Khamis, 6 Disember 2012

BUSH DIBISIKKAN OLEH MAHARAJA IBLIS

WASHINGTON, bekas orang kuat Bush, Dick Cheney terlibat dengan perang mulut dengan Presiden Barack Obama kerana dia  tidak bersetuju dengan segala polisi yang diambil oleh Presiden Obama. Antara lain mengenai masalah penutupan kem tahanan Guantanamo dan isu-isu lain yang berkaitan dengan perang melawan keganasan yang dilancarkan oleh bekas presiden AS, George Bush

Cheyney-Mastermind Peperangan Melawan Islam

Semalam Obama berjanji akan menutup kem Guantanamo bulan ini juga (Disember 2012), kerana itu janjinya ketika bertanding dalam pilihan raya Presiden sebelum ini. Dia mengatakan, terpaksa menanggung masalah-masalah yang ditinggalkan oleh pemerintahan Bush.

Bush.Menurut Colin Powell, bekas menteri luar negeri AS, Dick Cheney juga bertentangan dengan pendapat Bush mengenai masalah penutupan Guantanamo."Cheney bukan hanya tidak bersetuju dengan dasar presiden Obama. Namun dia juga tidak bersetuju dengan polisi mantan presiden Bush," kata Powell. 4 Disember 2012"Bush berulang-ulang menegaskan kepada dunia antarabangsa dan juga rakyat AS bahawa dirinya ingin menutup Guananamo," tambah Powell, namun tidak pernah berbuat demikian sehingga akhir pemerintahannya. 

Gambaran pelukis bagaimana tahanan Guantanamo disiksa dengan curahan air

Sejak bulan lalu, Cheney tampil dalam pelbagai program televisyen untuk mempertahankan polisi-polisi yang diambil dalam masa pemerintahan Bush, termasuk pencerobohan ke Iraq. Sementara Bush sendiri tetap membisu sejak dirinya terkeluar dari kedudukannya sebagai presiden AS.George W. Bush dalam satu wawancara pernah menjelaskan  bahawa dirinya mendapatkan perintah langsung dari Tuhan untuk menjajah Iraq dan menyerang markas al-Qaeda di Afghanistan sebagai sebahagian dari misi Peperangan Suci untuk mewujudkan keamanan di wilayah Timur Tengah, melindungi Israel, dan memberikan negara untuk orang-orang Palestin. (Suara maharaja Ibliskah yang membisikkan ke telinga Bush yang gila itu?) 


Penghinaan tawanan Al-Qaeda di Guantanamo


Bekas presiden AS tersebut menyatakan hal tersebut ketika bertemu dengan para pemimpin Palestin pada bulan Jun 2003.Pengakuan Bush tersebut didedahkan selepas Bush mengecam para pejuang Islam, menyamakan ideologi mereka dengan komunisme, dan menuduh mereka ingin membina empayar Islam dari Sepanyol hingga ke Indonesia. 


"Saya menyerang Iraq dan Afghanistan kerana mendapat dorongan dari misi suci yang dibisikkan oleh Tuhan kepada saya: George, pergilah dan perangi musuhmu di Afghanistan. Dan saya melakukannya, kemudian Tuhan mengatakan kepada saya, George, pergilah dan tamatkan kezaliman di Iraq, dan saya melakukannya."

Bush berhalusinasi dan menjelaskan.......
"Saya merasakan suara Tuhan berbisik di telinga saya, pergilah dan buat rakyat Palestin mendapatkan negara, dan buat agar Israel mendapatkan" keselamatan "mereka di Timur Tengah. Maka demi Tuhan saya akan melakukannya." 

Pencerobohan AS ke Iraq dan Afghanistan dibawah komando Bush merupakan perkembangan dari perang melawan Islam yang dilaungkan oleh Bush. Hal tersebut dilakukan sejak peristiwa 11 September 2001 yang juga dicipta oleh konspirasi mereka sendiri.Perintah penyiksaan terhadap tahanan Guantanamo datang daripada pemerintahan Bush sendiri, bahkan sebelum terungkapnya kes memo palsu Yoo dan Bybee (untuk menghalalkan penyiksaan tahanan).  

