Rabu, 27 Disember 2023

CARA ELAKKAN KECURIAN KELAPA SAWIT


Ini kejadian di sebuah kampung di Batu Pahat Johor. Abang yang ambik video ini sangat berani pada saya. Jika saya, mungkin kalau ambik video pun dari jauh. Risiko ditikam atau ditetak sangat tinggi. 


Untuk mengelakkan kecurian kelapa sawit. Saya cadangkan beberapa langkah:

1. Lepas petik terus jemput lori. Cari yang servis laju. Call terus datang angkat.

2. Pasang palang atau gate pada pintu masuk.

3. Pasang paku di jalan kebun yang dijangka dilalui oleh pencuri sawit.

4. Pasang CCTV dan letak di tempat yang tersembunyi.

5. Kebun hendaklah kerap dilawati. Jangan ditinggal terlalu lama.

6. Tinggalkan sesekali kereta buruk, seolah2 tuan tanah sedang bekerja.  Jangan pulak kereta buruk pun kena kebas!

7. Buat parit kecil bagi kawasan yang jadi laluan motosikal atau kereta pencuri.

Kata kawan saya, kebun je kita punya...Tetapi hasil sawitnya belum tentu milik kita. 

Ada dua kategori pencuri dalam dunia sawit. 

Pertama pencuri yang malas, dia angkut sawit yang telah dilonggokkan oleh tuan tanah. 

Kedua pencuri yang gigih, mereka sanggup petik sawit di kebun orang dan menjualnya tanpa fikir sedang mengumpul tambang ke neraka jahanam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Jumaat, 8 Disember 2023

TIBA-TIBA NAK CERITA TENTANG ZUHUD


 https://youtu.be/lgCDOtEUVzU?si=8EpbsAw8igBkI6QI

Ustaz Abd Samad bercakap tentang Zuhud

Jika didengar dari ceramah tokoh-tokoh dalam YouTube dan Tiktok seperti Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Azhar Idrus , dan last Ustaz Somad, Zuhud ni bukanlah pakai baju buruk....itu bukan Zuhud tapi busukkk...

Maksudnya menanggalkan dunia dari hati (harta, takhta, wanita ) ...

Ada kereta mewah...tp ia dianggap daki dunia

Bukan lambang prestige apatah lagi bersikap sombong dan lain2

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan 'zuhud' merujuk kepada kehidupan seseorang yang soleh dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia.

Dia mewah tapi tidak dikuasai hartanya itu

Dia kaya tapi tidak berguling2 di tilamnya bersama duit2 dan ditunjuk di media sosial sambil ketawa2🤣🤣

Kata Ustaz Somad ORG yg Zuhud

1. Tidak panjang angan2

2. Makan sekadarnya 

3. Pakaiannya tidak berlebih2...

Tengok gerobok kita...Byk nya bajuuuuuu.

Ada yg dipakai dua tahun sekali je...

Tidak ada bezanya pakai jam Rolex dgn Jam Kedai Jam Cina Gaduh ( nama kedai jam di PT SULONG..) kerana fungsinya sama, UTK tgok jam berapa

Drpd beli jam Rolex baik derma KPD perjuangan Hamas membebaskan Al Aqsa.

Hari ini Palestine dijajah kerana kita ada penyakit Wahan...

Cinta dunia dan takut mati.

Maka kita semua sudah meninggalkan zuhudlah...ini semua terjadi.

Sdaghaaaa2 Smlm tengok tak...org2 awam Palestine yg berlindung di sekolah dibogelkan Zionis semuanya.... 

Kita tak tahu nasib mereka hidup atau mati

Isnin, 27 November 2023

BAYAR LOAN KERETA 9 TAHUN SATU BEBAN

Untuk anak muda yg baru dpt kerja, beli je dulu kereta terpakai secara cash. Viva manual pun boleh dapat dlm 4000-5000 je skrg di Market Place, Tiktok-Kereta tu Boleh pakai lagi sampai dapat dua org anak nanti. Nak yg auto kena sabar sikit. Tunggu kumpul lagi 2-3 tahun. 

Buat apa nak bergaya sgt hakikatnya menderita. Kereta2 yg dulu2 jadi kebanggaan dan kesombongan, kini berlambak di kedai kereta, tinggal berharga sekitar RM10K. Merc mata Kacanglah, Mata Belalanglah. 

Pada saya berhabisan beli rumah lebih baik. Ini nasihat drp Pakcik yg sepatutnya dah kaya, tp zaman muda asyik byr hutang kereta, yg untung bank. Sebagian kereta mereput di rumah emak saya...



Selasa, 14 November 2023

انتصار حماس على إسرائيل

 الذين فقدوا؟

لا يمكننا أن نستنتج أن حماس والفلسطينيين خسروا على أساس عدد القتلى والجرحى والدمار في البنية التحتية وتدمير غزة وحدها.

إن حماس وشعب غزة لا يتعرضون للهجوم من قبل الصهاينة الإسرائيليين فحسب، بل من قبل القوى العظمى في العالم أيضًا، الولايات المتحدة والمملكة المتحدة وفرنسا والأمم المتحدة.

حاول أن ترى:

1- انهيار اقتصاد إسرائيل، تكلفة الحرب > مليار دولار يومياً

2- انخفاض قيمة الشيكل

3- انخفاض قيمة السهم

4- موت صناعة السياحة

5- مغادرة أكثر من 260 ألف شخص البلاد

6- اضطرار أكثر من 500 ألف إلى النزوح

7- أكثر من 300 ألف جندي احتياط ذهبوا إلى الخدمة وتركوا وظائفهم الأصلية

8- مقتل أكثر من 1000 جندي

9- تم أسر أكثر من 240 جندي استعماري

10- انتحار عدد من جنود جيش الاحتلال الإسرائيلي

11- تدمير المعدات الحربية

12- كشف وحدة المخاطر

13- أكثر من 10.000 جندي أمريكي في الخدمة

14- الاقتتال الداخلي في إسرائيل وفقدان الثقة بالحكومة وقدرات الجيش الصهيوني.

