Isnin, 24 Disember 2012

TINDAKAN APABILA KAD PENGENALAN HILANG,

Gambar Candid...melanggar OSA ke?

Petang tadi aku menguruskan hal anak saudara dua orang ini, iaitu:

Seorang tu kehilangan Kad Pengenalan bulan lepas.
Seorang lagi juga kehilangan Kad Pengenalan dan Surat Beranak. Ayah mereka ni busy 26 jam, jadi pakciknya yang baik hati ni tolong settlekan.

Setelah berurusan dengan Pejabat Pendaftaran Batu Pahat, barulah aku tahu, urusan kehilangan dokumen tersebut tidaklah sesusah yang aku bayangkan seperti masa dulu pada tahun 1980an. Dulu ...kita kena report polis...menggigil-gigil aku report masa tu, maklumlah tak pernah buat aduan kat balai polis..(peristiwa tahun 1985).

Tapi, walau pun menggantikan kad pengenalan baru sekarang ni mudah, kita kena laporkan kehilangan tu kepada polis juga, takut ia jatuh ke tangan perompak, lanun, pembunuh....naya kang nanti

Dan sekarang.......



 Ramai betul orang berurusan hari ni
Jika anda kehilangan surat beranak, caranya mudah saja. Semudah ABC...


First...,
Pergi pejabat pendaftaran:

* Isi Borang Khas  warna hijau (Dua muka surat) ....yang diminta ialah antaranya no kad pengenalan anda, nama bapa dan no kad pengenalan bapa, nama ibu dan nombor kad pengenalan ibu, jika ada salinan fotostat kad pengenalan bagus sangat, apatah lagi kalau ada simpan fotostat surat beranak yang hilang (jika ada dalam simpanan.) Kalau budak kecil, bawa My Kid, atau ingat no My Kid....Yang penting kalau anda ingat nombor surat beranak tu lagi baik. Bayaran bagi kehilangan surat beranak ini cuma RM 5 sahaja.

Jika anda kehilangan kad pengenalan? Lagi Mudah...cuma sediakan duitlah...!

* Borang Khas (Setengah muka sahaja yang perlu di isi)
Isi nama dan nombor kad pengenalan yang hilang, alamat....
Jika masih di bawah umur 18 tahun, tiada dikenakan denda....bayar RM 10 sahaja.
Tetapi....jika hilang kali kedua akan terus dikenakan denda RM 200 + RM 10 = RM 210

Jika hilang ketika umur 18 tahun ke atas, tetapi masih menuntut di intitusi pengajian, kolej, politeknik dan sebagainya, sila bawa kad pelajar atau surat tawaran masuk universiti, maktab, kolej anda itu.

Bayaran denda bagi golongan pelajar ini untuk kehilangan kali pertama ialah RM 60.00. Tapi ingat kali kehilangan kali kedua anda mungkin dikenakan denda RM 210 sebagai pengajaran.

Jika anda bukan pelajar, dan umur 18 tahun ke atas....

  * Hilang kali pertama RM 100 + RM 10 = RM 110
  * Hilang kali kedua RM 200 + RM 10 = RM 210
  * Hilang kali ketiga RM 300 + RM 10 = RM 310
  * Hilang kali keempat dan seterusnya tetap RM 310....

Jika asyik hilang dah lebih 4 kali....Itu korang hantar kat aku, biar aku simpankan! Tapi kena charge upah simpan. 

Bagi yang rosak, dan nak ganti baru, bayaran yang dikenakan ialah RM 10.00 atau rasa muka kat kad pengenalan tu tak ada aura?

Kad pengenalan akan siap dalam masa tiga minggu, manakala surat beranak akan siap ketika hari itu juga. Jadi surat beranak anda yang dah koyak rabak tu elok dihantar ke pejabat pendaftaran untuk digantikan dengan yang baru yang berwarna hijau. Kan ada surat beranak emak-emak, bapak-bapak kita yang dah macam bungkus belacan tu! Elok benorlah diupgrade bagi azam baru 2013 ni.

Akhir kata, saya cuma seorang blogger yang tiada kaitan dengan urusan tersebut,
jika kalian ada masalah tentang Kad Pengenalan dan Surat Beranak sila hubungi:
 
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my

25 ulasan:

hnahdy berkata...

mmg rancang dah tu nak ilangkan kad pengenalan.hehe masa hilang kad pengenalan tu dekat2 ja..

boni kacak berkata...

muka kat ic ni macam dah kurang aura lah..ish.. nak kena buat ic baru ni.hehehe

Mat Som berkata...

