Rabu, 5 Disember 2012

239 DIBUNUH BASHAR AL-ASAD PADA 3 DISEMBER

image: A Free Syrian Army’s sniper position in Al Qsair, Syria, Feb. 9, 2012.



Damaskus- Suruhanjaya Koordinasi Tempatan (LCC) Syria melaporkan sepanjang hari Isnin sahaja (3/12/2012) sebanyak 239 warga muslim Sunni Syria dibunuh oleh tentera regim Syria. Jumlah ini melebihi korban Gaza yang gugur dalam masa lapan hari serangan tentera Israel tempoh hari.

Dari keseluruhan korban tersebut, 10 merupakan kanak-kanak dan 8 wanita. Ia berlaku di Damaskus dan pinggir Damsyik, iaitu sebanyak 116 orang. Daripada angka tersebut, sekurang-kurangnya 40 orang awam muslim yang tidak berdosa dibunuh secara keji di desa Zayabiah, pinggiran Damsyik. Mereka ditangkap dan diseksa dengan kejam oleh tentera rejim, kemudian dibunuh dengan bayonet dan peluru dari jarak dekat.

Sebanyak 41 penduduk lainnya terbunuh disebabkan oleh serangan bom tentera regim Syria di Aleppo. Sebanyak 18 orang penduduk mati syahid di Dara'a, termasuk 10 warga yang dibunuh secara keji oleh tentera rejim di bandar Tafas. Di Hamah pula, sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh oleh serangan bom biadab tentera regim.

Di wilayah Idlib, sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh. Di Homs, sekurang-kurangnya 12 orang awam terkorban. Di Hassakah pula, 10 orang awam juga dilaporkan terbunuh. Jumlah yang sama dilaporkan di daerah Deir Ezzor. Sementara itu di Lattakia dilaporkan sekurang-kurangnya 2 orang dilaporkan terkorban oleh serangan brutal tentera regim Bashar.

Kebiadaban regim Bashar Al-Asad kini semakin menjadi-jadi setelah semakin banyak bandar dan kampung yang berjaya dibebaskan oleh mujahidin Islam dan FSA.

Selama lapan hari pencerobohan tentera penjajah zionis Yahudi di Gaza, Seorang tokoh agama besar Yahudi di Israel telah menyarankann kepada Tentera Ziones Israel, mereka harus belajar dari Bashar Al-Asad bagaimana "Membantai dan menghancurkan musuh" kata rabi Yaakov Yusuf, putra rabi Ovadia Yosef mantan kepala rabi Zionis dan tokoh spiritual parti Yahudi orthodoks Shas


Kredit kepada suaramedia.com & globes.co.il.

2 ulasan:

boni kacak berkata...

semoga rejim bashar akan berjaya dihapuskan oleh pejuang2 Islam di Syria..amin

Mat Som berkata...

Boni

BANYAK daerah telah ditawan pejuang, tu yg dia naik angin sangat tu.