15- فقد العالم ثقته في خطاب إسرائيل والولايات المتحدة

16- فقدان الثقة، خاصة بين جيل الشباب المستعمرين، تجاه عقيدة إسرائيل الكبرى

17- المزيد والمزيد من غير المسلمين يدرسون القرآن ويكتشفون حقيقته

18- المزيد والمزيد من المسلمين يدركون قضية الأقصى وفلسطين ويعترفون بأعدائهم وحلفائهم.

19- غيرها الكثير

إسرائيل ستختفي، 'لام تكون موجودون'، إسرائيل ستختفي قبل عام 2027 (كما قال الشهيد الشيخ أحمد ياسين).

ثابر، ثابر، ركز مع الطرف المناسب. الإكثار من الصلاة والتضحية والابتعاد عن الفواحش. الحقيقة والحقيقة سوف تنتصر على أي حال.


يرحمك الله

وَنِعْمَ النَّصِيْرُ


حسبنا الله ونعم الرازق ونعم الله ونعم النصير.


زينور راشد ز

Rabu, 18 Oktober 2023

DRAF PBB CADANGAN RUSSIA DITOLAK EMPAT NEGARA PENJAJAH

Draf resolusi dikemukakan oleh Rusia yang menggesa gencatan senjata dalam konflik Israel-Palestin ditolak Majlis Keselamatan PBB pada Isnin.





Teks draf itu telah menggesa gencatan senjata kemanusiaan, pembebasan semua tebusan, akses bantuan, dan pemindahan selamat orang awam.


Resolusi itu menerima lima undi menyokong, empat undi menentang manakala enam undi berkecuali.


Lima negara yang menyokong ialah:


- China

- Gabon 

- Mozambique

- Rusia

- Emiriah Arab Bersatu


Empat negara Yang Menentang:

-Perancis

-Jepun

-United Kingdom

-Amerika Syarikat 


Enam yang berkecuali ialah:

- Albania

- Brazil

- Ecuador

- Ghana

- Malta

- Switzerland.


Majlis Keselamatan PBB ni 15 Org. Malangnya hanya 1 saja negara Islam. Teringat dulu masa Amerika perang dgn Iraq, wakil M'sia mengundi sokong Amerika..

Sabtu, 23 September 2023

KESAN PLATFORM JUALAN ONLINE SERANTAU KEPADA NEGARA

Kesan Platform Jualan online Serantau kepada negara.

Negara2 yang telah mengharamkan Tiktok Shop (Tik Tok Shop dgn Tik Tok biasa, dua pkara berbeza, tapi dua dalam satu).

Negara2 itu ialah,

Afghanistan. ...

Kanada. ...

Negara2 Uni Eropah. ...

India. ...

Belanda. ...

Pakistan. ...dan 

Amerika Serikat

Ramai orang kat negara tersebut nak tiktokshop dihapuskan sebab berlaku monopoli. Peniaga2 kecil, pekedai dan peruncit tak dapat survive sebab lambakan jerung dan pengeluar dari negara lain (terutamanya China) yang jual direct kepada pelanggan.

Akhirnya golongan ni terpaksa gulung tikar (dan memang dah ramai pun yang gulung tikar). Platform online marketplace ni menghapuskan orang tengah (pemborong, peruncit, pekedai). Bagi end user, situasi ni nampak menguntungkan tapi sebenarnya memberi banyak kesan buruk kepada ekonomi dan negara. 

Yang banyak buka peluang pekerjaan adalah pemborong, peruncit dan pekedai. Apabila golongan ni dah takde, nanti banyak la yang akan menganggur. Dan banyak lagi kesan buruk yang lain. 

Kes monopoli bukan berlaku di tiktok je, tapi semua platform online termasuk shopee, Lazada dan lain-lain.

Harga2 di arena ini betul2 telah sailang para peniaga konvensional.

Partform online MMG menguntungkan pelanggan, tetapi merugikan negara pada keseluruhannya iaitu kitaran ekonomi kerana ramai terjejas pendapatan mereka terutama yg terlibat dgn bisnes online.

Yang untung siapa ya...tentulah Taikun2 Tiktok, Shopee, Lazada dan China yg mendominasi produk2 platform2 jualan itu.

Ahad, 27 Ogos 2023

LUAHAN HATI UNTUK NOJA MASJID PEKAN CHAAH

 Noja Masjid Pekan Chaah Bersikap Kasar



Petang semalam, aku pergi jemputan kahwin di rumah saudaraku di Felda Mak Okil dengan isteri, kakak aku dan Hj Johari abang ipar aku.

Oleh sebab waktu perjalanan itu sudah menunjukkan pkl 1.15 petang, aku singgah di Masjid Pekan Chaah.

Aku teruja dengan keindahan prasarana di situ, dan berdetik lepas solat Zohor ni nak preview sedikit kecantikan masjid Chaah ini di Channel YouTube aku.

Namun sayang seribu kali sayang, keluar saja dari tandas masjid itu aku dah kena marah dengan suara nada tinggi  oleh lelaki berkulit gelap itu.

"Letak selipar tu kat atas rak, jangan letak merata!"

Bentaknya dengan tiba-tiba.

Aku agak terkejut.

"Bukan main lagi, AJK masjid sorang ni" Aku bersuara dan bercakap depan dia.

