Dekat dengan Tanjung Bidara dan Pangkalan Balak
Perjalanan ke sini dari Pt Sulong cuma dua jam, melalui Muar le Lebuh AMJ keluar ke simpang Klebang lalu ke arah Mesjid Tanah
Oleh sebab sampai baru jam 11.00 pagi, sebelum check in lepak-lepak dulu di Pantai Pangkalan Balak
Irfan ke mana-mana pun tetap dengan memancingnya..beli umpan kat Pt Sulong dah RM 12.00. JAGA KAU KALAU TAK DAPAT IKAN
Pemandangan cantik sewaktu aku melalui Teluk Gong
NO tel Dnelayan Sg Tuang 063848787 Aku lebih suka menginap di sini berbanding di pantai Pangkalan Balak, kerana di sini sunyi..damai...
Dan ia bersebelahan pula dengan mesjid Kg Sungai Tuang...
Mesjid ini nampak bersih dan kemas, luar dan dalam
Di depan resort ini pula ada cyber cafe...satu jam baru RM 1.50..Cuma internet agak lambat sikit, untuk berfacebook oklah... Nak berblog susah nak masuk. Nak main game yang dah ada kat komputer bolehlah untuk budak-budak ni suka-suka..
Kolam renang untuk kanak-kanak ada disediakan...emak bapak mandilah kat laut atau bilik mandi je....
Boleh tengok laut dan mendengar deruan ombak Selat Melaka dari dalam bilik....harga RM 130 ada, yang RM 150 ada, yang RM 70 pun ada tapi bilik kayulah. Untuk mesyuarat dan seminar satu dewan RM 300.
Kita juga boleh tengok sang mentari terbenam di ufuk barat
Tak nak makan kat resort kita boleh merayau...ni aku jumpa warung kat Teluk Gong...harga pun murah-murah macam kat kampung kita sahaja.
Contohnya nasi lemak + telur goreng+ begedel ni oklah harga baru RM 2.00 sebungkus
Kalau nak beli ikan untuk dibakar, di Pasar Teluk Gong ni ada ikan fresh-fresh belaka
Pasirnya halus, bolehlah anak-anak kita main-main...buat istana pasir, lukis-lukis
Arina bermain dengan siput yang hidup...Sukalah dia tengok siput-siput ni bergerak..sampai tak sedar seliparnya tercabut
Minat memancing tahap terlampau...
Inilah ikan yang Irfan dapat.....Selepas tu kami ke Zoo Air keroh..tetapi bateri kamera dah kong....Nampak Zoo Melaka tak semeriah dulu, dan binatang pun dah banyak yang kurang...Maaf, sangkar ini dikosongkan. Nak naik gajah pun dah tak boleh.
Sam, fasal kau nak tgok katil macamana, nah aku dah uploadkan gambarnya...bolehlah...kan? Nak yg cantik kenalah sewa hotel 5 stars.
Sam, fasal kau nak tgok katil macamana, nah aku dah uploadkan gambarnya...bolehlah...kan? Nak yg cantik kenalah sewa hotel 5 stars.
Usah takut, dalam video ni nampak macam bahaya, ni air tengah pasang. Untuk kanak-kanak kecil kenalah awasi, kalau dah besar macam Irfan, Ili Nabilah tu aku tak risau...lainlah ombak kat Desaru yang mengaum tu...
10 ulasan:
wah cuti2 ye..kat mana lokasinya.chaletnya kat tepian panatai pengkalan balak ke.cam cantik je
1/2 km je dari pantai Pangkalan Balak, Pangkalan Balak belok kiri, yg ni belok kanan, jalan ni tembus ke Port Dickson
Menarik ni... tapi mana gambar katil?
Jom nanti kita buat "family day" kat sini time Am nikah.
Aku ada terfikir juga begitu, kalau tak lapan keluarga , 4 keluarga pun dah dikira berjaya, maklumlah masing2 tu sibuk memanjang, yg guru besar, tak guru besar, aku insya allah. Jika ok je aku buat bookinglah.
Bolehlah kita programkan macam2 aktiviti di sini nanti Sam.
Yg tak selesa solat dalam bilik, boleh jalan kaki dua tiga tapak ke mesjid Sg Tuang tu.
Bestnya kan.. (aku dah mula berangan ni).. nanti ko war2kan la dgn diorang (promosi sikit kat FB.. hehe).. biar diorang standby dr sekarang.
Aku akan jalankan kerja, setelah menerima tarikh yang tepat, biarlah Am kumpul duit utk majlis perkahwinannya, sabar..sabar...
ohhhhh Saya pernah survey diinternet pasal chalet ni....rupanya MS dah sampai dulu....sesuai untuk buat family day ni...
Sebenarnya ini kali kedua dtang ke sini, rasanya 2008 lah Pn Zainab...
cantik lukisan ili...
Mak Encik
Berapa nak bagi markah tu?
Boleh dapat A+ TAK?
Catat Ulasan