Terungkap pula bahawa penyiksaan terhadap tahanan tersebut bukan bertujuan untuk mencari dan mengumpulkan maklumat, namun untuk menanamkan tuduhan palsu bahawa Saddam Hussein mempunyai ikatan dengan Al Qaeda, suatu ilham pemerintahan Bush agar AS dapat menjajah Iraq.  

AS juga menggunakan banyak senjata terlarang dalam peperangan, seperti fosforus putih dan senjata terlarang lain, baik di Iraq mahupun Afghanistan. Pemerintahan Bush, yang dihuni oleh orang-orang Kristian, nampaknya lebih cenderung untuk melakukan penyiksaan, lebih dahsyat jika dibandingkan dengan orang-orang ateis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. 



Pencerobohan Iraq sudah dirancang bertahun-tahun sebelum peristiwa 11 September, yang digunakan sebagai alasan untuk dapat mendapatkan dominasi penuh seperti yang tercatat dalam Projek New American Century dimana Dick Cheney menjadi salah satu pengasas, dan Bush sebagai orang dungu yang bersedia melakukan apa saja. 




Tujuan utamanya adalah untuk mendominasi dunia, Iraq dan Afghanistan hanyalah langkah awal sementara AS masih mensasarkan banyak negara, termasuk Syiria dan Iran.Segala tindakan Bush tersebut membuat dia tidak disukai oleh banyak orang, bahkan daripada kalangan rakyat AS sendiri, di mana-mana beratus-ratus ribu telah menunjuk perasaan anti Bush di jalan-jalan raya Amerika Syarikat.

 
 Yang paling memalukan adalah pada saat Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq pada tahun 2007. Hal tersebut secara langsung menyebabkan timbulnya banyak jenaka mengenai Bush dan kasut di seluruh dunia. Ada yang menciptakan game dengan tujuan melemparkan kasut ke kepala Bush, ada juga yang menggambarkannya dalam bentuk kartun. 

Seperti yang berlaku di Kaherah 4 tahun yang lalu, di mana kartunis Amr Fahmy menggambarkan kartun-kartun mengenai bekas presiden Bush dan kasut.Kartunis Amr Fahmi mengatakan bahawa segala hal yang digambarnya merupakan kebebasan bersuara dalam bentuk gambar patung Liberty yang tangan kanannya memegang kasut, bukannya sebuah obor, sementara sebelah tangannya memeluk kotak kasut. 

Namun, meski menerima banyak bantahan dari seluruh dunia, Bush masih terlepas dari jerat undang-undang AS sendiri yang memaktubkan masalah penganiayaan.Bush telah menyalahi undang-undang ciptaan mereka sendiri dengan menganiaya para tahanan Guantanamo.Menurut satu sumber yang dekat dengan pihak Jabatan Kehakiman, proses penyelidikan yang dijalankan oleh para penyiasat terhadap bekas presiden AS, George W. Bush untuk menjatuhkan hukuman atas tindakan menyalahi undang-undang dalam proses soal siasat seperti water-boarding akan diakhiri dan Bush akan tetap tidak tersentuh.Orang-orang yang terlibat dalam perkara tersebut termasuk John Yoo dan Hakim Jay Bybee, yang tengah menikmati empuknya kerusi jabatan di pemerintahan, juga tidak akan dijatuhi hukuman. 

Menurut sumber yang tidak disebut namanya, dalam sebuah draf laporan yang telah dihantar oleh Jabatan Kehakiman untuk perlantikan senator baru, disebutkan bahawa mereka tidak akan menerima tuntutan undang-undang.

Diedit/disesuaikan drp suaramedia.com

Rupa-rupanya kekebalan pemerintah bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun di negara yang kononnya negara yang mendaulatkan keadilan juga terbabit sama dalam menguruskan undang-undang yang ada.

Buat anda, pemerintah yang zalim, kamu semua akan dihadapkan di mahkamah agung, di akhirat nanti, dan ketika itu terimalah azab yang pedih atas segala sikap melampaui batas yang kamu bangga-banggakan di dunia ini.   

2 ulasan:

boni kacak berkata...

tuhan bisikkan kat telinga dia?? hahha. tu bisikan dajal. ada je alasan bodoh doa yang memang tak boleh diterima

Mat Som berkata...

Kalau ada 10 Bush kat dunia ni
Hancurlah negara2 di bumi ini dibomnya