"Ini kerja saya!" Dia pulak menjawab, seolah-olah tugas Noja itu besar sangat di atas muka bumi ini.

Aku rasa dia tidak berhak untuk marah aku macam budak kecil. Aku sebenarnya meletak balik, di mana selipar aku aku mula-mula ambil tadi.

Sesudah itu dia beredar. Aku pun solat. Lepas solat, aku terus  keluar menuju ke kereta. Niat nak preview masjid punah dengan sikap noja Masjid Chaah itu.

Kakak aku pun siap solat. Aku pun cerita apa yang berlaku dengan dia. Rupa-rupanya, dia pernah kena tengking juga, beberapa bulan lalu ketika singgah solat di situ. Juga fasal selipar...

Tak patut, tak patut. Kakak aku yang dah berumur 70 tahun itu pun ditengkingnya. Biadap awak wahai Abang Noja.

Besar sangatkah jawatan kamu itu? Adakah Rasulullah SAW ajar begitu? Jika aku yang dah tua ini pun kena marah begitu, apatah lagi budak-budak. 

Nasib baik semalam aku tak onkan kamera spy aku, kalau tak dah tentu aku viralkan kat Tiktok biar insaf sikit abang Noja tidak berakal itu.

Kalau jadi pengawal keselamatan bank atau kerja lain aku tak kisah. Tetapi sebab kerja di masjid yang melambangkan keindahan Islam, sikap awak kontra sekali dan memalukan. Syiar Islam habis ke laut.

Tidak boleh ke cakap elok-elok? Kesalahan saya bukan curi duit derma masjid. Cuma bagi awak tersalah letak selipar, dimarah macam buat dosa besar!

Isnin, 21 Ogos 2023

RAHSIA DARI SEHELAI DAUN

Mula-mula masuk Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dulu, antara yang terawal aku belajar ialah Unsur-unsur Seni. 

Unsur seni ada enam iatu garisan, warna, rupa, ruang, jalinan dan bentuk. 

Manakala prinsip rekaan pula ada tujuh iaitu imbangan, irama dan pergerakan, kesatuan, penegasan, harmoni, kontra dan kepelbagaian.

Pensyarah aku kata setiap benda di dunia ini ada unsur seni. Contoh jalinan, mula-mula lihat diri kita sendiri. Kulit kita, cap jari kita. Liang-liang roma, dan lain-lain. Lepas itu kami diarahkan keluar kelas dan memetik sehelai daun. Saksikan jalinan-jalinan  pada urat daun ..

Setelah meneliti daun itu, aku terkesima, Masya Allah. Sebegini lama hidup aku tidak menyedari keajaiban itu. Betapa halusnya ciptaan Allah yang sangat-sangat seni.

Dan urat-urat itu menyalurkan air dari akar ke daun-daun. Allahu Akbar! Ia juga seperti jalinan urat darah di seluruh tubuh badan kita.

Dan ingatlah di dalam Surah Al-Isra ayat 44, 

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun

Khamis, 10 Ogos 2023

KURANG CEMERLANG DALAM SPM, NAK BELAJAR KEMAHIRAN DI MANA?


Kadang-kadang ada yang keliru tentang syarat minimum memohon ke program di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru.

NORIHAN MD SAHAD MENJAWAB PERSOALAN



Banyak sangat syarat katanya. Semua lain-lain.


Saya ringkaskan supaya mudah faham. Simpan untuk next intake ye.


📍Sijil Teknologi Kejuruteraan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Lulus Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek


📍Diploma Kompetensi Kimpalan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian mana mana DUA (2) subjek


📍Diploma Kompetesi Elektrik


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian SATU (1) subjek kumpulan Sains/ Vokasional/ Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek lain


📍 Diploma Industri


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian DUA (2) subjek termasuk SATU (1) subjek kumpulan Sains/ vokasional


📍 Diploma Teknologi Kejuruteraan


Syarat minimum memohon:

1️⃣ LULUS SPM

2️⃣ Kepujian Matematik

3️⃣ Kepujian SATU (1) subjek kumpulan Sains/ Vokasional. Sains Teras pun boleh.

4️⃣ Kepujian SATU (1) subjek lain

5️⃣ Lulus Bahasa Inggeris


Jika tak ada semua di atas jangan risau, masih ada IKM lain menawarkan program dengan syarat minimum LULUS SPM.


Mohonlah ke Program Sijil Teknologi.


Jika TIDAK LULUS SPM, boleh mohon ke Giat MARA dahulu, barulah sambung ke IKM.


Nota: LULUS SPM bermaksud LULUS BAHASA MELAYU dan SEJARAH

.

.

.

Ini ulangkaji untuk intake Januari 2024 ya. 

Biasanya iklan pengambilan akan dibuat paling awal Oktober.


Iklan keluar di page rasmi IKMJB atau di sini, terus mohon.


Kemudian PM saya bagi detail yang macam selalu saya mintak ya.


Jangan cakap sis tak payung!

Khamis, 27 Julai 2023

PESANAN UNTUK WAHABI

Assalamualaikum Wahai Sahabat yang terasa diri pejuang Salafi Wahabi...

Pertamanya aku hendak bertanya, adakah benar Wahabi sangat gembira dengan kejatuhan kerajaan Islam Ustmaniah? Jika Ustmaniah ada lagi, tentu tidak wujud kerajaan Saud Wahabi. Wahabi ini ciptaan Yahudi dan penjajah tanah Arab, Nasrani Britain dan Nasrani Perancis yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniah. Marahkah awak dengan kenyataan ini?


