusri Stokis Daerah Kota Bharu dalam mesej Facebook. Smart Herbs mempunyai plan pemasaran yang unik, jadi banyak kemuskilan yang aku tanyakan kepada Sdra Yusri:




Plan yang dibincangkan di sini iALah Plan semasa TRADING.
Plan yang MLM tak dapat saya beri tahu kerana masih baru bagi saya.
Aku Pengedar Smart Herbs Batu Pahat Johor.
Berminat SMS aku 010-3443 880





  • SOALAN 1" (MSOM)
    Untuk belian Register saya dah faham....ok....Soalannya
    Adakah jika down line saya (Trader dan Ahli biasa)

    untuk belian menten atau belian ulangan, dia kena beli dgn stokis daerah? 

    Atau saya beli dulu atas nama saya sebagai STAR CENTER kemudian saya key in belian mereka?

    JAWAPAN 1"(YUSRI)
    soalan dan jawapan ada sekali dah tu..trader rm90 dan ahli biasa rm60 hanya boleh beli produk maintain dan produk trading (belian ulangan) daripada star center sahaja.

    star center pula boleh dptkan prdk maintain dan prdk trading drpd stokis daerah.seterusnya transfer prdk(maintain @ trading) tsebut kpd trader @ ahli biasa.

    star center hanya dpt 5% belian peribadi prdk tarding shj buat ms ini..5% drpd prdk maintain belum bmula lg.
  • SOALAN 2:(MSOM)
    Apa istimewanya Pangkat dalam SHERBS? Jika syarikat lain ia ada overiding yang besar.

    JAWAPAN 2"(YUSRI)
    Pangkat sbg penghargaan utk ushawan yg bminat nk buat plan MLM shj.Ini kerana, walau pangkat star center dlm plan TRADING..tetap bmula dgn pangkat ahli biasa dlm plan MLM kecuali memenuhi syarat 50ktk trading @ taja 5 star center UTK LAYAK pgkt PLATINUM.

    Bagi pgkt Daimond dan ke ats layak CTO 3% plan MLM + BONUS maintain hingga 7 level plan MLM + bonus GENERASI star center plan TRADING hingga INFINITY (2% utk 3level dan 1% infinity)

    Bagi pgkt Star Crown Director dan ke ats pula layak TABUNG KERETA @ TABUNG UMRAH.

    JIka downline sama pangkat, bonus pgkt x layak diterima kecuali downline yg pangkat lebih rendah drpd kita.
  • SOALAN 3:(MSOM)
    Jualan 50 kotak dalam 3 bulan tu, jualan peribadi atau jualan kumpulan?

    JAWAPAN 3:(YUSRI)
    Maklumat yang diterima setakat hr ini, 28hb MEI ialah tarikh akhir utk cukupkan belian peribadi 50ktk utk melayakkan pgkt PlATINUM dan PERCUMA 10kotak produk.

    Jualan kumpulan star center layak 2% hingga 3 level.

    Insyaallah maintain akn bermula pada bulan JUN (29hb MEI - 28hb JUN).Klau ada perubahan kawe akn inform smula.
  •  SOALAN 4:(MSOM)
    Jika dalam 3 bulan tak berjaya jual 50 kotak, maka kita kena ikut plan biasa? Iaitu taja 5 STAR CENTER?

    JAWAPAN 4"(YUSRI)
    Dalam tempoh promosi skrg ini hingga 28hb MEI...star center diberi pilihan hanya perlu buat belian 50kotak @ taja 5 star center utk pgkt PLATINUM.

    Mungkin selpas tempoh promosi ini..semua pakej star center rm360 @ trader rm90 @ ahli biasa rm60 akn bermula dgn pangkat AHLI BIASA dlm plan MLM.

    Maknanye perlu taja 125 org untk pgkt PLATINUM..SO...gomo kelate gomo...silap..gomo smartherbs gomo sblm promosi ni berakhir.

    Taja 5 star center direct line dan susun semua di level 1 serta pastikan semua buat belian 50ktk..anda layak pgkt Daimond
  •  SOALAN 5:(MSOM)
    Cerita sikit tentang BONUS RANGKAIAN STOKIS CENTER?

    JAWAPAN 5 "(YUSRI)
    Bonus rangkaian STOKIS STAR CENTER

    1.BONUS belian peribadi star center 5% utk belian produk trading (13.50 @ 17.50) dan produk maintain (44 @ 50) drpd stokis daerah.

    2.BONUS belian generasi star center (kita taja @ placement) 2% (drpd belian produk trading (13.50 @ 17.50) dan produk maintain (44 @ 50)) hingga 2 level sahaja.

    Jika star center berpangkat DAIMOND dan ke ats, layak bonus belian generasi star center 1% utk level 4 hingga INFINITY.

