MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 14 Disember 2012

MAWI DAH JUAL KOPI

Sudu ni dahlah kecik, hujungnya tajam pula, susah aku nak godek
HOT CHOCOLATE
ROTI PATMA COOKIES

Petang semalam, ada orang call aku. Kenal melalui blog nilah. Aku jemput dia ke Pt Sulong. Namanya En. Rashid. Umur baru 32 tahun. Anak dua orang, isteri baru satu.

Aku pun fikir, nak borak kat mana. Kalau kat rumah nanti, anak-anak aku tu melenting sana, terlompat sini, nanti tak dapat fokus pada topik bisnes yang dibincangkan. 


Tempat yang ada taraf KFC kat Pt Sulong ni mana lagi kalau tak Patma Cookies. Malangnya sampai sana ekon rosak pula. Kami bersembang kat luar, kaki lima. Bersembang punya sembang lupa ambik gambar dia! Dia begitu bersemangat, katanya di KL dia telah menaja penyanyi Mawi. Siap tunjuk gambar-gambar dalam Samsung Galaxsi Tab sebagai bukti. Mawi dah jual kopi dah.....

Lepas ni aku pulak nak bergambar dengan Mawi.....hahahahah.....

2 ulasan:

Knor berkata...

banyak pula produk kopi2 ni..kan..

satu pun kak tak minum..

selamat maju jaya semoga maju bisnesnya..buat kerana Allah.

mesti ada keberkatan..dah tentu nak sara keluarga kan..sgtlah berkat

Mat Som berkata...

In Sha Allah........