Seterusnya, aku ingin beritahu, bahawa seluruh kepulauan Melayu nusantara ini pastinya masih menyembah berhala, jika tidak ada ulama-ulama Sunnah Waljamaah Assyairah yang berdakwah, seperti
Wali Songo, pendakwah dari Yaman dan Arab yang mengislamkan Parameswara dan orang Hindu di seluruh kepulauan ini? Dimana Wahabi ketika itu? Kalian belum wujud lagi bukan? Wahabi dikatakan muncul sekitar 200 tahun kemudian ini.

Lebih malang lagi, Wahabi juga mendakwa, ibu bapak, nenek moyang, dan seluruh keturunan kita masuk neraka sebab kononnya melakukan bidaah. Golongan mereka sajalah yg masuk Syurga. Ulama-ulama muktabar, majoriti umat Islam sedunia masuk ke neraka belaka sebab kononnya sambut maulid, baca doa qunut, baca doa makan, baca doa akhir dan awal tahun dan seribu satu amalan yang kononnya bidaah. 

Hendak kenal mereka mudah sahaja. Mereka selalu bertanya dalilya mana? Kita tanya balik, dalil larangannya mana? Apabila kita bertanya balik, mereka tekankan Nabi Muhammad SAW tak pernah buat.
Bidaah? Nabi MOHAMAD Saw
Tak buat? 

Kita Boleh buat, apa yg Nabi tak buat. Dgn 2 syarat:

1. Yg kita buat itu pkara baik. 
2. Tiada dalil yg melarang amalan itu

Rasanya itu sahaja hujah aku kali ini. Semoga aliran Wahabi dimusnahkan Imam Mahdi akhir zaman nanti.


Jumaat, 21 Julai 2023

WAHABI SUKA BERTANYA, DALIL MANA DALIL?

Jawapan aku begini⤵️




Md Azhar, Wahabi suka tanya DALILNYA MANA? Anda tahu maksud dalil? Wahabi kata Dalil itu Quran dan Hadis. Tidak cukup Sdra. 

Dalil itu Quran, Hadis, Ulama dan Qias. Yg mentafsir Quran dan hadis itu mestilah ulama muktabar. Sdra yg belajar setahun jagung mana mampu nak mghurai hadis? 

Nak harap Dr RORA yg mendakwa ahli hadis. Betul ke ahli? Berapa ratus ribu beliau hafal hadis? Wahabi tak pernah tanya apa hukumnya sesuatu perkara. Wajib, sunat, harus, makruh. Doa makan tu hukumnya apa? Haram ke? Berdoa tu haram ke? Saya harap Sdra diberi hidayah. 

Jangan belajar dgn ustaz2 YouTube Ustaz Facebook ni..sesat barat Sdra. Lepas belajar dgn Ustaz Facebook Sdra tuduh emak bapak, nenek moyang Sdra sesat. 

Astaghfirullah. Seluruh Nusantara ini masih sembah berhala, jika tidak adanya ulama2 Ahli sunnah Waljamaah Asya'irah yg berdakwah di rantau ini. Itu Sdra tidak sedarkah? Aliran Wahabi yg mendakwa salafi. Salafi lah sangat Sdra..Salah pi yaaa Sdra. Sebab Sdra tak belajar tasauflah jadi begini, berguru dgn Shahbudin kan?

 

Ahad, 16 Julai 2023

JANGAN SESEKALI PERCAYA KEPADA ORANG KAFIR

https://youtube.com/watch?v=-BkR8lw8KEo&feature=share8


Setelah Melaka jatuh di tangan kuasa Kafir Harbi Portugis, kuasa2 Islam dan Senusantara telah berjihad menghalau Portugis di Melaka. Ribuan jiwa terkorban kerananya. Adakah ada yg berfikir mereka hanya bersenjatakan keris sahaja dan menyerahkan nyawa kepada orang2 AL Fonso De AL Burqueque itu Sdra2? Tidak Sdra2....

Begitulah perjuangan mereka, mempertaruhkan nyawa dan segala harta tenaga mereka demi tanah air yg kita pijak ini Sdra2. Malangnya hari ini cucu cicit kita menjual tanah2 yg tersisa Kpd bangsa2 pendatang...yg punya jawatan kelabu mata oleh kilauan duit rasuah, tergadai segala..maka apa yg tinggal pada kita? 

Dalam politik pun kita ikut bersekongkol menaikkan orang2 mereka, yang dalam senyap2 ingin melenyapkan kita daripada memiliki sedikit pegangan ekonomi..dan mengkucar-kacirkan politik kita?

Ingatlah Peringatan Allah dlm Surah Al Baqarah ayat 120

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (QS Al-Baqarah [2]: 120).

Sejarah telah membuktikan bahawa mereka punya Agenda. Kisah Temasek, Pulau Pinang, negeri2 Selatan Siam, Filipina dan 1001 lagi kejadian di seluruh dunia ini membuktikan bahawa orang2 Kafir itu mempunyai agenda jahat dan menipu.

Khamis, 13 Julai 2023

PMX DAN RETORIK BERPISAH TIADA

Masa jadi pembangkang ckp ikut sedap mulut, kutuk sana, kutuk sini


Bangga diri konon menteri kewangan terbaik Asia 8 tahun lamanya...


Dia lupa saat2 akhir sampai nak sembah kaki IMF, kalau tak mungkin M'sia jatuh miskin dlm krisis ekonomi 1997 itu..seperti yg berlaku kepada Indonesia


Skrg bila dah Memerintah

Salahkan pasaran global

Salahkan PM2 sebelum ini

Sdgkan dia dlm kerajaan UMNO pun 20 tahun drp 60 tahun tu


Sekarang kena buktikan bahawa kepimpinan itu bukan retorik saja, sedap dalam ucapan saja, tp setakat ini tindakan belum menampakkan hasilnya...


