MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 30 Disember 2012

9 CARA MENJADI ISTERI YANG DISAYANGI


  1. Tidak Beremosional- Seorang isteri yang bijaksana ialah yang cool. Walaupun kena marah pun steady. Bagaikan isteri Firaun, Asiah, siapalah yang tak kenal Firaun kat dunia ini? Namanya sentiasa disebut sepanjang zaman kerana kesombongan dek kerana kekuasaan yang tiada taranya di atas dunia ketika itu. Sampai sekarang pun Piramid pun dikagumi orang. Jika Asiah boleh bersabar dengan manusia Firaun itu, kenapa isteri-isteri sekarang ini sanggup mengeluarkan kata-kata yang penuh beremosional, padahal suami tak sampai suku Firaun pun? Suami belum habis cakap, isteri sudah mengeluarkan peluru mesingun. Drama-drama Melayu yang steorotaip dengan cerita-cerita suami bagai kerbau dicucuk hidung lebih memarahkan lagi keadaan. Telah ada isteri-isteri menarik telinga suami, bercekak pinggang dan sebagainya kerana pengaruh-pengaruh liar itu. Masya Allah!
  2. Jujur dalam Berkata-kata dan Bertindak- Jangan membohongi suami dalam apa-apa perkara apa sekalipun. Kerana wajah yang berbohong akan nampak jua akhirnya. 
  3. Bertanggungjawab- Bertanggungjawab terhadap suami, dan anak-anak. Isteri yang tidak bertanggungjawab ialah isteri yang lupa apakah peranannya sebagai isteri. Jika telah lupa, taip saja apa tanggungjawab isteri. Taip kat Google. Kursus perkahwinan selama dua hari yang dijalankan sekarang tidak mencukupi sebagai bekalan untuk berumah tangga. Sepatutnya kursus ini dilanjutkan sehingga tiga bulan sekurang-kurang macam PLKN. Kes perceraian sekarang mencatatkan setiap 15 minit berlaku satu kes perceraian. Bayangkan!
  4. Berjimat dan Bijak dalam mengatur Kewangan- Berlaku suami bagi duit RM 100 sehari, suami pun tanya, beli apa? Nampak barang yang dibeli tak sampai RM 30, kata duit dah habis. Esok minta lagi, nak bayar itu, nak bayar ini. Lama-lama suami mula syak. Maklumlah suami sibuk, jadi pemandu lori. Pagi kat JB petang kat Penang. Balik rumah sekejap-sekejap kerana nak mencari duit. Anak ramai yang bersekolah. Apabila disiasat rupa-rupanya isteri beli barang-barang yang tidak diperlukan tanpa bertanya suami. 
  5. Tidak Berdendam- Elakkan berdendam dengan suami. Apatah lagi mengungkit kisah-kisah lama. Dendam yang bahaya ialah, suami ada kekasih, dia pun kerana berdendam angkut mana-mana jantan, saja tunjuk-tunjuk supaya suami mengamuk. Iblis memanglah sangat suka kalau dah peringkat begini. Nasib baik sebahagian suami masih waras, kalau tak mungkin dah kena cerai talak 30.
  6. Berfikir Dahulu Sebelum Bertindak- Isteri yang bijak ialah isteri yang berfikir panjang, baik dan buruk yang akan menyusul apabila sesuatu tindakan yang akan dibuat itu. Misalnya, suami tak benarkan isteri pergi rombongan ke Langkawi ikut kawan-kawannya. Isteri kena fikir, apa akan berlaku kalau dia pergi juga? Takkan nak ikut hasutan syaitan...ah, aku pegi ajelah...suami aku bukan kasi aku duit, ni duit aku jual pinggan-mangkuk!
  7. Jangan Selalu Meminta- Dah tau suami gaji tak sampai RM 1500, isteri mintak gelang emas, sofa mahal-mahal, Preve, itu, ini....
  8. Merendah Diri- Jadilah isteri yang merendah diri, bukan membesarkan diri tak sudah-sudah. Bangga dengan keluarganya yang kaya-raya, bangga dengan kecantikan yang tak secantik mana....
  9. Berwajah Ceria - Berwajah ceria macam Ustazah Nor Bahayah, happy aje...bukan mencuka, muncung sebatu boleh digantung hanger baju..........Nak berwajah ceria ni, redha bahawa jadi isteri ni memang kena taat kepada suami. Kerana perempuan ni nak masuk syurga senang aje...dua untuk Allah , dua untuk suami. Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

6 ulasan:

umialya berkata...

alasan munasabah, nampaknya kena akur kali ini tanpa bantahan, hihihi

Knor berkata...

ke semua ciri tu kak ada..

tak percaya cuba tanya suami akak..

Mat Som berkata...

Hujah2 dan alasan yg dicatat belum kuat sebenarnya

Mat Som berkata...

Nanti saya call En Suami ya
hahaha...alhamdullillah K.Nor
jadi isteri yg dikasihi suami

boni kacak berkata...

banyak pengaruh buruk yang mempengaruhi pemikiran isteri2 datangnya daripada media massa..

Mat Som berkata...

Betul Boni
Semua berangan nak kaya macam artis bertaraf Diva