Isnin, 5 Disember 2011

PROMOTER YANG TEROVER

Iklan syarikat kain ini sudah mengganas di radio, tv, dan segala pelosok, seolah-olah nak bertanding pilihan raya. Tergantung baner dan iklan di tiang-tiang elektrik, tiang telefon, dan segala eneka jenis pokok di kota dan desa.


Tetapi apabila masuk ke cawangannya di Batu Pahat, hati sudah jadi takut. Promoter yang menanti pelanggan macam over sangat. 


"Ya....selamat datang....nak cari kain...kain yang macamana tu? bla...bla....."


Mereka sentiasa mengekori kita, sehingga kita tidak ada kebebasan untuk memilih....akhirnya kerana boring, cepat-cepatlah aku keluar....


"Terus terang, saya tak suka dilayan seperti ini...!"


Memangle pantang aku kalau aku masuk ke sesebuah kedai, sentiasa diikuti oleh jurujual yang bertugas. Takkan aku nak curi gulungan kain yang berat tu?

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Teringat aku sorang kawan aku.. kerana terlalu geram sgt dgn promoter yg suka mengekori dia di sebuah kedai.. last2 dia konon2 terpijak kaki promoter tu dgn kasut tumit tingginya..pastu dia pun blah tanpa menoleh ke belakang lagi. Hahaha..

DLJ berkata...

Kononnya mesra pelanggan. Tapi saya pun mmg tak suka dilayan sebegitu...

Mama Janet berkata...

sy pun kerap mengalami peristiwa camtu.Lain kali tiru je cara saya. Ckp n dia "adik duduk diam2 nanti kalau dh de yg berkenan sy panggil adik"

Tak pun ikut cara ganas sikit Wong Khoo Lai.Bila org tu tanya cari kain bang?jawab je tak....cari sport rim kereta...

MAT SOM berkata...

Sam
Kawan Sam tu brutal mcm Sam juga

MAT SOM berkata...

DLJ
Telahan anda benar belaka
Memang itulah kononnya

MAT SOM berkata...

Nasib baik WKL tak cakap, saya nak kain yg kamu pakai...hahahaha!

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Mana boleh cakap cam tu Msom...nanti kena tidur luar...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.