Menteri kewangan siapa yang layak? Carilah wajah baru, M'sia ni belum ketandusan tokoh, tapi mereka tidak diberi peluang. Balik2 wajah usang ini yang mewarnai dunia politik kita. Jika terus begini, satu dua dekad lagi pun kita masih bercakaran.


~Mat Som

AKU PILIH PARTI PAS KERANA

Jika aku hidup di Mesir tentu aku akan memilih parti yg dianggotai Ikhwanul Muslimin dan bukan AL Sisi pembunuh 6000 penunjuk perasaan dan juga membunuh secara perlahan-lahan Dr Morsi dan sahabat-sahabat perjuangannya di penjara.


Jika aku ditakdirkan hidup di Palestine, tentu aku akan memilih parti yg diterajui Ismail Haniyeh drp Hamas dan bukan parti pimpinan Mahmud Abas yg sekular.


Jika aku jadi rakyat di Turkey , sudah pastinya aku akan mengundi parti yg dipimpin Erdogan, dan bukan parti yg memuja Attarturk..


Di Malaysia, sudah pasti aku memilih PAS, yang majoriti ulama menyokong perjuangannya. Mana mungkin aku menyokong parti yang ada di dalamnya ejen-ejen yang ingin melemahkan Melayu  dan Islam sebagaimana terbukti dalam kerakusan mereka selama memerintah 22 bulan.

Isnin, 15 Mei 2023

PUNCA RUMAH JADI PANAS


KENAPA RUMAH JADI PANAS? Sdra MAT LAN


Pasal apa rumah jadi panas? Sebab coating bumbung rumah korang dah xde. Sebab cahaya matahari indirect terus ke genting lalu menyerap haba umpama batu tungku dipanas api, bahang panas bumbung dibawa ke malam. Kalau xcaye, p cek bumbung masing²..


Jadi nak buat macam mana? xkan setiap kali bumbung lusuh nk ditukar baru. Alternatifnya ada.. Kita recoating semula bumbung dengan coating bumbung ber'elastomeric' dan dilapisi dengan cat khas utk penggunaan bumbung yg bertindak sebagai penangkis sinaran UV.


Cuma nk cakap, kalau tuan dah pasang Roof ventilation fan sekali pn, ia tidak akan menyelesaikan masalah rumah panas kecuali tuan buka bumbung then pasang Insulation Aluminium Foil double layer atau ber'insulate' dengan rockwool. Tapi jangan pula salah faham, yg mana insulation bukan bahan pencegah kebocoran tau. ia adalah bahan penebat haba sama function dengan coating elastomeric tadi.


Jadi nak buka bumbung atau tidak? Bende boleh jimat dan cepat, buat apa buka.


*Tips lain: Make sura dinding rumah juga dicat baru dengan menggunakan jenis cat yang mampu melindungi sinaran UV. ada banyak brand dah provide. Kalau dinding rumah itu guna batu simen laa. Kalau rumah pakai batu merah, Insya Allah ok sikit.


© S&S Roof Expert HQ








Sabtu, 6 Mei 2023

VEARICH INTERNATIONAL AGARBOMB PELUANG BISNES MLM TERBAIK 2023

Jika anda sedang tercari-cari bisnes MLM terbaik bagi tahun 2023, maka Vearich International adalah pilihan paling menarik

Keterangan Penuh klik di sini
https://vearichworld.my.canva.site/matsom

VEARICH INTERNATIONAL SDN BHD

Ibu Pejabat Vasia dan anak syarikatnya Vearich Internasional Sdn Bhd.

Ok, Saya mulakan...

Vearich Internasional Sdn Bhd dibina atas Kepercayaan. Sudah lebih 10 tahun Agrotech Holdings Sdn. Bhd. beroperasi, dipercayai sebagai, ‘Contract Manufacturer’ untuk jenama-jenama terkenal dari syarikat-syarikat besar.

VEARICH ditubuhkan sebagai anak syarikat Agrotech. Dibina atas satu tujuan paling utama iaitu supaya lebih ramai memperoleh produk berkualiti, program kewangan sebenar untuk kehidupan yang penuh kesenangan dan kesejahteraan. 

Seperti juga induknya, Vearich kini semakin dipercayai.

Plan Marketing yang sangat mudah dicapai. Pembayaran bonus dibayar seminggu sekali.

Wasap saya untuk keterangan lanjut

http://www.wasap.my/+60103443880🤗


DAFTAR DI SINI

KLIK

https://vearichworld.my.canva.site/matsom

Selepas Daftar Wasap Saya Seperti No Wasap yang disertakan.



AGARBOMB VEARICH

   VIDEO TESTIMONI PRODUK AGARBOMB


Syarikat ini telah memiliki Lesen khas AJL, justeru kita tidak perlu risau.

Dan yang penting telah memiliki produk AGARBOMB, produk yang unik dan gabungan 16 herba terbaik dunia.

💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

AGARBOMB

AGARBOMB

AGARBOMB


# RAMUAN UTAMA .. *TERBAIK UNTUK KESIHATAN OPTIMUM*

♦️ Gaharu

♦️ Mengkudu

♦️ Moringga

♦️ Manggis

♦️ Kurma

♦️ Madu

♦️ Delima

♦️ Zaitun

♦️ Habatus Sauda

♦️ Sarang Burung

♦️ Aloe Vera

♦️ Saffron

♦️ Goji Berri

♦️ Aprikot

♦️ Acai berry

♦️ Gingko Biloba

♦️ Prune

♦️ Mixx Berries

♦️ Stevia

♦️ L Cysteine ooo

♦️ Air RO

KEBAIKANNYA

✳️ MEMBANTU MENGUATKAN SALURAN DARAH

✳️ MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG 

✳️ MEMBANTU MENINGKATKAN METABOLISMA BADAN 

✳️ MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN 

✳️ MEMBANTU MENENTANG RADIKAL BEBAS 

✳️ MEMBANTU MENINGKATKAN KESERIAN WAJAH

✳️ MEMBANTU MELEGAKAN URAT SARAF & MATA

✳️ MEMBANTU MELEGAKAN SALURAN PERNAFASAN SEPERTI :-

+ Sinus

+ Resdung 

+ Batok

✳️ & LAIN LAIN INSYAALLAH 


💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

PLAN PEMASARAN VEARICH INTERNATIONAL:

   PAKEJ VEARICH ADA 3:


   BONUS SPONSOR VEARICH 

   BONUS PAIRING VEARICH


Diharap dapat menonton penerangan saya ini agar lebih nampak peluang keemasan ini.

DAFTAR AHLI DI SINI


KLIK

KEMUDIAN WASAP SAYA UNTUK
PROSES PEMBAYARAN DAN PENGAKTIFAN AHLI

VISI VEARICH
Menjadi sebuah Syarikat Jualan Langsung Bumiputera Terunggul, Cemerlang dan Profesional selaras dengan perkembangan teknologi terkini bagi memasarkan produk syarikat. 

MISI VEARICH
Memasarkan hanya produk berkualiti tinggi yang mampu menepati citarasa dan memuaskan pelanggan dengan kos yang berdaya saing di pasaran. 

OBJEKTIF VEARICH
Membantu usahawan yang ingin menceburi bidang Jualan Langsung dengan menawarkan khidmat nasihat yang terbaik serta menyediakan produk yang berkualiti pada harga yang berdaya saing.
Mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan usahawan melalui latihan yang berterusan.
Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berterusan dalam mengenal pasti permintaan pasaran semasa terhadap produk pengguna.
VEARICH INTERNATIONAL SDN BHD

Rabu, 26 April 2023

JANJI RANHILL SAJ DI PARIT SULONG


Lantaran masalah air yang serius semasa raya di Pt Sulong dan Dun Semerah, ADUN Semerah YB Tuan Fared menyampaikan suara rakyat kepada wakil SAJ.

Hari ini Rabu 26 April 2023, bekalan air kelihatan pulih sepenuhnya. Diharapkan SAJ berkhidmat lebih cekap dan mementingkan kebajikan air pelanggan mereka lebih daripada kepentingan lain.

Air adalah keperluan asas. Mencatu air pada hari Raya adalah satu perbuatan terkutuk dan menyusahkan rakyat.


ADUN Seri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan dalam kenyataan Facebook beliau menjelaskan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi masalah bekalan air di Parit Sulong ini.

Jutaan Terima kasih kepada YB Datuk Zulkurnain Kamisan, YB Tuan Fared, dan Jawatankuasa bertindak yang membawa suara rakyat Parit Sulong.

Semoga Raya 2024 menjanjikan Aidilfitri yang lebih bahagia dan ceria.

Isnin, 24 April 2023

MASALAH AIR DI HARI RAYA PARIT SULONG SAMPAI BILA???



Gambar ini tidak perlu dihuraikan lagi. Penderitaan penduduk Parit Sulong sudah bermula dua hari sebelum raya lagi. Bukan bermakna tiada air langsung, tapi satu jam tadah baru dapat satu baldi macamana? Hari ini raya ketiga, masalah ini masih tidak selesai lagi.

2020-Raya PKP
2021-Raya PKP 
2022-Raya Terkejut
2023-Raya Tak Ada Air

Tekanan air terlalu rendah sehingga tidak mampu naik ke tangki di rumah kami. Tidak juga dapat survive untuk penapis air. Di sesetengah kampung tidak keluar langsung!

Anak-anak rantau yang pulang beraya ke kampung terlalu kecewa. Sebahagiannya telah memendekkan hari berada di kampung dan terpaksa pula balik ke Kota. Mereka kembali ke rumah masing-masing dengan perasaan geram, marah dan hilang kesabaran.

Jika yang lepas, masalah tidaklah seteruk ini. Saya dapati kawasan Seri Medan air laju dan tidak terjejas. Kenapa Parit Sulong menghadapi masalah ini?

Saya cadangkan kerajaan bina tangki air yang besar seperti di Kampung Batu Putih itu, supaya masalah air yang memalukan ini dapat diatasi.

Mereka baru sahaja bersabar dengan ujian banjir.  Itu kami semua redha kerana ketentuan Allah SWT. Tetapi masalah air ini adalah masalah kelemahan manusia. 

Penduduk dan taman perumahan telah bertambah. Tetapi prasarana air sebagai KEPERLUAN ASAS, tidak ada peningkatan dan kemajuan. 

Adakah perlu penduduk Parit Sulong ini berhijrah ke tepi air terjun, supaya masalah ini selesai? Cuba cadangkan bagaimana?

Nanti adalah orang yang kata...

"Sabarlah, ini masalah kecil, jangan diperbesar-besarkan". 

"Teruk sangat ke masalah air ini, sampai bising-bising kat Facebook"

Yang bercakap tu awak tu ikut sedap mulut atau awak tiada masalah air? Nanti kalau kalau orang Parit Sulong terputus bekalan air masa raya, awak hantarlah lori air, bukan kondem orang yang bersuara yang mewakili penduduk yang teraniaya oleh kelemahan SAJ ini.

