Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Aliff Iskandar, Arina bersama-sama sepupunya di rumah neneknya

Selamat Tahun Baru 2012, dan 2011 akan tersimpan sebagai artifak kenangan. Semangat untuk terus hidup haruslah ditingkatkan bagi menghadapi hari-hari mendatang. Ramai di luar sana telah tewas dengan situasi sekarang, dalam kos hidup yang semakin tinggi, segala-galanya memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan kesederhanaan.


Apabila bertemu teman yang hebat dan berjaya dalam hidup, memang terasa dunia ini indah. Sebaliknya apabila bersua dengan rakan-rakan yang bekerja biasa-biasa, siang dan malam membanting tulang, mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, menggambarkan betapa susahnya untuk survival kehidupan mereka dalam zaman edan ini.


Satu hari aku terpandang seorang tua yang membawa beca di bandar Batu Pahat, hatiku jadi sayu, kerana pada awal malam begitu lelaki tua itu masih mencari pelanggan. Wajahnya nampak muram, dan perlukan pembelaan. Jua aku pernah terpandang seorang wanita mengumpulkan kotak, dari keliling tong-tong sampah dengan basikalnya. Jua, seorang perempuan yang menjual kuih, termenung, kerana hujan tidak berhenti-henti. Dan banyak lagi contoh...


Bersyukurlah, kita telah diberi kesenangan, makan minum serba cukup. Kita masih lagi boleh menjamu anak kita di restoran makanan segera,menginap dan  bersarapan di hotel, melancong ke sana-sini, kerana di luar sana ramai lagi insan-insan yang hanya berlaukkan kicap untuk meneruskan kehidupan ini.


Jika semua senang, tidak adalah rancangan BERSAMAMU TV3, tidak adalah isu orang kita menerima bantuan gereja, pergilah ke ceruk kampung, kawasan setinggan. Duit RM 100 yang kerajaan beri itu pun sebahagiannya mereka belikan beras dan bukannya untuk membeli buku anak-anak mereka, bayangkanlah...! 



Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA SAHABAT... semoga 2012 mencapai tingkat yang lebih baik dalam iman dan kehidupan keseluruhannya.

Khamis, 29 Disember 2011

REZEKI BUKAN DALAM BENTUK DUIT SAHAJA

"Saya nak ingatkan Mat Som, jangan kejar pangkat. Saya tak suka pangkat kalau akhirnya kita kehilangan sahabat dengan sikap kita dan tugas kita. Rezeki itu bukan semuanya dalam bentuk duit. Rezeki ada kalanya datang dalam bentuk keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan."



Begitulah pesan seorang sahabat (melalui inbox facebooknya kepada aku pagi ini )yang kini mengajar di sebuah sekolah tersohor di Malaysia ini. Sekolahnya telah tersenarai dalam top 10 SBP dalam keputusan PMR baru-baru ini.


Bait-bait ayat itu sungguh bermakna buat aku. Kehilangan sahabat kerana sikap kita...Oh tidak...duit senang dicari, sahabat yang baik, bukanlah mudah untuk dicari... 


Kalian yang membaca entri blogku secara senyap atau secara terang-terang merupakan sahabat sejati aku. Terima kasih kerana tetap sudi ke sini, walaupun kadangkala aku hanya beromong kosong.

Rabu, 28 Disember 2011

LAWATAN SINGKAT KE JAY BEE

Pagi tadi selepas meeting untuk panitia, aku balik ke rumah dan mengajak Irfan dan Iwan ke Jay Bee. Ada urusan sikit. Irfan akan berpindah ke SMKDS. Alasan...oh rahsialah, dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Bertolak jam 11.00 pagi. Bawak kereta taklah laju, biasa je, pemandu berhemahlah katakan. 
 Singgah sinilah yah...Oh tidak, kita ada urusan yang penting ni...
 Kota ini semakin menyesakkan ....Semuanya nak cepat. Sesiapa yang lembik dan lembab tidak dapat hidup di sini.
Jam 12.40 tengah hari tiba di destinasi Jabatan Pelajaran Johor...lama sangat tak ke sini, bangunan pun dah canggih. Urusan bermula jam 2.00 petang  sementara menunggu waktu itu, kami ronda-ronda dulu kat Bandar Baru Uda, jangan tak jumpa balik pejabat tadi sudah. 24 tahun dulu aku memang tinggal di Jay Bee, tetapi perubahannya terlalu banyak. Ramainya orang berurusan...yang kena buang sekolah, nak mintak sekolah semula paling ramai.
 Aku tak boleh lama-lama di sini, setelah urusan selesai aku menuju ke Kempas.. Jem sana-sini, aduhai, boringnya duduk di Jay Bee ini.
 Melalui tempat ini, aku boleh jadi hiba. Terkenang teman-teman seperjuangan 1985/1987.
 Kenangan demi kenangan mengusik jiwaku....

