MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 18 Disember 2012

IRAN BUKAN PEMBELA ISLAM

Semasa Ustaz Bahtiar Nasir baru pulang dari Gaza, beliau ditemu ramah oleh wakil media Hidayatullah.com:

Ustaz Bahtiar Nasir: Yang diperlukan di Gaza yang pertama adalah senjata, kedua juga senjata dan yang ketiga juga masih senjata. Keempat baru mereka memerlukan bantuan kemanusiaan. Yang kelima adalah doa kita semua.

Jadi salah kalau keutamaan membela Gaza adalah kemanusiaan. Gaza itu bumi jihad. Mereka memang memerlukan prasarana pendidikan, kesihatan dan sebagainya tapi senjata lebih penting dan utama di sana.


Bantuan dana untuk persenjataan jauh lebih utama bagi mereka. Pada masa ini Izzudin Al Qassam mampu menghasilkan roket sendiri. Dahulu jika mereka beli roket dari luar negeri memerlukan perbelanjaan lebih kurang USD 200 untuk sebuah roket.
Jika mereka mengeluarkan sendiri kos pengeluaran boleh dijimatkan sehingga separuh harga bagi roket yang diimport. 


Bagaimana hubungan Iran dengan Hamas? 

Ustaz Bahtiar Nasir: Di Gaza memang ada puak Syiah iaitu Jihad Islam. Tetapi jumlah mereka kecil. Pejuang Hamas paling dominan. Peranan Iran di Gaza sangat kecil. Roket yang digunakan menyerang Tel Aviv oleh Izzudin Al Qassam bukanlah roket Fajar 5 milik Iran, tetapi 1300 roket Hamas yang masuk ke Tel Aviv itu adalah roket Al Qassam.  

Teknologi Roket Al Qassam adalah buatan kader-kader Hamas. Selain roket tersebut, Izzudin Al Qassam juga sudah mampu membuat bom tangan hingga bazooka.Roket Iran memang ada tapi sedikit, itu pun banyak digunakann oleh Jihad Islam  bukan Hamas. Hamas sudah memiliki teknologi sendiri.

Yang perlu diingat juga, Hamas menerima bantuan dari Iran bukan bererti membiarkan akidah Syiahnya. Kalaupun ada perjanjian kerjasama itu hanya sebagai hubungan politik bukan kerana kesamaan akidah. Satu lagi, bukan hanya Iran, orang Kristian, atheis, komunis atau apa-apa jika memberi bantuan roket pasti akan diterima. 


 Hamas juga mengapresiasi sikap Hugo Chavez dan pemimpin-pemimpin dunia yang turut mengecam arogansi Zionis Israel. Jadi, rasa terima kasih Hamas bukan hanya kepada Iran semata-mata. Semua ucapan terima kasih itu tidak lebih sebagai sebuah hubungan politik.

Sekali lagi, yang banyak menggunakan roket Iran adalah Jihad Islam bukan Hamas. Iran benar-benar memanfaatkan ini untuk kepentingan mereka. Kita juga harus ingat bahawa Iran menyokong diktator Syiah Bashar Al Assad di Syria. Bashar menutup pejabat Hamas di Damsyik.
Jadi masalah Gaza juga tidak boleh dipisahkan dengan masalah Syria. 


Bagaimana peranan Mesir? lebih besar mana peranan Mesir dengan Iran? 

Ustaz Bahtiar Nasir: Kenyataannya yang berperanan ialah Mesir dan Turki. Morsy dan Endrogan punya peranan besar dalam gencatan senjata di Genting Gaza. Iran hanya menggunakan momentum ini untuk imejnya di dunia Islam.  

Kita semua tahu bagaimana Iran membela Bashar Al Assad di Syria secara habis-habisan. Padahal bantuan Iran untuk Gaza kurang signifikan. Ironinya kalau Iran membela Gaza namun pada masa yang sama ikut menyokong Bashar Al Assad menindas kaum Ahlus Sunnah di Syria. 
 
Hubungan antara masalah Gaza dan Syria boleh diumpamakan seperti apa? 


Ustaz Bahtiar Nasir: Kewujudan Mesir dan Turki yang kuasai oleh Al Ikhwan al Muslimin telah menjadi ancaman tersendiri baik semua kumpulan anti Islam. Jika Syria juga dipegang oleh Ikhwan atau kelompok Islam, maka sudah ada tiga Negara yang sangat anti kepada Israel mengepung Negara Zionis itu. Ini sangat membimbangkan Benyamin Netanyahu.  