Terus terang mood raya tahun 2023 ini paling rosak kerana masalah air ni. Semoga masalah ini tidak melarat ke tahun 2033 pula


Selasa, 11 April 2023

CATATAN UNTUK SAHABATKU HJ ARIFIN

Assalamualaikum dan Waalaikumussalam kepada yg memberi salam...


Alhamdulillah Syukur kpd Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW


Tuan Hj @Arifin


Menjawab bagi pihak kawan2 di group ini


Bukan kami *_Tak Sudi_*

Tetapi,


Lain padang lain belalangnya....


Banyak udang banyak ragamnya



Kehidupan manusia itu ikut rezeki masing-masing...


Ada yg dah selesa dgn duit pencen, simpanan dan ingin berehat drp titik bengik hiruk pikuk dunia...


Juga barangkali..

Ada yg minat penternakan

Ada yg minat pertanian

Ada yg mnat gbah bunga

Ada yg minat meniaga

Ada yg takut berniaga

Ada yg takut  .....dgn org berniaga...hingga tutup pintu untuk bersua muka...


Kejayaan apa pun wajib melalui pahit getir, dan mengharungi ranjau2..Terpijak bom jangka dan cedera luka Dan perlu menempuhi 1001 lagi cabaran untuk tiba di mercu jaya..


Tn Hj kini berada di puncak ..Syukur *Alhamdulillah* 

Tp ada beribu juga org Amway yg terkandas dlm mgejar cita2

Mungkin kerana tidak segagah Tn Hj...

Mungkin juga rezeki tidak menyebelahi

Diamond Director Distributor yg kami kejar

Tp akhirnya berangan2 saja konon DUDUK DIAM DAPAT DUIT...

Ya ...Tiada jalan mudah untuk kaya...


Aku sangat percaya...

TIADA JALAN MUDAH UNTUK BERJAYA..

Kejayaan Tn Hj bukanlah semudah sign up sebagai ahli...dan ikut meeting taja sorang dua , terus dapat 5 angka...tidak...Kita pasti duplikasi kejayaan itu dgn mengharung ombak dan badai...Di situlah ramai yg tergulung dek ombak nan mengganas itu...


Kejayaan itu memakan masa  20 tahun 25 tahun..

Ketika org msih nyenyak tidur

Tn Hj ada atas lebuh raya

Dari utara...sampai selatan...

Ketika kawan2 tgh asyik meramas2 lato lato

Tn Hj masih meramas2 stering Honda...


Itulah respon aku...pada pagi penuh hening ini....selaku admin

Tak elok, jika pendapat sahabat, kita biarkan tergantung dan terkapai-kapai....hehehe

Maaf andai tersilap bicara...😃😃


Apa2 pun jumpa anda di puncak kejayaan...Yg penting bila dah tua tiada hutang...jika ada income puluhan ribu sebulan...itu adalah bonus dan anugerah atas kegigihan masa lalu Tn Hj dan kawan2 semua yg berjaya dalam bidang masing-masing....


Tak gitu Ustaz2 dan Tuan2 Haji...

Isnin, 10 April 2023

STRUGLENYA HIDUP DI ZAMAN INI

Sekitar Tahun 2000 - Aku niaga kuih raya di pekan Seri Medan dgn Parit Yaani. Waktu itu, tiada gerai lain. Aku tebalkan muka...buat tak tau je. Gaji cikgu masa tu kau taulah berapa...

Hari ini 23 Tahun kemudian...Pekan Sri Medan dipenuhi gerai, sepanjang masa ..sepanjang tahun. Macam2 org berjualan itu dan ini. Bulan Ramadhan lagi tak terkata.

Malangnya aku masa tu kamera pun aku tak ada. Kalau ada pun kamera mungkin tak larat nak bayar cuci gambar...sedih oo bila diingat. Dengan isteri aku tak kerja.

Pekan Parit Yaani pun sekarang mungkin dah meriah dgn gerai2. Aku pernah jual songkok bawah pokok sena depan surau tu. Masehood pernah belikan songkok anaknya ketika itu...

Terfikir aku. Waktu aku hidup sukar ketika itu. Yang bekerja kilang pun dah cukup untuk menyara keluarga mereka. Juga penoreh dan kebun sawit.

Hari ini kos hidup terlalu tinggi. Masing2 hidup strugle. Itu yang masing2 ada dua hingga tiga pekerjaan untuk meneruskan hidup...

Apabila tengok pasangan muda berniaga di tepi jalan, berdetik dalam hati, mereka tengah berjuang dalam hidup.

Apa2pun terima kasih kpd Hj Razan yg mula2 ajar aku bukak payung di pasar Malam Paloh, di Datuk Aw tu.

Tuan Esa Kudut (maaf aku guna gelaran yg Mazlan bagi ni) Nama Sebenar Esa Ismail pernah juga beli jus pegaga yang aku jual di pasar Chaah.

Sesungguhnya untuk ekonomi ni bangkit memerlukan masa yg panjang. 

Untuk anak2 kita, kita doakan rezeki mereka dipermudahkan, dan diluaskan....Kesian, mereka hidup dalam zaman penuh pancaroba.


Yang penting tanamkan sikap jimat cermat, dan menyimpan. Perangi scammer. Sebab tu kalau ada Scammer call, mmg aku maki habis mereka...kerana apa? Betapa susahnya cari duit, senang2 mereka nak curi duit kita...


Wallahu a'lam

Catatan 10 April 2023

Ahad, 2 April 2023

AWAS! KEJADIAN PUKAU DI PARIT JAWA


Satu kejadian Pukau di Parit Jawa. 

Suspek Lelaki Melayu berbadan besar tinggi bersongkok.