Ikut rancangan awal aku nak ke rumah Miss Mirror, adindaku, tetapi cuaca yang gelap ini melemahkan semangatku. Aku call abang aku yang kat JB juga, kononnya nak buat kejutan, rupanya dia dalam perjalanan balik ke Rengit. Abang aku ni ada dua rumah, tapi isterinya satu. Kerajaan Johor pindahkan dia di sini untuk kenaikan pangkat. Terpaksalah tinggalkan kampung halaman dan jawatan imam di Rengit tu.
 Irfan gembira kerana misi telah berjaya, permohonan perpindahan itu telah diluluskan.

Selasa, 27 Disember 2011

SETELAH BERCUTI SEKIAN LAMA

Setelah bercuti sekian lama, akhirnya pagi ini akan bermula kembali kerja aku sebagai seorang guru. 27 Disember 2011, mesyuarat pertama akan diadakan pagi ini, dan kedatangan adalah wajib. Agendanya sama sejak mula aku terlibat dengan profesyen ini pada tahun 1988, iaitu mendengar amanat dan taklimat oleh pentadbir. Tahun 2012, ialah tahun yang ke 24 aku bekerja sebagai pendidik. 


Guru besar akan menyampaikan pesanan-pesanan, amanat daripada pengarah pelajaran negeri, dan PPD. Tentang perkembangan KSSR, dan dasar-dasar baru kementerian pelajaran. Selain itu,pembahagian tugas setiap guru, dan agihan guru kelas. Yang tidak menjadi guru kelas biasanya  ada tugas-tugas khas yang lebih berat.


Satu perkara paling penting kali ini ialah taklimat tentang SBPA. Mungkin semuanya akan bersetuju untuk bersama-sama SBPA dan melupai SSM. Mungkin juga ada yang telah membuat keputusan untuk bersara pada umur 60 tahun. Aku tetap pilih pencen 56lah.


Tahun 2012, guru tidak lagi memungut yuran khas, namun masih menguruskan yuran untuk buku, peralatan sekolah dan yuran PIBG. 


Mesyuarat akan berlanjutan ke hari esok, dengan mesyuarat panitia, iaitu bahagian mata pelajaran teras, dan mata pelajaran lain. Program-program yang perlu dijalankan pada tahun 2012, agar mencapai keputusan yang lebih baik berbanding tahun 2011.


Program transisi untuk pelajar-pelajar baru tahun 1 juga akan diadakan bagi menyambut mereka ke gerbang persekolahan. 


Guru-guru kelas juga akan membersihkan dan ada yang mengecat dan menghias kelas agar kelas tampak ceria dan memberi semangat kepada pelajar yang sudah lemau dek cuti yang panjang ini.  


Dan persekolahan akan bermula pada 4 Januari....Namun, ada satu yang menghantui kami, paras air yang tinggi di sungai Simpang Kiri, merisaukan kami, adakah persekolahan 2012 kali ini akan disambut dengan banjir yang sememangnya sinonim dengan kawasan Seri Pasir ini? 


Itu sahajalah yang dapat aku ceritakan kali ini, cerita yang tiada kaitan dengan kalian, tetapi terpaksa aku ceritakan, kerana tidak ada perkara lain yang dapat aku kongsikan kepada kalian kali ini.

Sabtu, 24 Disember 2011

13 PETUA MELAYAN SUAMI

Hujan terus mencurah...dan mencurah....
Gambar terkini...dari aku..Kawasan-kawasan rendah di Seri Medan mula dinaiki air, suami dan isteri haruslah bersabar menghadapi dugaan ini

(Perkara yang baik elok kita sebarluaskan...wara-warakan...bagi tau semua orang....!)