Itulah kenapa isu Syria harus dialihkan. Memang ada usaha pengalihan isu Syria. Dengan adanya Gaza di serang Israel perhatian dunia seketika pindah ke Gaza. Bantuan-bantuan kemanusiaan jadi lebih diutamakan di Gaza. Padahal musim sejuk di Syria lebih mencengkam. Sekarang kita harus menghangatkan kembali isu Syria agar umat tidak terlena dengan gerakan Syiah.

Di Surat At Tin sendiri Al-Qur'an menceritakan kaitan antara Damsyik dan Baitul Maqdis. Kunci pertahanan Baitul Maqdis ada di Gaza. Namun kunci penaklukannya ada di Damsyik. Gaza, Mesir dan Damsyik ada dalam satu wilayah Syam. Bagi umat Islam di Syam untuk apa kita tinggal di Gaza jika tidak dapat solat di Al Quds? Untuk apa kita boleh solat di Al Quds tapi tidak boleh membebaskan Al-Quds? Dan untuk apa kita membebaskan Al Quds tapi tanah di sekitarnya masih di jajah Zionis Israel? Roh ini sudah tertanam di Gaza hingga ke Syria. Ini perang akhir zaman, dan faktanya Zionis akan selalu jadi musuh bersama umat Islam.


Daripada penerangan beliau itu, kita telah dapat membuat kesimpulan tentang sikap buruk Iran yang sebenar. Mereka hanya akan membantu puak-puak Syiah di mana-mana negara, sedangkan mereka berlakon sebagai hero dunia Islam. Itulah musuh sebenar Islam selepas Yahudi.  

Semua orang telah mengetahui peranan  Iran di Syiria. Rakyat Syiria telah dibunuh dengan keji oleh tentera Syiah sesat Syiria. Dalam sekali serangan sahaja oleh tentera Syiria jumlah kematian penduduk Syiria yang terkorban menyamai jumlah kematian akibat serangan Israel selama lapan hari di bumi Gaza. Bukankah kita telah mengetahui bahawa ajaran sesat Syiah telah menghalalkan darah-darah orang Sunnah? Dan buktinya telah dipamerkan dalam perang di Syiria ini?  

Jadi usahlah mengharapkan Iran akan menjadi pembela Islam. Lihat sahaja semasa Iraq di serang Barat. Iran membisu, kerana kejatuhan Saadam, merupakan berita yang sangat baik bagi puak Syiah.

8 ulasan:

boni kacak berkata...

itulah.. saya pernah tekankan sebelum ni yang iran, dan syria adalah sekutu dajal.. mereka bukanlah Islam. mazhab syiah ni pun wujud selepas Nabi Muhammad wafat..

Mat Som berkata...

Syiria telah membunuh dan memenjarakan ulama-ulama sekian lamanya, dan skrg rakyatnya.

Iran berlakon bermusuh dgn barat dan Yahudi, tapi sebenarnya musuh Islam.
Mereka selama ini cuma saling menggertak saja.

MystoryPic berkata...

Iran dan Syria sekarang tengah menerima balasan daripada Allah..

Doa untuk Umat Islam di Palastin.. minta dijauhkan semua kezaliman ni di Malaysia

Pida berkata...

Atas sebab-sebab inilah Islam dilihat lemah.

Tapi saya tabik pada pejuang jihad di Gaza.

Oh ye... bagaimana hubungan antara Fatah dengan Hamas? Senyap sahaja Fatah sekarang.

Mat Som berkata...

Mystory
Dengarnya ada sedikit kekacauan di utara.
Dulu di Kg Medan
Pernah juga terjadi di Pulau Pinang
Pasir Gudang
....dan minggu ini
berlaku lagi.
Apa yg mereka mahukan?

Mat Som berkata...

Fatah dengan Hamas telah bersatu kembali
Minggu ini Pida

Biasalah fikrah perjuangan yg berbeza
Namun saya yakin
Hamas mempunyai ciri-ciri pejuang
yang sebenar

Knor berkata...

ye..nak komen pun tak sampai hati..talam seratus muka ni..

Mat Som berkata...

K.Nor
Juga apabila Afhanistan diserang
Barat sehingga sekarang, di mana Iran? Apa peranan Iran?