    3.BONUS belian trader 9.55%

    Jika trader yg ditaja diri sendiri dan disusun di level 1.Layak bonus belian star center 6.61% serta bonus belian trader 2.94%.

    Jika trader yg ditaja orang lain dan disusun di level 1.Layak bonus belian star center 6.61% sahaja.

    Jika trader yg ditaja orang lain dan disusun di level 2 dibawah trader diri sendiri.Layak bonus belian star center4.31% serta bonus belian trader 2.30%.

    nota:trader boleh o/r hingga 7 level.

    Wallahua'lam..kalau salah tolong betulkan..kalau betul tolong sebarkan..kalau sebar tlg taja2kan..kalau taja..tolong??? tolong amik la bonus tu
  • Tkasih...MY UPLINE! Saya nak masukkan ini dalam entri blog saya ok. Bolehkan?...ia juga utk panduan down line saya nanti. Rasanya tak ada yg lucah di sini. Saya akan buat bisnes ini. Mu tau bukan senang aku nak masuk syarikat baru. Apatah lagi inilah pertama kali aku join dgn orang yg tak dikenali.Shukri memang hebat.
  • Berdasarkan jawapan yang diberi oleh Sdra Yusri, membuktikan beliau seorang yang mengetahui secara mendalam bisnes MLM Smart Herbs. Sama-samalah kita menjayakan perniagaan ini. Terima kasih juga kepada Sdra Shukri juga dari Kota Bharu yang mengajak saya menceburi perniagaan Smart Herbs ini.

Rabu, 27 April 2011

MEMBELI BARANG KEPERLUAN RUMAH

Sesekali Ambil Gambar Barang2 Yang Telah Dibeli Baru Nampak Puas.
Lokasi Kedai: Sebuah pekan kecil yang tidak popular langsung di atas muka bumi ini.
Setiap kali aku melalui pekan itu, aku terpandang ke arah kedai buruk itu.
Orang berbelanja dengan troli macam shoping di super market. Mesti ada keistimewaannya kedai itu?
Maka petang ini, setelah aku memandu selama 20 minit sampailah aku ke lokasi tersebut.
Mula-mula sekali tengok harga  Pampers PET PET ...murahlah Saiz M 80 keping baru RM 32.50..

LIST BARANG RUNCIT CIPTAAN AKU NI
KALAU MINAT KLIK BIAR BESAR..DAN PRINT
YANG KURANG TAMBAH SENDIRI
NI UNTUK CHECK BARANG YANG KITA NAK BELI... OK!!!



Untuk anak-anak aku, aku kena beli sabun mandi yang murah macam ni. Kalau tak
alamatlah sebulan 10 kali aku beli syampu rambut dan syampu badan ni. Dua produk ni baru berharga RM 15.00

Hebat betul kedai ni. Saiz yang besar dah sold out. Yang besar baru RM 3.60.
Fasal dah tak ada, aku beli yang kecik ni. 

Terjumpa Papadam dan bilis hitam pulak kat sini. Hah Ambiklah...

Kat Kedai ni, sabun Daia ni baru berharga RM 11.50 sekotak. Murah kan? Hamidah suka jenama ni sebab
kalau hujan, pakaian tak berbau.

MILO 2.2 kg ni pun baru berharga RM 29.90

Ah tak apalah tak beli kat kedai yang grand-grand, asal jimat sikit. Sambil menikmati panorama indah kampung-kampung yang aku lalui. Banyak betul rumah buat Homestay kat situ. Malangnya kamera yang aku bawa, kosong tiada kad memori. Tu fasallah sampai rumah aku baru dapat ambil gambar.

Lagi pun aku dah bosan dan nak muntah apabila aku mengulas cerita politik dalam blog aku ni. Bayangkan daripada Irfan lahir pada tahun 1998 sampai sekarang, tak sudah-sudah dengan cerita liwat dan DNA....bosan! Aku dah bosan...! Aku dah bosan! Apa kata kita dengar lagu ni.

SETUJU DENGAN PENDAPAT MB NEGERI SEMBILAN-OBESITI

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, mempersoal serangan banyak pihak yang menyalahkan penjaja di luar sekolah punca masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar. 

Katanya, isu lebih penting yang perlu diberi perhatian adalah disiplin pemakanan yang diajar di rumah.

BHARIAN.


GAMBAR GOOGLE






Betul...kata Datuk Seri tu. Pagi tadi pun makcik kantin sekolah aku sudah mengeluh. Itu tak boleh jual. Ini tak boleh jual. Bagaimana dia nak bayar upah pekerja kantin yang seramai lima orang tu.


Penjaja di tepi jalan pun nak hidup juga. Kalau nak salahkan mereka tak boleh juga. Kilang makanan ringan juga patut ditutup. Baru adil semua hilang pekerjaan. Memang sudah kanak-kanak tu suka makan burger, nuget, jajan, air bergas, nak buat macamana? 