Hnahdy,
Sebenarnryeeee dua-dua IC dgn SB
BUDAK 2 org ni disimpan dlm fail yg sama, masa bpk dia org kemas2, tak tgok2, ingatkan apa...dah kena bakolah agaknya...?

Kemas pulak pkl 2.00 pagi, mata dah mengantuk..

Mat Som berkata...

Cepat tukaq Boni
Dapatkan yg baru
Lagi2 kalau muka kat IC come2
masa djh 6 lagi

Tanpa Nama berkata...

salam, nak tanya, saya first time hilang. and seorang student. betul ke bayaran rm60? tanpa membuat laporan polis?

Mat Som berkata...

Betul,...
Bawah 18 tahun RM 10 SAJA
Atas 18 dan ke atas kena bawa kad peelajar atau surat tawaran masuk kolej/u

Mat Som berkata...

Ya tanpa melaporkan kepada polis

Tanpa Nama berkata...

nak tanya,gi buat SB bru tu,kena buat kt jpn negeri kelahiran ke?

Mat Som berkata...

Oh soalan tu saya tak dapat jawab...
Cuba dulu bertanya dgn pej pendaftaran yg terdekat. Mana tau boleh.

Mat Som berkata...

jika Tuan/puan/sdra /sdri ada masalah
sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my

Tanpa Nama berkata...

Klau student n buat laporan polis ble hilng ic?byran 60 jgk?

Tanpa Nama berkata...

kalau hilang kali pertamakn tapi tak buat laporan polis. lepas tu hilang balik, dia orang dapat tahu ke yang kad kita pernah hilang dulu??
tolong jawab soalan saya :) terima kasih

Mat Som berkata...

Buat laporan polis atau tidak denda adalah sama.

Buat laporan ADALAH penting, supaya anda tidak disabitkan kesalahan jenayah jika IC tu jatuh ke tangan penjahat.

Pihak pejabat pendaftaran ada rekod, berapa kali anda pernah hilangkan kad pengenalan.

nurul izzati berkata...

Saya berumur bawah 18 tahun. Kad pengenalan baru je hilang. Betul ke kalau bawah 18tahun dikenakan bayaran rm10 untuk buat kad pengenalan baru? Terima kasih. Maaf kerana menyusahkan untuk jawab pertanyaan saya. Saya masih ragu2 kerana ada yg menyatakan denda yg dikenakan melebihi rm100. Sekian

Mat Som berkata...

Betul....Izzati
Saya baru uruskan anak sdra saya tu
cEPAT..CEPAT, kalau dah umur 18
Jika dia belajar lagi di mana2
kena RM 60....

sYARATNYA bwklah kad pelajar ke, surat ke

Rozaini Mdyusof berkata...

mykid hilang mcmna pula?

Rozaini Mdyusof berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nabil nabila berkata...

Tahun ni pun masih begitu ke? RM 10 saja bawah 18 ?

Mat Som berkata...

aDIK nABIL nABILA
tELEFON YA NO YG SAYA BAGI TU
SAYA DAH TAK MENGIKUTI PERKEMBngN ITU, kerana saya semakin busy dgn tugAS rutin saya

Haizad Annuar berkata...

salam, nak tanya kalau ic hilang, saya perlu bawa surat beranak ke jpn x?

dRaFiZAn berkata...

Berapa charge latest ye?

mis /hell berkata...

Nk ty,kalau renew surat branak tu,chaz sm jgak ke dgn hilang pye

Rowisa Muhammad berkata...

Saya berumur 17 tahun dan sudah kehilangan ic sejak 2 hari yg lepas. Kalo nak ganti kat jpn perlu bawa surat beranak atw fotostat ic ibu bapa ker? Sbb ibu bapa saya tak tau yg ic saya hilang jd saya plan nak pergi senyap senyap. Hehehehehehw

Mat Som berkata...

Kp Ibu bapa dah tak perlu
Apapun call no jabatan pendaftaran tu......saya dah tak mgikuti perkembgan harga denda yg terbaru

Mat Som berkata...


Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my
Anda mungkin juga meminati: