MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 15 Disember 2012

SUSAHNYA KITA NAK MENEPATI MASA

Satu hari tu aku tenampak ustaz depan rumah aku ku memasang penapis air ni. Aku terus aje berminat dengan produk Hijrah dari Tangkak ni. Ustaz baru balik dari MAHA, jadi dia dapat harga special RM 650 saja. Harga untuk aku punya ni RM 800, sebab aku bukan pengunjung MAHA. Tak apalah, harga untuk ustaz tu memang patut. Tambang dia ke sana dah berapa...hahahahaha.

Harga asal, RM 990. Oklah, lagi pun dah lama sangat nak benda ni, cuma asyik terbeli benda lain. Yang jadi masalah ialah, gigi anak aku sorang tu sampai hitam berus gigi guna air paip direct dari SAJ. Baju putih yang aku beli, tak sampai sebulan dah kuning. Itu yang aku hot tu. Jadi aku mesti beli juga walau banyak lagi nak guna duit. Kat dapur tu untuk masak-memasak, memang dah 17 tahun aku dah guna macam-macam jenama penapis air. Paling murah dan berkualiti yang sedang aku guna ialah penapis air Imtiyaz. Comel dan tahan lasak. Harga baru 500 lebih.


Kalau kita tengok foto kat atas tu, jam dah menunjukkan pkl 2.05 petang. Dua pemuda ni janji nak sampai rumah aku dalam pukul 12.00 tengah hari. Tunggu jenuh dah, pukul 2.00 petang baru sampai. Hai adik-adik, kenapalah korang ni tak tepati janji? Aku memang tak suka orang yang berjanji tetapi tak menepati, lagi-lagi bab masa. Banyak lagi hal yang aku nak buat. Dua jam dah menunggu.......Kalau aku berjalan, dah sampai JB lah agaknya.

 PENAPIS AIR DEPAN RUMAH JENAMA HIJRAH DARI TANGKAK
pun siaplah dipasang oleh dua teruna pemalu itu . Legalah sudah perasaan aku setelah masalah air yang sangat kotor itu dapat diatasi. Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa ada.

Dah siap pasang, berkejar ke sini....Ili main bowling dengan kawan-kawan sekelasnya kat BP Mall ni. Aku lepak aje kat bawah, tengok suasana........ok..........Lepas tu kami ke hospital SULTANAH NORA, BATU PAHAT......tengok anak saudara aku yang masih belum pulih daripada sakit misteri.... 

4 ulasan:

amn berkata...

cikgu
memenag perlu

Pida berkata...

Air di BP mmg sangat kotor. Rumah mak saya pun pakai filter luar dan dalam. Saya sendiri guna rx water. Sama je mana2 pun air kuning.

Pasal menepati masa ni, insya Allah saya jenis tepat masa hehe.

Knor berkata...

alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

1.bila ayaq paip selalu bermasalah!kuning!!kemudian pasang penapis!!oklah tu!!
2.tapi ingat selalu!!kena selalu ganti filter dia tambahan lagi kalau air paip kotor dan kuning!!
3.kalau tidak diganti selalu lagi bahaya!!penapis tu akan jadi tempat pembiakan berbagai baktiria!!lagi teruk dari air paip yang kuning tu!!
3.biasalah !!kalau tidak tak wujud istilah jam melayu dari dulu lagi!!