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami:


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami. Begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Isteri perlu sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Jumaat, 23 Disember 2011

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA MASIH SIHAT

Sebahagian bangunan tambahan Hospital Batu Pahat


Kak Long Hjh Saripah menjengok adiknya setiap hari tanpa miss, aku pun tak larat macam dia

Jika berjumpa ada saja yang disembangkan, hingga lupa waktu melawat telah tamat


Abang aku yang eksident bersama anak saudara kami Yati...susah betul nak suruh dia gunting rambut, sebab tu wajahnya aku sunting

Saban hari aku ke sini, yang aku perhatikan ialah doktor-doktor muda, jururawat-jururawat pelatih, dan para pesakit yang pelbagai ragam.


Kulihat parking telah diperluas. Namun jika pagi, parking melimpah hampir ke SMK Datuk Syed Isa. Terutama ketika ramai orang berjumpa doktor pakar. Ada yang kes darah tinggi, kencing manis, tyroid, fybroid, jebrot dan macam-macam lagilah. Segala aroma bau, diselang seli bau sabun pembasmi kuman, bau ketiak busuk, bau minyak dakam, gamat, bau orang tak mandi entah berapa hari. 


Aku terus melangkah menuju ke wad 7. Tempat abangku 'berehat' masuk minggu kedua setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semalam telah dijalankan operation. Kak Long yang setia sejak adiknya itu dimasukkan ke wad, sanggup tidak makan tengah hari, semata-mata nak menunggu di depan wad pembedahan, berdepan dewan bersalin hospital itu.


Penantian satu penyiksaan. Ketika itulah aku melihat beberapa pesakit kritikal di tolak ke wad kecemasan. Nampak kaum keluarga berwajah muram, dan ada yang mengusap air mata. Kelihatan nafas kembang-kempis, entah sakit apalah agaknya.


Di sudut sana pula, di depan dewan bedah itu, kelihatan mundar-mandir seorang bakal ayah yang menantikan anak sulungnya barangkali. Di situ pula seorang ibu yang ditolak dengan kerusi roda oleh jururawat yang tersenyum bak pramugaari, sambil memegang bayi yang masih merah. Siapakah ayahnya....nampaknya ayah bayi itu sedang bermain facebook dengan notebooknya. Siisteri memanggil-manggil, namun suaminya itu tetap khayal dengan dunia mayanya. Mungkinkah dia sedang berchating dengan bekas kekasihnya...oh...aku menyangka yang buruk-buruk. Akhirnya isteri meninggikan  suara, dan sisuami tergesa-gesa melihat bayinya bagaikan terpaksa sambil memegang notebook yang tetap tidak ditutup. Dunia...dunia...




Oleh sebab abangku belum siap dibedah untuk memasukkan besi ke tulang betisnya, aku pun berjalan-jalan disekitar wad-wad itu. Jururawat-jururawat muda itu berjalan sungguh bergaya. Mereka berjalan berkumpul-kumpul. Wajah-wajah doktor pula kelihatan stress kerana tanggungjawab mereka lebih besar. Namun ramai juga doktor yang berwajah cool bak Tun Abdullah Badawi. Memerhatikan tugas-tugas doktor dan jururawat itu, aku berasa bersyukur, kerana tugas aku tidaklah sestress seperti mereka. 


Apabila pembedahan itu selesai, para jururawat menolak katil abangku ke wad 7 semula. Kebetulan ketika itu telah tiba waktu melawat. Semua katil telah dipenuhi pesakit. Dan setiap pesakit diziarahi oleh saudara-mara dan para sahabat mereka. Namun disatu sudut, ada seorang pesakit yang berseorangan. Dia hanya memerhatikan jiran-jirannya dikerumuni kerabatnya. Dia meneguk air mineral, dan terkial-kial, hendak kutolong, takut mengganggu kenteramannya. Takut nanti dia terkejut, dan jatuh daripada katil. Alasan...