Jadi, sebagai ibu bapa, kita haruslah mengasuh anak-anak kita agar mengamalkan gaya pemakanan sihat. Jika tidak, memang payahlah nak melarang mereka membeli makanan sebegitu.

Selasa, 26 April 2011

BERUS SONGKOK BULU BABI



Aku (MAT SOM) menjadi saksi, seorang lelaki berkata kepadaku:


"Pada suatu hari, aku ke pekan Rengit
Pekan tempat tinggal aku.
Aku menuju ke sebuah kedai.
Taukey itu bertanya kepada aku.
"Mau cari apa?"
Cari berus songkok.
"Nanti sekejap aa, situ suda abit"
Taukey itu berdiri di atas kerusi dan mengambil satu kotak di atas para-para.
Kotak itu berisi berus songkok yang baru.
Tiba-tiba lelaki (yang menjadi imam di kampungnya itu merah padam)
Kerana semasa taukey itu membuka kotak itu.
Terpampang satu kertas putih yang tertulis.
"DIPERBUAT DARIPADA BULU BABI"
Hello, taukey...berus ini bulu babi.
"Mana ada..ini bulu bukan babi punya"
Lu tak tengok, ini tulis cakap apa?  
"Haiya...wa buang ini kertaslah....tatak betul punya"
Saya tak mau beli....
"Tak mau tak apalah..."


Lalu sepanjang hari dia rasa tak sedap hati.
Betapa banyak orang di Rengit memberus songkok mereka dengan bulu babi.
Tetapi dia tak tahu nak berbuat apa-apa.
Dia terus membiarkan hal itu kerana siapalah dia.
Siapa nak percaya cakap dia.

Pengajarannya:
  • Kalau nak selamat gunakan berus yang diperbuat daripada plastik
  • Gunakan sahaja songkok putih, hijau, hitam atau apa-apa sahaja kopiah.

KENAPALAH PENGGUNA ISLAM SENTIASA DIPERMAINKAN?


MENCARI JODOH

Selalu aku menguruskan jualan herba. Entah kenapa petang semalam aku agak tersentak apabila seorang teman juga pengedar Bio Asli memperkatakan sesuatu. Dia memberikanku sekeping gambar. Gambar seorang anak dara berumur 28 tahun. 
Bukan orang yang dimaksudkan. Gambar Google.


"Cikgu, kalau ada kawan-kawan cikgu yang masih bujang, bolehlah perkenalkan kepada kakak ipar saya ini....., tapi tolong jaga gambar ini dan usahlah disiarkan diinternet"


"Selain aku, kepada siapa lagi kau bagi gambar ini?"


"Bukan semua orang boleh dipercayai. Saya percayakan Cikgu"


Itu satu penghormatan. Dia menganggap aku seorang yang jujur. Ini amanah....! Tetapi siapa yang akan aku beritahu hal itu. Semua kawan aku sudah berkahwin. Kalau ada pun yang bujang, mereka itu jenis nak kena paksa baru nak kahwin.


Dan satu lagi, dalam gambar itu perempuan itu kelihatan terlalu koservatif. Kenapa dia seperti terlalu terpaksa untuk mencari suami?


Dan bukanlah mudah nak menjodohkan orang. Aku pun tidak tahu apa kelebihan dan kelemahan orang itu. 


Maka keputusannya, adalah lebih baik aku mendiamkan perkara ini berlalu begitu sahaja.....


Kenapa dia tak seperti wanita Magribi ini?

Nampaknya zaman telah berubah, lelaki semakin jual mahal. Daripada statistik di Magribi itu menunjukkan jumlah orang perempuan pula yang mencari-cari.lebih ramai daripada lelaki..!

Isnin, 25 April 2011

MLM YANG BAKAL MELETUP DI PASARAN 2011

Mencari Stokis Batu Pahat

Berhadapan Parking Store Batu Pahat.

Saloon ini menjadi stokis syarikat baru 2011.

Wau tangga yang kehijauan...sesuai untuk konsep jual herba.

Sebahagian Produk yang akan dipasarkan di Batu Pahat.

Aku join syarikat ini melalui pengunjung blog aku ini. Dia dari Kota Bharu. Terima kasih Shukri. Terima kasih juga kepada uplinenya, Sdra Yusri. Shukri SMS aku. Sebenarnya ada puluhan SMS yang aku terima.Termasuklah.... sory ada awek nak kenal dengan aku, orang Kudat..Aku kata, gambar aku tu gambar lama masa umur aku 15 tahun. Sekarang dah tua, warga emas. What? Warga emas .? Kalau macam tu lagi mahal ba....!


