Sabtu, 3 Disember 2011

CHAT SHOUTMIX SEMAKIN ANEH


Sejak dua menjak ni, ruangan Chat dalam Shoutmix telah dimonopoli oleh blogger yang dahagakan trafik. Sebab tu aku dah buang semula chat itu. Jika dulu ia sebagai tempat untuk merapatkan ukhuwah antara kita dengan teman-teman kita, sekarang ia menjadi widget yang menyemakkan blog kita. 


Mereka ni bukan masuk pun blog kita. Mereka menerobosi database dalam akaun shoutmix. Korang bayangkan, blog aku yang di atas tu. Blog yang baru ada satu entri, tiba-tiba mereka kata, Nice Blog....very Informative Blog..... Jadi jelaslah di sini, mereka bukan buat blog walking, tetapi menulis chat tanpa hadir ke blog kita. Ini tentu tak aci....tak adil untuk kita. Kita telah diperalatkan. 


kESIMPULANNYA: Terpulanglah kepada anda, sama ada terus nak membela chat shoutmix itu atau tidak. Agaknya, admin shoutmix tu pun dah pening kepala. Sedangkan facebook pun ada banyak kekurangannya, apa lagi chat coner shoutmix ini.

4 ulasan:

CikGu Ma berkata...

dulu pernah jugak warning utk mat2 iklan yg penuhkan shoutmix dgn msj tah apa2...tp tak terkata apa2 lagi...wajah shoutbox yg baru plak menyusahkan...

salam kenal...

jom baca (",)
erti qada yang sebenar

MAT SOM berkata...

Wah..garang juga Cik Gu Ma ni ya....
Nak buat macamana, semua ni bukan milik kita, dapat pun free

ahowk orang islam berkata...

sy x pasang pun cikgu..

MAT SOM berkata...

Ahowk
Letaklah, mana tau ada kawan2 nak contack, kdg2 mereka ni tak ada Facebook & emel.