Kereta: PROTON WAJA WKJ 8825


Rabu, 29 Mac 2023

SACHA INCI OIL MUAR DAN BATU PAHAT


Sacha Inchi Oil RM28.00 Harga Semenanjung. Kandungan 30 biji Soft Gel.

Pengurus Jualan Sacha Inchi Oil Batu Pahat Johor.


SACHA INCHI OIL RM50 - 60 BIJI BATU PAHAT DAN MUAR.

Sacha Inchi Oil kini telah trending dan dikenali ramai. Ia kaya dengan Omega 3, Imega 6 dan Omega 9.

Saya turut memasarkan Sacha Inchi Oil bagi daerah Batu Pahat dan Muar.

Boleh wasap saya di Nombor ini, klik:

http://www.wasap.my/+60103443880




Ahad, 26 Mac 2023

TINGKAT DAN TAHAP YOTUBER, ANDA DI MANA?

 


Berapakah Jumlah Pencipta Kandungan (YOUTUBER) di YouTube pada tahun 2023?

Menurut laporan itu, antara 2.67 bilion pengguna aktif YouTube, sekitar 113.94 juta memutuskan untuk mencipta saluran YouTube mereka dan menjadi pencipta kandungan (Youtuber).

Ini bersamaan dengan hampir 4.3% daripada semua pengguna aktif YouTube.

Mari kita lihat bilangan saluran YouTube dengan pelanggan mereka:

TAHAP 1
73,805,456 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai kurang daripada 100 pelanggan, menyumbang 4.27% daripada jumlah pengguna aktif YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 2
28.4 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100 hingga 999 pelanggan, menyumbang untuk 24.93% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 3
10.1 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 1,000 hingga 9,999 pelanggan, menyumbang 8.86% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 4
2 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 10,000 hingga 99,999 pelanggan, menyumbang 1.76% jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 5
321,100 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100,000 hingga 999,999 pelanggan, menyumbang 0.28% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 6
32,300 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 1,000,000 hingga 9,999,999 daripada jumlah pelanggan YouTube, menyumbang kepada keseluruhan saluran YouTube.

TAHAP 7
1,100 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 10,000,000 hingga 49,999,999 pelanggan, menyumbang 0.00096% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 8
35 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 50,000,000 hingga 99,999,999 pelanggan, menyumbang 0.00003% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 9
9 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100 juta dan lebih banyak pelanggan, menyumbang 0.00003% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.


Rujukan:

https://earthweb.com/how-many-content-creators-are-on-youtube/


Inilah yang aku mampu capai setakat ini. Inipun dah bekerja keras dah guysss, kadang-kadang down jugak apabila tengok hasil. Minggu ni pulak kamera kesayanganku Insta 360 Go 2 aku termasuk dalam parit yang dalam dan mati lemas tak ditemui....hahahaha...


Selasa, 21 Mac 2023

URUSAN KAD PENGENALAN USAH BERTANYA SAYA


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : pro@jpn.gov.my

Saya Tidak Dapat menjawab pertanyaan Sdra Naser. Saya harap sdra 

1. Telefon nombor yang diberi
2. Atau hantar emel kpd alamat emel itu dan nyatakan masalah Saudara.
3. Bertanya terus di Pejabat Pendaftaran Negara di tempat saudara

Saya mohon maaf banyak2, saya hanya insan biasa seperti sdra. Dan dalam video ini pun saya hanya uruskan kad pengenalan anak saya, tidak lebih daripada itu.

Bukan apa, sejak akhir-akhir ini komen Youtube saya ini, dipenuhi soalan dan pertanyaan yang begitu syulit untuk saya menjawabnya. Khasnya daripada warganegara asing yang pernah tinggal di negara ini.

Sabtu, 11 Mac 2023

GAMBAR-GAMBAR BANJIR DI SERI MEDAN

Assalamualaikum, seperti yang kita tahu banjir yang berlaku bermula 2 Mac 2023 di Seri Medan merupakan antara banjir yang bersejarah dalam kalendar bencana Malaysia.

Di sini saya siarkan gambar-gambar yang dikongsi oleh En Kamaruddin Sunni, Hj Baharuddin Sodono, Ustaz Abd Aziz Bin Othman dan Saudara Muhammad Jihad Rosli.

Jika ingin tonton video pula kalian boleh klik link Youtube yang mengandungi lapan video berikut: klik



Rumah En Kamaruddin Suni

Ustaz Abd Aziz Osman dalam misi kemanusiaan 

        Ustaz Abd Aziz Osman dan Team


Gambar-gambar di bawah ni sumbangan 
Hj Baharuddin Sodono
             Pekan Seri Medan yang banjir

Masjid Jamek Pekan Seri Medan semasa banjir Mac 2023- Foto oleh Hj Baharuddin

             Pintu gerbang Parit Warijo

    Masjid Seri Medan pada hari banjir ke 8

         Masjid Seri Medan 10 Mac 2023

        Suasana depan Masjid Seri Medan

           Masjid Seri Medan 10.3.2023


          Pekan Seri Medan 10.2.2023 


Jalan ke Sri Pasir masih tidak boleh dilalui

          Jalan ke Sri Pasir masih banjir

                 Bot-bot orang Sri Pasir


       Kesian Bunga-bunga Kak Sarifah 
               Di Parit Lapis Bangas

     Bahagian depan Rumah E Kamaruddin                  
        Sekolah Kebangsaan Seri Pasir
               Foto En Kamaruddin

          Sekolah Agama Seri Pasir
             Foto En Kamaruddin

Di bawah ini semuanya Foto sumbangan               Sdra Muhammad Jihad Rosli
Semua lokasi di kawasan Parit Warijo Lintang Seri Medan Batu Pahat.