Melihat pesakit-pesakit di wad-wad itu, aku bersyukur lagi, aku masih sihat, tekanan darahku masih 80/120, yang lain aku tak taulah tak pernah check. Kolesterol entah berapa pun aku tak tahu. Setiap hari aku tetap menelan kapsul kelapa dara ni supaya kekal sihat. Sebagai stokis kenalah jadi contoh. Lagipun kalau aku mengadu sakit kepada kawan-kawan, mereka tanpa buang masa akan menembak aku...Eh? Kata jual ubat macam-macam, tak kan sakit? Sebab tulah kalau aku sakit, aku lebih suka menyendiri dan sembunyi, supaya tidak diketahui orang. Pernah juga aku pergi ke sebuah klinik swasta. Doktor itu terbatuk-batuk. Entah macamana, aku terlepas cakap, "Doktor pun batuk juga ke?"  Untuk menyelamatkan martabatnya, dia tidak menjawab pun soalan aku  itu, dan terus bertanya masalah aku. 

Khamis, 22 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR SMK DATUK SULAIMAN 2011

Cikgu Razif bersama-sama pelajar SMK Datuk Sulaiman

Sebahagian daripada 22 orang  pelajar SMK Datuk Sulaiman yang memperoleh 8A PMR 2011


Debaran 2011 telah berakhir.......... anakanda saya Ili Nabilah telah mencapai apa yang diimpikankannya. Syukur kepada Allah SWT, telah menganugerahkan kejayaan ini, tersenarai antara 22 orang calon PMR 2011 yang memperoleh 8A. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru SMK Datuk Sulaiman, pihak pentadbir sekolah dan seluruh tenaga yang terlibat di sekolah tersebut, yang telah bekerja keras, termasuk membuat kelas tambahan pada sebelah petang dan termasuk pada hari minggu, mengusahakan tuisyen bersama-sama MRSM Batu Pahat dan pelbagai usaha lagi yang kami pihak ibu bapa tidak mengetahuinya. 


Terima kasih juga kami ucapkan kepada saudara mara, rakan taulan dan semualah yang mendokan kejayaan ini.


Terima kasih...terima kasih...terima kasih...


CATATAN: PERBANDINGAN PMR SMKDS 2010 dengan 2011


Peratus: 2010- 69.34%
             2011- 72.98%
GPS     : 2010 - 2.60
             2011 - 2.36
jumlah 8A:
            2010 - 22 orang
            2011 - 22 orang
 Kami berkongsi kegembiraan dengan sepupu Ili, Nur Insyirah yang sedang bersekolah di MRSM Besut. Insyirah Alhamdulillah mendapat 9A (ada B. Arab)

KENAPA KITA BLOK/REMOVE/SEKAT SESEORANG DI FACEBOOK?


Sebelum aku menceceh tentang blok memblok, kita lihat dulu wajah paling popular semalam di internet...tengok duit baru ke orang yang pegang duit? Seronoklah kita akan dapat wang kertas yang baru. Harap-harap tidak ada lagi duit kertas yang berkualiti seperti duit RM 5.00 tu. Aku dah simpan beberapa keping, tak tergamak nak bagi kepada pekedai, dapat pun dari kedai juga, duit RM 5.00 mudah koyak dan tidak tahan lasak. Bank negara mencatatkan satu kesalahan di sini. Satu lagi apabila duit RM 5 basah (kena hujan atau termasuk di dalam mesin basuh), apabila disterika, duit tu mengecil, tidak seperti duit yang lain.



Okey...kita bincangkan tetang tajuk entri di atas...kenapa kita blok seseorang dalam Facebook? Pengalaman akulah, adalah lebih kurang belas-belas aku dah blok disebabkan oleh:


1. Orang yang mencurigakan, semuanya seperti menyamar, tiba-tiba sahaja dia  menuliskan...ini sahabat saya, Datin Julia, sedangkan gambar wanita itu aku kenal sangat, kawan aku sesat di dalam hutan dulu. Kesian, gambar dia dicopy paste oleh malaun itu. Semua kawan dia Datin, Datuk, orang kaya. Bubuh universiti, Universiti Oxford. Teringat kata-kata Imam Ghazali, usah bersahabat dengan orang yang suka berbohong, nanti satu masa kamu akan ditipu.  


2. Orang yang selalu memalukan dalam menulis komen. Memalukan dengan menulis komen-komen lucah yang mengaibkan kita. Adalah seorang kawan baik aku, dia buat macam tu, aku terus blok! Bukan jauh sangat, orang Pt Sulong aja. Dia pun tau, aku dah blok dia. Riak muka dah tau. Tak berani lagi nak tanya tentang facebook. 


3. Orang yang asyik upload gambar dia merokok, memeluk kekasihnya di taman bunga mana ntah? Sedangkan umurnya masih hingusan. Menyampah betul aku, aku terus blok mandotori.


4. Orang yang asyik memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak disenangi. Marahkan suami pun diluahkan dalam facebook. Buang masa aku je nak baca status wall itu.


5. Orang yang mencerca dan menyindir para ulamak. Nama saja orang Islam, tetapi berkata-kata macam tidak pernah belajar agama.


6. Orang yang suka merungut dalam semua perkara. Buat lemah semangat aku je.


7. Orang yang asyik tag kita. Gambar semua nak tag nama kita. Tidak ada kaitan pun ditag. Apa punya jenis oranglah.


8.9.10...kalian tambah sendiri.....

Isnin, 19 Disember 2011

MAJLIS PERKAHWINAN ERNI DEKRITAWATI DI SERI MEDAN

Dua orang jurukamera amatur Murni Shawan (sepupu saya) dan Murni Musa (anak sahabat saya) menyumbangkan gambar majlis tersebut untuk tatapan kita. Kedua-duanya bernama Murni. 






Rita dan Kamarulazlan diraikan penduduk kampung Seri Menanti, Seri Medan. Turut bersama-sama dalam majlis ini ialah Dr Mashitah. Gambar ni nampak gelap akibat hujan lebat sepanjang hari tersebut.

AHAD 18 Disember. Majlis perkahwinan Erni Dekritawati Yuliana dengan Kamarulazlan Hanafiah diadakan di kampung neneknya di Kg Seri Menanti Seri Medan semalam. Beberapa orang saudara dan teman saya yang menghadiri majlis tersebut memberitahu bahawa jalan telah menjadi sangat sesak, dan ramai tidak dapat memasuki pekarangan rumah tersebut.Walaupun  hujan telah turun sepanjang hari semalam, majlis dapat dijalankan dengan penuh gilang-gemilang.

BANYAK PANTAI TIDAK SELAMAT

Baru aku sebut Pantai Desaru menakutkan, deruan ombaknya mengaum bak singa. Semalam dua orang menjadi mangsanya lagi, kali ini sepasang suami isteri kehilangan dua orang anak sekaligus. Sehari sebelum itu di Tanjung Balau seorang budak lelaki mati lemas di sana.


1. Kes mati lemas di Desaru
2. Kes mati lemas di Tanjung Balau

Di tepian Pantai  Kg Sungai Tuang, Melaka

Sebagai ibu bapa, kita harus peka semasa memilih pantai yang selamat untuk anak-anak berkelah. Sebagai contoh, saya cadangkan Pantai Penyabung, Endau Mersing, Pantai Pangkalan Balak dan juga Pantai Port Dickson. Pantai Air Papan Mersing  juga telah banyak mengorbankan nyawa. Seorang rakan saya telah menjadi mangsa pantai tersebut dan seorang rakan MPTI saya nyaris-nyaris maut semasa berkelah di situ pada tahun 1985. 


Setiap kali cuti sekolah dan cuti hujung minggu kita akan mendengar berita-berita sedih seperti itu. Apa lagi pantai timur, dimana ombak Laut China Selatan memang cukup menggerunkan, hempasannya.


Soalnya, pihak pengurusan pantai telah menyediakan pasukan penyelamat. Adakah mereka tidak bertugas dengan sempurna ketika itu atau pengunjung memang degil, mandi juga di tempat-tempat yang beri papan tanda amaran? Sebab itulah sekarang guru-guru sudah tidak dibenarkan membawa rombongan pelajar mandi di laut seperti tahun-tahun 1980-an dahulu.   


Jika anak merengek juga hendak mandi laut, elok kita bawa mereka ke taman tema air sahaja. Mandilah di pantai tiruan. Itu pun kita kena awasi sepanjang masa.     