Aku pun dalam pencarian syarikat yang sesuai dengan taste aku. Kalau aku kata dah tak minat, memang aku tak akan buat. Bagaimana aku boleh join bisnes dengan seseorang yang langsung tak dikenali? Pengunjung blog pulak tu. Itu semua rezeki. Aku akan jalankan bisnes MLM syarikat ini. Sesiapa yang berminat hubungi 010-3443 880. Bisnes ini Insya Allah akan meledak di pasaran....

Ahad, 24 April 2011

AWAS! SIAPA RAKAN FACEBOOK ANDA!

Usah layan lelaki Afrika di Facebook


PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.
KOSMO.COM

Sabtu, 23 April 2011

JEMU DENGAN HEADER








Aku dah ada hobi baru. Tukar header...Semua tak kena lagi.

KELIRU KENYATAAN BLOGGER BUZZ



Kenyataan Blogger Buzz

Ada blogger yang ketawakan aku dan beberapa blogger yang lain kerana kecoh suruh tukar emel selain Google ke akaun Google supaya blog dapat diteruskan.


Mereka berhujah, bahawa tak perlu tukar emel tersebut berdasarkan kenyataan itu: Dan barulah patut mereka ketawakan aku....ish ish....


Ayat "Jadi jika anda mempunyai akaun Blogger dan tidak masuk sejak 2007, anda akan kehilangan akses dan isi yang berkaitan secara kekal  KECUALI jika anda mengemas kini kepada sistem Akaun Google sebelum 25 Jun" Maksudnya .....Jika kita tidak Sign In ke blog kita sejak 2007...ya ulang 2007....akan kehilangan akses....."


Namun yang mengelirukan tu ialah ayat KECUALI JIKA ANDA MENGEMAS KINI KEPADA SISTEM AKAUN GOOGLE SEBELUM 25 JUN... Setelah aku dok fikir, maksudnya begini......katakan anda tak sign in blog anda sejak 2007, tak pernah buka langsunglah. Ia akan selamat kalau kita tukar kepada emel GOOGLE. Bagi blog yang didaftarkan pada tahun 2008 hingga sekarang tak perlulah risau. Orang yang selalu selalu sign in dan tulis entri atau edit entri pun selamat. Tetapi paling selamat kalau tukar ke akaun emel Goggle. Maklumlah Blogspot ni kan Google punya....!

Khamis, 21 April 2011

MENYUSURI SEJARAH PARIT SULONG

Jambatan Parit Sulong dari pandangan berbeza

Aku sedang menyiapkan cerita perang Jepun ni...ini introduction je...tak sempat. Anak perempuan aku mintak belikan rak buku pulak ni..Merengek-rengek dengan emaknya itu..tunggu Pic-pic menarik dari aku ok...

........................................

OK sambung lagi cerita, tetapi siarkan dulu gambar-gambar terbaru yang aku ambil petang tadi....Biarlah gambar-gambar ini yang bercerita...kerana kalian lebih hebat pengetahuan sejarahnya daripada aku.
Sungai Simpang Kiri ini menjadi saksi bisu terhadap kematian beratus-ratus tentera
Australia, Punjabi dan Jepun.

Sebahagian jasad mereka abadi di kawasan ini

Dewan Parit Sulong

Mesjid Sungai Lontok yang baru, berhampiran jambatan Parit Sulong.


Siapakah Hackney? Aku pernah ceritakan dalam entri yang terdahulu....Hackney seorang Leftenan.. 



Kawasan ini digali pada bulan lepas kerana mencari tulang-belulang tentera yang terbunuh dalam Perang Dunia Kedua itu. Namun jumlah tulang yang ditemui tidaklah seperti yang diharapkan...semuanya telah sirna....

Dan lagi kesan-kesan pencarian itu.....

Dan lagi...mungkinkah waris-waris mereka di Australia dan Britain mengharapkan sesuatu di kawasan ini

Siapakah yang mengambil bumbung bangunan usang ini?

Sesuai untuk penggambaran Seekers

Harap-harap malam ini aku tak bermimpi apa-apa...

Jambatan Parit Sulong diambil pada tahun 1980-an. Jambatan ini telah dirobohkan.
Dan diganti dengan jambatan baru yang ada di atas itu...  

Gambar Jambatan Parit Sulong pada tahun 1940-an.

.......Kalau ada masa, aku sambung lagi petikan ini....KERANA aku bukan wartawan yang bergaji....cuma sekadar hobi yang suka terhadap sejarah setempat...Namun jika nak tahu juga ikuti dulu entri aku sebelum ini:
  1. SEJARAH NAMA PARIT SULONG-KLIK
  2. SEJARAH KOMUNIS MENGAMUK DI JOHOR-KLIK
  3. PERANG DUNIA KEDUA DAN PARIT SULONG-KLIK