Ahad, 18 Disember 2011

HATI-HATI, MUBALIGH KRISTIAN SEMAKIN LICIK

Mereka mempunyai dana yang besar. Mereka sentiasa merancang untuk memesongkan kita. Malah mereka sanggup menyamar dengan Berjubah dan bersolat Zuhur di mesjid dan surau untuk mencari orang yang serba jahil dan lemah akidahnya.


Mengikut Dr Hassan Ali, sasaran mereka ialah:
  • Orang Islam yang MISKIN
  • Kurang pengetahuan agama
  • Mempunyai pegangan akidah yang lemah
  • Orang yang menanggung hutang
  • Mempunyai masalah rumahtangga yang kucar-kacir
  • Mempunyai masalah selepas bercerai
  • Golongan berfikiran liberal
  • Golongan yang tidak mengamalkan cara hidup Islam
Untuk melihat lebih detail baca link merah di atas.


Lalu saya teringat, pada tahun 1987, salah seorang pensyarah perempuan saya bercerita (maktab). Ketika dia cedera parah, dan terlantar di sebuah hospital di selatan tanah air (Suami beliau terkorban dalam kemalangan itu). Satu hari beliau didatangi seorang mubaligh perempuan. Memang cukup halus, baik, berhemah, bertanya khabar dan masalah, namun pada akhirnya beliau banyak bercerita tentang kebenaran agama mereka. 


Ketika itu dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hendak membuka mulut pun tidak terdaya kerana kecederaan itu terlalu serius. Beliau begitu marah, kerana pada saat-saat kritikal, sedih, begitu mereka datang mengambil peluang untuk menyesatkannya.


Maksudnya di sini, mereka demikian prihatin mendekati orang-orang yang seperti dalam kesusahan, kesempitan hidup tidak kira di hospital, stesen bas, dan kenyataan Dr Hasan Ali, mereka sudah menyelinap dalam mesjid kita pula. Mengapa kita masih leka dan sibuk dengan kehidupan kita yang tiada sudahnya ini? Sedangkan umat dalam bahaya. Ia mungkin terjadi kepada saudara mara kita, kerabat kita, anak-anak kita...Nauzubillah!!!  

FATIN LIYANA BAKAL DOKTOR

Gambar Google

Namanya telah tercatat dalam ranking ke enam individu terpopular dalam carian Google Malaysia 2011, Fatin Liyana, selepas Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne, dan Anwar Ibrahim merupakan bakal seorang doktor.


Kini telah ramai orang meletup melalui dunia siber. Fenomena Cinta Muka Buku, Najwa Latif dan juga Justin Bieber adalah contoh manusia yang popular menerusi Youtube rakaman mereka sendiri. Youtube telah membawa mereka dari bilik tidur mereka, ke atas pentas dunia populariti dan memintas kehebatan penyanyi yang sedia ada.


Dalam senarai 10 orang tu, tak adalah pula blogger lelaki yang tersenarai. Ingat seorang lagi blogger ialah Hanis Zalikha yang menduduki tempat ke 10.


Dan kali ini paling membanggakan aku, termasuk ranking tersebut ialah nama Ustaz Kazim. Dakwah beliau melalui Youtube telah memberi kesan yang mendalam dan ini menandakan sesuatu yang sangat positif dalam perkembangan dunia dakwah di Malaysia. Itulah cara terbaik, mendekati golongan muda yang mungkin mereka merasa segan dan kekok untuk bersahabat dengan pendakwah-pendakwah yang konservatif, yang cuma mencari kesalahan mereka sahaja. Pendekatan Ustaz Kazim haruslah dicontohi oleh para pendakwah masa kini, jika seruan mereka ingin didengari oleh golongan ini.



Sabtu, 17 Disember 2011

JENIS-JENIS PEKERJAAN DI MALAYSIA (KAKITANGAN KERAJAAN)

Yang Cari Kerja Swasta? Klik DI SINI
Pastikan Ada Aplikasi Telegram




Apabila melihat senarai di atas, ada 234 pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan Malaysia termasuk polis dan tentera. Jika dicampur dengan sektor swasta, ada beribu-ribu pekerjaan di negara kita ni. Sebahagian pekerjaan yang disenaraikan itu, aku tidak pernah mendengarnya, tak pernah lihat...ni aku nak tunjuk kepada anak-anak aku, biar dia pilih mana satu. 


Kerja sebagai ahli perniagaan mesti masuk nombor satu barulah mereka pilih yang dalam ni. Usahawan dapat memberi pekerjaan kepada orang ramai. Tetapi kakitangan awam cuma kerja, kerja, kerja sampai umur 60...paling-paling cuma dapat memberi pekerjaan kepada pembantu rumah, atau pak super. 

Kalau emak Sabariah, dia cukup anti dengan pekerjaan yang bernombor 12 itu. Kalian suka anak-anak kalian nanti kerja yang nombor berapa? Atau nak kerja sendiri? Ahli koperat yang disegani satu hari nanti? Insya Allah!!! Yang penting jangan sampai jadi penjenayah.

Jumaat, 16 Disember 2011

D'NELAYAN SUNGAI TUANG, MELAKA

Lawatan ini sepatutnya selama tiga hari dua malam, namun kerana ABANG aku terlibat dengan kemalangan, dipendekkan tinggal dua hari saja. Kami terpaksa juga pergi kerana  bayaran telah pun dibuat. 
Dekat dengan Tanjung Bidara dan Pangkalan Balak


Perjalanan ke sini dari Pt Sulong cuma dua jam, melalui Muar le Lebuh AMJ keluar ke simpang Klebang lalu ke arah Mesjid Tanah
Oleh sebab sampai  baru jam 11.00 pagi, sebelum check in lepak-lepak dulu di Pantai Pangkalan Balak
Irfan ke mana-mana pun tetap dengan memancingnya..beli umpan kat Pt Sulong dah RM 12.00. JAGA KAU KALAU TAK DAPAT IKAN
Pemandangan cantik sewaktu aku melalui Teluk Gong
NO tel Dnelayan Sg Tuang 063848787 Aku lebih suka menginap di sini berbanding di pantai Pangkalan Balak, kerana di sini sunyi..damai... 
Dan ia bersebelahan pula dengan mesjid Kg Sungai Tuang... 
Mesjid ini nampak bersih dan kemas, luar dan dalam
Di depan resort ini pula ada cyber cafe...satu jam baru RM 1.50..Cuma internet agak lambat sikit, untuk berfacebook oklah... Nak berblog susah nak masuk. Nak main game yang dah ada kat komputer bolehlah untuk budak-budak ni suka-suka..

Kolam renang untuk kanak-kanak ada disediakan...emak bapak mandilah kat laut atau bilik mandi je....
Boleh tengok laut dan mendengar deruan ombak Selat Melaka dari dalam bilik....harga RM 130 ada, yang RM 150 ada, yang RM 70 pun ada tapi bilik kayulah. Untuk mesyuarat dan seminar satu dewan RM 300.  
Kita juga boleh tengok sang mentari terbenam di ufuk barat
Tak nak makan kat resort kita boleh merayau...ni aku jumpa warung kat Teluk Gong...harga pun murah-murah macam kat kampung kita sahaja.
Contohnya nasi lemak + telur goreng+ begedel ni oklah harga baru RM 2.00 sebungkus
Kalau nak beli ikan untuk dibakar, di Pasar Teluk Gong ni ada ikan fresh-fresh belaka
Pasirnya halus, bolehlah anak-anak kita main-main...buat istana pasir, lukis-lukis

Arina bermain dengan siput yang hidup...Sukalah dia tengok siput-siput ni bergerak..sampai tak sedar seliparnya tercabut

Minat memancing tahap terlampau...
Inilah ikan yang Irfan dapat.....Selepas tu kami ke Zoo Air keroh..tetapi bateri kamera dah kong....Nampak Zoo Melaka tak semeriah dulu, dan binatang pun dah banyak yang kurang...Maaf, sangkar ini dikosongkan. Nak naik gajah pun dah tak boleh.




 


Sam, fasal kau nak tgok katil macamana, nah aku dah uploadkan gambarnya...bolehlah...kan? Nak yg cantik kenalah sewa hotel 5 stars.





Usah takut, dalam video ni nampak macam bahaya, ni air tengah pasang. Untuk kanak-kanak kecil kenalah awasi, kalau dah besar macam Irfan, Ili Nabilah tu aku tak risau...lainlah ombak kat Desaru yang mengaum tu...